Saturday, November 13, 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010 MENCATATKAN PENINGKATAN

Keputusan UPSR tahun 2010 bagi Sk. Sibugal Besar secara keseluruhannya menunjukkan peningkatan berbanding tahun yang lalu. Peratusan murid lulus pada tahun ini ialah 40.6 peratus berbanding 18.5 peratus pada tahun yang lalu. Jumlah murid yang berjaya mendapat agreget A dalam matapelajaran juga bertambah. 



Vannisia Mae binti Kassim berjaya meraih 5A

Analisa keputusan peperiksaan yang telah diterbitkan oleh pihak SUP dapat dilihat di sini


Friday, November 12, 2010

Hari Anugerah Murid Cemerlang 2010

SK.SIBUGAL BESAR, 12 NOVEMBER (JUMUAT)- Sebagai menghargai pencapaian murid-murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum, maka hari Anugerah Cemerlang peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini. Beberapa kategori anugerah telah disenaraipendekkan dan murid-murid yang layak telah diberi  anugerah berupa sijil penghargaan dan dan souvenirs. Majlis dirasmikan oleh pengerusi  PIBG, En. Hadisiel. Pengerusi-pengerusi PIBG yang lepas juga turut hadir bersama memeriahkan majlis.

Gambar-gambar sekitar hari Kemerlangan Murid








Tuesday, August 31, 2010

SAMBUTAN NUZUL AL QURAN

Pihak Sekolah akan menganjurkan Sambutan Nuzul Al Quran pada 3 September 2010 bersamaan 24 Ramadhan 1431 Hijrah ini. Pengisian Program ialah Persembahan Hafazan Bacaan Al Quran beramai-ramai Murid tahun 3 dan Ceramah Nuzul Al Quran yang akan disampaikan oleh Hj Kamaruddin Bin Wahab...... jangan lepaskan peluang ini...Makluman dari Pengarah Program

Tuesday, August 17, 2010

UJIAN BULAN OGOS

SK.SIBUGAL BESAR, 17 OGOS (SELASA)-Ujian bulan Ogos akan berlangsung bermula hari ini sehingga khamis. Ujian ini melibatkan murid-murid tahap 1 dan 2. Jadual guru bertugas adalah seperti jadual PNP. Kertas ujian telah pun siap dicetak dan boleh didapati daripada SUP. Sebarang masalah yang timbul sepanjang tempoh ujian boleh dirujuk kepada SUP.

Saturday, August 7, 2010

RAMADHAN SEMAKIN HAMPIR.........


Jangan lupa Ramadhan sudah hampir. Buatlah persediaan yang sewajarnya bagi mengharungi bulan ibadah yang penuh berkat dan rahmat ini. Banyakkan melakukan amalan sunat di samping amalan wajib. Di antara amalan sunat di bulan Ramadhan yang tiada di bulan lain ialah solat terawih dan membuat majlis berbuka puasa. Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak......

Thursday, August 5, 2010

TAZKIRAH RAMADHAN

Mengapa Orang Islam Berpuasa?
1.Perintah Allah
2. Bukti keimanan
3. Melatih diri bersabar
4. Merasai apa yang dirasakan oleh orang miskin dan tidak mempunyai makanan.
5. Menimbulkan keinsafan dan belas kasihan terhadap orang miskin
6. Mengukuhkan kekuatan rohani dan jasmani

Ayuh kita lakukan ibadah ini sebaik mungkin- Ustaz Ahmad Sidqi Danial

Monday, August 2, 2010

CUTI PERISTIWA

Sebagai menghargai penat lelah para guru dan kakitangan sekolah yang telah bertungkus lumus menjayakan program Perkhemahan Unit Beruniform 2010, maka pada hari ini, tanggal 2 Ogos 2010 (Isnin), diumumkan sebagai hari Cuti Peristiwa.

Tuesday, July 27, 2010

PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERINIFORM



Program perkhemahan Unit Beruniform 2010 akan diadakan seperti ketetapan berikut:


Tarikh : 30-1Ogos 2010
Pendaftaran : 2.00 Petang (Jumuat)
Lokasi : Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Sibugal Besar
Sasaran : Murid tahap 2 (4, 5 &6)


Semua guru dan kakitangan SKSB adalah terlibat sebagai AJK pelaksana program. Sila rujuk tugas masing-masing di papan kenyataan bilik guru.

Atau dapatkan maklumat program:





Monday, July 26, 2010

SEM KEDUA 2010

Sem Kedua 2010, kerja-kerja update blog banyak terabai. Moderator yang bertanggungjawab tidak punya banyak kesempatan untuk meninjau perkembangan blog disamping dorongan diri yang semakin merosost untuk membuat updating. Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa, beberapa posting akan terus cuba dimasukkan ke blog untuk tatapan pelawat. 

Semoga Allah memberikan kekuatan.

Dari 

Admin

Saturday, July 24, 2010

KEM BESTARI SOLAT KALI KE-3

SK.SIBUGALBESAR, 24 JULAI (SABTU)- Pada hari ini pihak sekolah mengadakan program Kem Bestari Solat kali ke-3 melibatkan murid tahun 1 hingga 5. Sebagaimana biasa, ia melibatkan perbincangan  LDK dan latihan amali dalam kumpulan yang diuruskan oleh guru-guru yang terlibat sebagai fasilitator. Kem Bestari Solat kali ini juga memasukan  tayangan perdana mengenai "Solat Subuh" untuk memantapkan lagi kefahaman murid-murid.

Di Samping itu, pihak sekolah juga mengadakan kursus dalaman melibatkan pembentangan ketua-ketua panitia mata pelajaran teras.

Friday, July 23, 2010

PENYERAHAN WANG KWAPM 2010

SK. SIBUGAL BESAR , 23 JULAI (JUMAAT)- Pada hari ini, SK Sibugal Besar melaksanakan penyerahan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada ibu bapa murid yang berhak. Setiap murid yang terpilih diberikan sebanyak RM200.00. Majlis penyerahan telah diadakan di dewan terbuka Sk. Sibugal Besar di mana kaunter-kauter penyerahan telah dibuka dan dikendalikan oleh guru-guru yang ditugaskan. Majlis penyerahan KWAPM dirasmikan oleh pengerusi PIBG Sk Sibugal Besar En Hadisel. Kedatangan ibu bapa adalah menggalakkan. 



Harapan sekolah, agar wang yang diserahkan kepada ibu bapa tersebut dapat dimanfatkan sepenuhnya untuk kepentingan anak-anak yang menjadi murid di sekolah ini.

Tuesday, July 20, 2010

WAKIL MURID KE PERKHEMAHAN PERINGKAT NEGERI


 Dua orang murid yang terpilih sebagai wakil ke perkhemahan peringkat negeri yang diadakan di Lahad Datu ialah Norkiah Piku dan Ali Azrul

Saturday, July 10, 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

SK. SIBUGAL BESAR, 10 JULAI (SABTU)-Sambutan hari guru peringkat sekolah pada hari ini diadakan melibatkan beberapa acara. Bermula dengan sesi ucapan wakil guru dan wakil murid, disusuli dengan penganugerahan. Beberapa kategori anugerah telah diadakan seperti anugerah Guru Paling Baik, Guru Paling Tegas, Guru Paling Bergaya dan Guru Paling Popular. Acara bertukar hadiah antara sahabat misteri juga diadakan. Sementara beberapa orang guru mendapat hadiah sempena perkahwinan dan mendapat cahaya mata.


Acara sukaneka melibatkan guru diadakan sebagai acara santai menutup tirai majlis. Acara sukaneka lari dalam guni bergilir-gilir sambil meniup tepung dan  mencari coklat di dalamnya serta meniup belon hingga pecah adalah dua acara sukaneka yang sempat diadakan. Kumpulan yang diketua oleh guru besar menggondol hadiah terbanyak dalam acara sukaneka. Sumber guru menyifatkan ia sebagai hadiah bermakna buatnya yang akan berpencen menjelang April tahun hadapan.





Thursday, May 27, 2010

HARI PENYERAHAN BUKU REKOD MURID

Hari ini adalah hari penyerahan Buku Rekod Murid.Sekaligus, hari ini hari terakhir persekolahan bagi Semester 1 2010. Esok adalah hari cuti umum sempena Hari Wesak. Seterusnya sekolah akan bercuti selama tiga minggu. Sekolah akan dibuka semula pada 21 Jun 2010. 

Ramai ibu bapa mengambil kesempatan meluangkan masa untuk datang ke sekolah bagi menandatangani buku rekod pencapaian anak-anak mereka. Sambil menandatangani buku rekod pencapaian anak-anak, ibu bapa boleh berbincang dengan pihak guru mengenai prestasi anak-anak di samping mencari jalan meningkatkan kualiti pembelajaran anak-anak. Guru-guru kelas membuka kaunter di dewan terbuka sekolah untuk melayani ibu bapa yang hadir.

Ust Sidqi Danial, guru kelas tahun 5A sedang melayanikaum ibu yang datang menandatangani buku rekod.

Hari penyerahan buku rekod murid telah menjadi amalan sebelum ini sebagai satu langkah mengelakkan buku rekod hilang dan tidak dikembalikan jika diserahkan kepada murid-murid untuk dibawa pulang. Dengan cara ini, hubungan 3 hala antara guru, murid dan ibu bapa dapat dilakukan.

Thursday, May 13, 2010

JEMPUTAN SOLAT JUMAAT DI MASJID KG SUNGAI BATANG

Assalamualaikum. ..Dipersilakan semua guru muslim hadir ke Masjid Kg Sungai Batang esok, saya baca khutbah di sana. Guru wanita juga dijemput kerana di sana ada juga jemaah wanita bersolat Jumaat.. dari Ustaz Ahmad Sidqi Danial

Sunday, May 9, 2010

KEM MOTIVASI UPSR

SK.SIBUGAL BESAR, 9 MEI 2010 (AHAD)- Sk. Sibugal Besar telah berjaya mengadakan Kem Motivasi UPSR untuk murid-murid tahun 6 pada 7-9 Mei 2010. Program ini melibatkan beberara siri kursus intensif mengenai cara-cara menjawab soalan peperiksaan. Guru-guru berpengalaman sama ada dari Sk. Sibugal Besar sendiri maupun dari sekolah lain telah dijemput untuk menyampaikan slot masing-masing.








Wednesday, May 5, 2010

Senarai AJK Program Kem Motivasi UPSR 2010



SK SIBUGAL BESAR, SANDAKAN
KEM MOTIVASI UPSR 2010
TAHUN 6
ANJURAN: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DENGAN KERJASAMA: UNIT HAL EHWAL MURID SK SIBUGAL BESAR, SANDAKAN
                                                                                                                                                           

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI

PENASIHAT:                           PEGAWAI PELAJARAN DAERAH SANDAKAN
PENGERUSI:                           EN. KIPLI@KEFLEE B MOHD HARUN                       
TIMBALAN PENGERUSI 1:     CIK ROHAINI BT MOHD SIDEK (PK 1)
TIMBALAN PENGERUSI 2:     PN SITI HAJAR BT MD ISA (PK 2)
TIMBALAN PENGERUSI 3:     PN CHE ZARAH BT CHE MOHAMED (PP)
PENGARAH/                         PN HAJAH SURIAH BT MARALI
PENYELARAS PROGRAM:   EN DELANO B NANANG
SETIAUSAHA:                         PN KHALILAH BT NORSAID
BENDAHARI:                          UNIT AKAUN SEKOLAH
KEM KOMANDAN 1:            EN JENTRY AK ISMAIL
KEM KOMANDAN 2:            EN JAINUL B HJ ABD GAPAR
FASILITTATOR:                        1. PN TINA BT KIMUIN (KETUA)
                                                2. PN JUMAH BT AMIT
                                                3. PN NORLIJA BT MOHD ALI
                                                4. PN SUZAINY FRANCIS JOLIUS
                                                5. EN ERNEST NOEID
                                                6. CIK JAMNATUL AMAR BT BASRI
                                                7. EN KAMARUDDIN B WAHAB
                                                8. PN MAHALIA JUMATIL
                                                9. PN MARNI BT ATIK
                                                10. CIK MARZILA BT OMAR
                                           11. PN NORHAYATI BT ADNAN
                                           12. PN SARIAH BT SAKAH
                                           13. PN YESIE BT MALAIL
                                           14. EN YUSDY B ROSLEE



AJK PELAKSANA
                                                                                                                                                          

PENCERAMAH:         1. PN TINA, EN ABD AZIS, PN NORLIZA, PN SARIAH, CIK JAMNATUL AMAR, EN AZEMI                                                  
                                    (BAHASA MALAYSIA)
                                    2. PN NORLIJA, EN YUSDY                           
                                    (ENGLISH)
                                    3. PN NURUL FAEZAH, EN JENTRY, EN ERNEST, CIK MARZILA
                                    (MATEMATIK)
                                    4. PN JUMAH, PN MAHALIA, EN JAINUL   
                                     (SAINS)
                                    5.                                                                     (MOTIVASI)


PENDAFTARAN:                                    1. PN JUMAH BT AMIT
                                                            2. PN NORLIJA BT MOHD ALI

TEKNIKAL DAN PERALATAN:                 1. EN HUSWADI B HUSSIN
                                                            2. CIK MUZAHATILSYFFAH BT MOHD SAAD
                                                            3. EN AZEMI B HESSAN

HADIAH/CENDERAMATA/SIJIL:            1. PN MARNI BT ATIK
                                                            2. CIK ISTERING BT MOONG
                                                            3. CIK NOR HAZLINA BT ADNAN
                                                            4. EN RAZLI B ABD GHANI

PERSIAPAN PENTAS:                             1. PN SARIAH BT SAKAH
                                                            2. PN YESIE BT MALAIL
                                                            3. PN WAN ZAHIRA BT YAACOB
                                                            4. EN HASSIM (SECURITY)

SUSUN ATUR DEWAN/
BILIK CERAMAH:                                 1. EN ABD AZIS @ ABD ARIS B TAHJA
                                                            2. CIK MARZILA BT OMAR
                                                            3. EN ISNAIN
                                                            4. EN MASRAN
                                                            5. EN HARMIS
                                                            6. EN DERAMAN


KEAGAMAAN:                                     1. EN KAMARUDDIN BT WAHAB
                                                            2. PN WAN HASANAH BT WAN HARUN
                                                            3. EN AHMAD SIDQI B DANIAL
                                                            4. PN WAN ZAHIRA BT WAN YAACOB

KESELAMATAN/ RONDAAN:                1. PIHAK KESELAMATAN SEKOLAH
                                                            2. EN YUSDY B ROSLEE
                                                            3. CIK JAMNATUL AMAR BT BASRI

DISIPLIN/KEBAJIKAN:                            1. EN ERNEST NOEID
                                                            2. PN NORLIZA BT D. S SHILDLOVESKY


KEBERSIHAN:                                     1. PAKEJ KEBERSIHAN SEKOLAH
                                                            2. EN AZEMI B HESSAN

MAKAN&MINUM:                      1. PN SALBIAH BT SAKAH
                                                            2. PN MAHALIA BT JUMATIL


RIADAH:                                              1. EN JENTRY ISMAIL
                                                            2. EN JAINUL B HJ ABD GAPAR
                                                            3. EN ABD SANI B TABALONG


JURUACARA:                                       1. PN NORHAYATI BT ADNAN
                                                            2. PN NORLIJA BT MOHD ALI
                                                            3. EN AHMAD SIDQI B DANIAL

JURI/HAKIM:                                       1. CIK ROHAINI BT MOHD SIDEK
                                                            2. PN SITI HAJAR BT MUHAMAD ISA
                                                            3. PN CHE ZARAH BT CHE MOHAMED


DOKUMENTASI:                                   1. EN RAZLI B ABD GHANI
                                                            2. PN BERNADITTA FONTANILLA

PENYAMBUT TETAMU&;PROTOKOL:    1. CIK NORHAZLINA BT ADNAN
                                                            2. CIK ISTERING BT MOONG
                                                            3. CIK MARZILA BT OMAR
                                                            4. CIK MUZAHATILSYFFAH BT MOHD SAAD
                                                            5. CIK JAMNATUL AMAR BT BASRI

MALAM PENGHAYATAN:                    1. EN DELANO B NANANG
                                                            2. PN NORHAYATI BT ADNAN
                                                            3. PN KHALILAH BT NORSAID


PERSEMBAHAN MURID:                      1. PN KHALILAH BT NORSAID
                                                            2. EN DELANO B NANANG
                                                            3. PN NORLIJA BT MOHD ALI
                                                            4. EN AZEMI B HESSAN

PENGINAPAN:                                     1. CIK ISTERING BT MOONG
                                                            2. CIK NORHAZLINA BT ADNAN
                                                            3. CIK MUZAHATILSYFFAH BT MOHD SAAD

PENGURUS PESERTA & MAJLIS PENUTUPAN:
                                                            1. PN SUZAINY FRANCIS JOLIUS @ NURUL FAEZAH
                                                            2. PN TINA KIMUIN

 MAKLUMAT AKAN DI KEMASKINI DARI MASA KE SEMASA. DIHARAP PIHAK YG DILANTIK DAPAT MENYIAPKAN LAPORAN UNTUK PEMBENTANGAN LAPORAN TUGASAN DI MASA AKAN DATANG. TERIMA KASIH... S/U PROGRAM KEM MOTIVASI UPSR 2010

Saturday, April 24, 2010

MENSYUARAT AGUNG PIBG

SK.SIBUGAL BESAR, 24 APRIL 2010 (SABTU)-Mesyuarat Agung PIBG telah berjaya diadakan pada hari ini menyaksikan pembubaran AJK yang lama dan digantikan dengan AJK yang baru. Pengerusi PIBG yang lama iaitu En.Saman bin Adil di gantikan dengan En Hadisel Ajib. Timbalannya pada kali ini dipilih dari kalangan kaum ibu iaitu Pn Noy.Rombakan AJK dari kalangan guru dan ibu bapa juga telah dibuat.

Bebapa orang guru yang terlibat dalam jawatankuasa baru ini ialah Cikgu Ernest (S/U), Cik marzila Omar (Bendahari), Yusdy (AJK). , Azemi Hassan (AJK) dan Salbiah Sakah (AJK) .

AJK dari kalangan ibu bapa akan dipilih dan dilantik oleh Pengerusi sendiri.


Sambutan hangat Ibu bapa




Pengerusi dan Tim. Pengerusi yang baru

Tuesday, March 30, 2010

Cikgu Sani kembali bertugas

Cikgu Sani Tabalong, seorang guru Sk. Sibugal Besar yang telah mengambil keputusan bercuti tanpa gaji kerana urusan peribadi sekitar pertengahan tahun 2009, kini telah kembali bertugas semula. Menurutnya, dia akan kembali memulakan tugasnya hari ini .

Selamat kembali diucapkan kepada cikgu Sani. Semoga kembali dengan semangat baru untuk mendidik anak murid Sk. Sibugal Besar menempa kecemerlangan dalam pelajaran dan hidup.



Juruteknik Komputer

Makmal Komputer Sk. Sibugal Besar telah hampir siap dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan. Hanya beberapa perkara teknikal yang perlu diselesaikan termasuk kelulusan rasmi daripada Jabatan Pendidikan. Walau bagaimanapun, Sekolah telah mendapat seorang juruteknik khusus bagi mengendalikan makmal komputer tersebut. 
 Cik Muzahatisyffah

Beliau ialah Muzahatil Syffah binti Mohd Saad, berasal dari Kepala Batas, Jitra,  Kedah. Merupakan  seorang graduan daripada Kolej Komuniti Bandar Darul Aman dengan kelulusan Sijil Sistem Komputer dan Sokongan.Jawatannya adalah Juruteknik Komputer Gred FT17 dan memulakan tugasnya di sekolah pada 15 Mac 2010.

Selamat datang diucapkan kepada petugas baru Sk. Sibugal Besar. Semoga gembira dalam tugas.

Cikgu Tina

Cikgu Tina Kimuin merupakan guru yang memulakan tugasnya di Sk. Sibugal Besar, Sandakan, pada awal Disember 2009. Sebelum ini, beliau telah bertugas di Sk. Tebobon, Menggatal, Sabah. Perpindahan ke Sandakan, menurutnya adalah kerana mengikut suaminya yang bertugas di sini. Beliau berbangsa kadazan, berasal dari Kuala Penyu, Sabah.

Cikgu Jentry Kemalangan

Oleh: Ust Kama

SK.SIBUGAL BESAR, 29 MAC  2010 (ISNIN)-Cikgu Jentry bin Ismail mengalami kemalangan pada hari  di jalan Sungai Batang ketika dalam perjalanan ke sekolah kira-kira jam 6.20 pagi. Beliau yang menaiki kereta Proton Wira berwarna putih merempuh sebuah kereta kancil  yang dipandu oleh seorang  ibu muda bersama murid-murid sekolah yang telah membuat belokan tiba-tiba untuk masuk ke jalan Sk. Ladang Sandak. Berikutan kemalangan ini, kedua-kedua kenderaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan. Walau bagaimanapun, tiada kecederaan fizikal yang terjadi pada pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan.

Cikgu Jentry meninjau kerosakan.

Keadaan jalan Sg Batang mengalami kesesakan lalulintas beberapa ketika sehinggalah beberapa orang polis bantuan mengambil tugas sukarela mengawal lalulintas.

Menurut saksi kejadian, ibu muda berkenaan didapati tidak berlesen.


Laporan polis telah dibuat oleh kedua-dua pihak yang terlibat. Urusan selanjutnya mengenai tuntutan insuran adalah mengikut persetujuan mangsa kejadian.