Tuesday, March 30, 2010

Cikgu Sani kembali bertugas

Cikgu Sani Tabalong, seorang guru Sk. Sibugal Besar yang telah mengambil keputusan bercuti tanpa gaji kerana urusan peribadi sekitar pertengahan tahun 2009, kini telah kembali bertugas semula. Menurutnya, dia akan kembali memulakan tugasnya hari ini .

Selamat kembali diucapkan kepada cikgu Sani. Semoga kembali dengan semangat baru untuk mendidik anak murid Sk. Sibugal Besar menempa kecemerlangan dalam pelajaran dan hidup.



Juruteknik Komputer

Makmal Komputer Sk. Sibugal Besar telah hampir siap dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan. Hanya beberapa perkara teknikal yang perlu diselesaikan termasuk kelulusan rasmi daripada Jabatan Pendidikan. Walau bagaimanapun, Sekolah telah mendapat seorang juruteknik khusus bagi mengendalikan makmal komputer tersebut. 
 Cik Muzahatisyffah

Beliau ialah Muzahatil Syffah binti Mohd Saad, berasal dari Kepala Batas, Jitra,  Kedah. Merupakan  seorang graduan daripada Kolej Komuniti Bandar Darul Aman dengan kelulusan Sijil Sistem Komputer dan Sokongan.Jawatannya adalah Juruteknik Komputer Gred FT17 dan memulakan tugasnya di sekolah pada 15 Mac 2010.

Selamat datang diucapkan kepada petugas baru Sk. Sibugal Besar. Semoga gembira dalam tugas.

Cikgu Tina

Cikgu Tina Kimuin merupakan guru yang memulakan tugasnya di Sk. Sibugal Besar, Sandakan, pada awal Disember 2009. Sebelum ini, beliau telah bertugas di Sk. Tebobon, Menggatal, Sabah. Perpindahan ke Sandakan, menurutnya adalah kerana mengikut suaminya yang bertugas di sini. Beliau berbangsa kadazan, berasal dari Kuala Penyu, Sabah.

Cikgu Jentry Kemalangan

Oleh: Ust Kama

SK.SIBUGAL BESAR, 29 MAC  2010 (ISNIN)-Cikgu Jentry bin Ismail mengalami kemalangan pada hari  di jalan Sungai Batang ketika dalam perjalanan ke sekolah kira-kira jam 6.20 pagi. Beliau yang menaiki kereta Proton Wira berwarna putih merempuh sebuah kereta kancil  yang dipandu oleh seorang  ibu muda bersama murid-murid sekolah yang telah membuat belokan tiba-tiba untuk masuk ke jalan Sk. Ladang Sandak. Berikutan kemalangan ini, kedua-kedua kenderaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan. Walau bagaimanapun, tiada kecederaan fizikal yang terjadi pada pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan.

Cikgu Jentry meninjau kerosakan.

Keadaan jalan Sg Batang mengalami kesesakan lalulintas beberapa ketika sehinggalah beberapa orang polis bantuan mengambil tugas sukarela mengawal lalulintas.

Menurut saksi kejadian, ibu muda berkenaan didapati tidak berlesen.


Laporan polis telah dibuat oleh kedua-dua pihak yang terlibat. Urusan selanjutnya mengenai tuntutan insuran adalah mengikut persetujuan mangsa kejadian.

Sunday, March 28, 2010

KEM BESTARI SOLAT(SIRI 1)

Oleh: Ust Kama

SK.SIBUGAL BESAR, 27 JANUARI  2010 (SABTU)-Kem Bestari Solat kali pertama bagi tahun 2010 telah diadakan pada hari ini. Perlaksanaan KBS pada kali ini diadakan melibatkan murid-murid tahun 1 sehingga tahun 5. Sekolah ganti yang telah dijadualkan hari ini diteruskan melibatkan murid-murid tahun 6. Murid-murid 4 dan 5 datang ke sekolah untuk KBS bagi sessi pagi manakala murid tahun 1, 2 dan 3 datang ke sekolah untuk KBS bagi sessi petang. 

Bagi melancarkan program, KBS pada kali ini dilakukan dalam bentuk pembentangan dalam  kumpulan besar oleh guru fasilitator yang ditugaskan. Sessi pagi dipecahkan kepada kumpulan tahun 4 dan 5 manakala sessi petang kepada kumpulan tahun 1, 2 dan 3.

Langkah ini dibuat bagi menjayakan program KBS dalam kekangan kekurangan tenaga diakibatkan sekolah ganti yang melibatkan murid-murid tahun 6. Sementara itu, pihak Panitia Pendidikan Islam sebagai badan yang menguruskan program ini melalui Unit j-QAF tidak dapat menyediakan tenaga fasilitator luar sebagaimana tahun sebelumnya.

Walau bagaimanapun, melalui pembentangan menggunakan multimedia, sasaran modul KBS kali 1 dapat dicapai. Diharapkan murid-murid yang menyertai program kali ini dapat mengaplikasikan solat dalam kehidupan serta memantapkannya.




Saturday, March 27, 2010

KEM BESTARI SOLAT-KALI 1


Kem Bestari Solat 2010 kali pertama akan diadakan pada 27 MAC 2010. Jadual dan Tentatif Program serta tugas para guru boleh dirujuk di papan kenyataan.