Tuesday, July 27, 2010

PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERINIFORM



Program perkhemahan Unit Beruniform 2010 akan diadakan seperti ketetapan berikut:


Tarikh : 30-1Ogos 2010
Pendaftaran : 2.00 Petang (Jumuat)
Lokasi : Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Sibugal Besar
Sasaran : Murid tahap 2 (4, 5 &6)


Semua guru dan kakitangan SKSB adalah terlibat sebagai AJK pelaksana program. Sila rujuk tugas masing-masing di papan kenyataan bilik guru.

Atau dapatkan maklumat program:





Monday, July 26, 2010

SEM KEDUA 2010

Sem Kedua 2010, kerja-kerja update blog banyak terabai. Moderator yang bertanggungjawab tidak punya banyak kesempatan untuk meninjau perkembangan blog disamping dorongan diri yang semakin merosost untuk membuat updating. Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa, beberapa posting akan terus cuba dimasukkan ke blog untuk tatapan pelawat. 

Semoga Allah memberikan kekuatan.

Dari 

Admin

Saturday, July 24, 2010

KEM BESTARI SOLAT KALI KE-3

SK.SIBUGALBESAR, 24 JULAI (SABTU)- Pada hari ini pihak sekolah mengadakan program Kem Bestari Solat kali ke-3 melibatkan murid tahun 1 hingga 5. Sebagaimana biasa, ia melibatkan perbincangan  LDK dan latihan amali dalam kumpulan yang diuruskan oleh guru-guru yang terlibat sebagai fasilitator. Kem Bestari Solat kali ini juga memasukan  tayangan perdana mengenai "Solat Subuh" untuk memantapkan lagi kefahaman murid-murid.

Di Samping itu, pihak sekolah juga mengadakan kursus dalaman melibatkan pembentangan ketua-ketua panitia mata pelajaran teras.

Friday, July 23, 2010

PENYERAHAN WANG KWAPM 2010

SK. SIBUGAL BESAR , 23 JULAI (JUMAAT)- Pada hari ini, SK Sibugal Besar melaksanakan penyerahan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada ibu bapa murid yang berhak. Setiap murid yang terpilih diberikan sebanyak RM200.00. Majlis penyerahan telah diadakan di dewan terbuka Sk. Sibugal Besar di mana kaunter-kauter penyerahan telah dibuka dan dikendalikan oleh guru-guru yang ditugaskan. Majlis penyerahan KWAPM dirasmikan oleh pengerusi PIBG Sk Sibugal Besar En Hadisel. Kedatangan ibu bapa adalah menggalakkan. 



Harapan sekolah, agar wang yang diserahkan kepada ibu bapa tersebut dapat dimanfatkan sepenuhnya untuk kepentingan anak-anak yang menjadi murid di sekolah ini.

Tuesday, July 20, 2010

WAKIL MURID KE PERKHEMAHAN PERINGKAT NEGERI


 Dua orang murid yang terpilih sebagai wakil ke perkhemahan peringkat negeri yang diadakan di Lahad Datu ialah Norkiah Piku dan Ali Azrul

Saturday, July 10, 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

SK. SIBUGAL BESAR, 10 JULAI (SABTU)-Sambutan hari guru peringkat sekolah pada hari ini diadakan melibatkan beberapa acara. Bermula dengan sesi ucapan wakil guru dan wakil murid, disusuli dengan penganugerahan. Beberapa kategori anugerah telah diadakan seperti anugerah Guru Paling Baik, Guru Paling Tegas, Guru Paling Bergaya dan Guru Paling Popular. Acara bertukar hadiah antara sahabat misteri juga diadakan. Sementara beberapa orang guru mendapat hadiah sempena perkahwinan dan mendapat cahaya mata.


Acara sukaneka melibatkan guru diadakan sebagai acara santai menutup tirai majlis. Acara sukaneka lari dalam guni bergilir-gilir sambil meniup tepung dan  mencari coklat di dalamnya serta meniup belon hingga pecah adalah dua acara sukaneka yang sempat diadakan. Kumpulan yang diketua oleh guru besar menggondol hadiah terbanyak dalam acara sukaneka. Sumber guru menyifatkan ia sebagai hadiah bermakna buatnya yang akan berpencen menjelang April tahun hadapan.