Friday, October 19, 2012

TAKLIMAT PERSEDIAAN KE TINGKATAN 1

SK.SIBUGAL BESAR, 19 OKT (JUMUAT)-Murid-murid tahun 6 Sk. Sibugal Besar mendapat taklimat mengenai persediaan ke tingkatan 1 dari seorang guru kaunseling dari SMK Tinusa iaitu Nurazlin Baizura binti Ghazali. Program taklimat persediaan ini adalah anjuran Unit Kaunseling SKSB bersama Guru Penyelaras Tahun 6. Antara lain, taklimat ini mendedahkan kepada murid-murid mengenai persiapan mental dan fizikal bagi perubahan dari persekolahan rendah kepada menengah di samping ebberapa aspek disiplin yang perlu dipatuhi.

GB Pn. NOrliza Che Ishak menyampaikan cenderahati kepada Nurazlin Baizura.
Murid-murid tahun 6 mendengar taklimat di bilik ICT


Tayangan slide dipaparkan
Diskusi dua hala diadakan

Thursday, October 18, 2012

PERLANTIKAN TUGAS-TUGAS UNIT HEM

Unit HEM mendahului unit-unit lain mengadakan mesyuarat serta perlantikan bagi tuas-tugas di bawah HEM bagi tahun 2013. Pen. Kanan HEM, Pn. Yulianna Makkanah telah mempengerusikan mesyuarat HEM yang menyaksikan beberapa perubahan portfolia di bawah HRM bagi tahun 2013. Rombakan jawatan  tersebut adalah demi melancarkan lagi pengurusan HEM bagi tahun 2013.
Senarai portfolio di bawah HEM tahun 2013
Yessie Malail...murid sakit aja? Guru sakit macamana?.

Wan Hasanah dan Jentry...sekolah selamat ka?

Norliza, biar sekolah nampak ceria.

Ust Kama...kebajikan biar merata.

Sabrina, RMT.

Amar, duit KWAPM ada lagi ka?

Salbiah, Kantin biar makanan baik punya...

Jumah dan Ust Sukri,  Unit KOSAN...tahu ke?

Jainul & Sidqi, masih minum susu ke?

Dzuraidah, guru data murid.

Ustazah Noy, Setiausaha...salam cium pipi bos ya?

Ustazah Erna, guru disiplin...jangan naik darah.
Kaunselor...kaunseling jangan sampai pening.

Marni & Berna...tong sampah cukup ke?

Tuesday, October 16, 2012

SUKAN SKSB (Tahap 2)

KOMPLEKS SUKAN  SANDAKAN, 16 OKTOBER (SELASA)-Sukan Tahun 2012 Sk. Sibugal Besar bagi tahap 2 diadakan hari ini di Kompleks Sukan Sandakan. Murid-murid tahap 2 yang mengikuti kejohanan kali ini dibawa ke Kompleks Sukan Sandakan dengan menggunakan perkhidmatan bas Politeknik dan van Cikgu Azemi Hassan.Acara-acara yang dipertandingkan adalah lompat jauh, lontar peluru, sukan balappan dan juga pertandingan kawad antara rumah sukan.

mendahului

Sehabis tenaga.

Selamba

Teknik

Mencuba

Bergaya

berlumba

Monday, October 15, 2012

SUKAN SKSB (Tahap 1)

SK.SIBUGALBESAR, 15 OKTOBER (ISNIN)-Sukan Tahun 2012 Sk. Sibugal Besar  bermula hari ini dengan menampilkan acara-acara yang dipertandingkan bagi murid-muird tahap 1. Murid-murid tahap satu berebut kejohanan bagi acara-acara sukaneka seperti acara meniup belon, gelung rotan, bawa bola pinpong dalam sudu dan juga acara larian pecut berganti 4 x50 meter.