Tuesday, November 20, 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012

SK.SIBUGALBESAR, 20 NOVEMBER (SELASA)- Keputusan Peperiksaan UPSR tahun 2012 bagi calon-calon dari Sk. Sibugal Besar diumumkan dan disampaikan kepada murid-murid hari ini. Murid-murid tahun 6A dan 6B datang ke sekolah untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan pada hari ini sungguhpun sekolah telah masuk kepada fasa cuti akhir tahun. Penyerahan slip  keputusan peperiksaan tersebut diuruskan oleh Pen. Kanan 1 (Kurikulum), Ustazah Hjh. Rohaini binti Mohd Sidek dibantu oleh pihak KTBM yang masih lagi menjalankan tugas di sekolah seperti biasa.

Ustazah Hjh. Rohaini Mohd Sidek



Keputusan Peperiksaan UPSR bagi tahun 2012 untuk Sk. Sibugal Besar pada tahun ini menunjukkan peningkatan dari segi peratusan murid lulus iaitu 33.3%. Peratusan ini ini adalah peningkatan sebanyak 13.9% berbanding keputusan yang pernah dicatatkan pada tahun 2011. Pencapaian ini juga mengatasi KPI yang telah disasarkan oleh pihak sekolah, khususnya oleh Guru Besar Pn. Norliza Che Ishak yang meletakkan sasaran 30.0%.

Seorang murid telah berjaya mendapat 5A iaitu Siti Nurshpina Halisah binti Muhamad. Dalam tempoh tiga tahun terakhir, rekod pencapaian  5A di Sk. Sibugal Besar pernah dicatatkan sebelum ini iaitu pada tahun 2010. Sementara itu, seorang murid telah mendapat 4A 1B iaitu Fatin Nurfitriyani binti Ajiril. Kejayaan dua orang murid ini mencatatkan keputusan terbaik bagi keseluruhan calon-calon UPSR 2012 amat membanggakan.


Nurshpina,  5A.






 
Fatin Nurfitriani, 3A1B.


Tahniah buat murid-murid yang mengukir nama di tahap tertinggi dan juga yang telah lulus kerana menaikkan prestasi sekolah. Kejayaan dalam UPSR adalah langkah-langkah awal dalam menempa kecemerlangan dalam dunia pendidikan. Masih banyak cabaran yang menanti di depan. Selamat maju jaya di alam persekolahan menengah.

Syabas dan tahniah juga kepada guru-guru yang telah mengorbankan masa dan tenaga untuk membimbing murid-murid bagi mencapai kejayaan, samada secara langsung maupun tidak langsung. Jika diperhatikan, pencapaian murid-murid terbaik ini juga bergantung kepada sikap dan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa/penjaga mereka. Semoga pengalaman tahun ini menjadi pemankin peningkatan pada tahun mendatang.
 





Wednesday, November 7, 2012

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2012

SK.SIBUGAL EBSAR, 7 NOV (RABU)-Murid-murid Sk. Sibugal Besar hari ini diraikan dalam majlis Hari  Anugerah Cemerlang 2012. Murid-murid yang cemerlang dalam pencapaian kurikulum, kokurikulum serta menjawat jawatan-jawatan khusus di sekolah diberiokan anuegarh dan sijil. Demikian juga murid-murid tahun 6, mereka diraikan sebagai graduan sekolah setelah 6 tahun menuntut ilmu di Sk. Sibugal Besar.

Majlis hari ini dihadiri oleh ibu bapa dan dirasmikan oleh YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK. Sibugal Besar iaitu En. Abd Sani Tabalong.





Thursday, November 1, 2012

KEM BESTARI SOLAT 4 & KHATAM QURAN

SK.SIBUGAL BESAR, 1NOVEMBER (KHAMIS)-Kem Bestari Solat kali ke 4 telah berjaya diadakan pada hari ini. Murid-murid didedahkan dengan modul akhir Kem Bestari Solat sebagai penutup tirai 2012. Pengisian dan praktikal mengenai solat disampaikan oleh guru-guru agama yang bertugas. Para guru lain telah membantu pelbagai bidang dalam menjayakan program hari ini.

Program bermula jam 7.30 pagi dengan pengisian 1 disampaikan oleh Ust. Ahmad Sidqi Daniel bertajuk Kepentingan Solat. Kemudian disusuli dengan pengisian 2 berkaitan tajuk Wuduk, disampaikan oleh Ust. Muhammad Sukri Supi. Pengisian 3, Oleh Ust kamaruddin Wahab, murid-murid didedahkan dengan praktikal solat dengan mengambil contoh perlaksanaan solat sunat Dhuha. seterusnya pengisian 4 mendedahkan kepada murid-murid kaifiat Solat Jenazah. Turut dilaksanakan dalam program hari ini ialah Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid tahun 6 yang telah berjaya menamatkan bacaan Al-Quran masing-masing dengan bimbingan guru melalui program j-QAF

Betulkan wuduk.
Mengakhiri program Kem Bestari Solat pada kali ini, murid-murid melaksanakan solat zohor bersama-sama dengan guru-guru dan kemudian perasmian penutupan oleh guru besar Pn. Norliza binti Che Ishak. Sebagai bingkisan untuk murid-murid, setiap yang hadir diberikan bungkusan pulut kuning berlauk serunding daging/ayam yang dibawa dari Kelantan. Sebuah buku nota juga diberikan kepada murid-murid.

Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar murid-murid dapat mengaplikasikan solat dalam kehidupan seharian mereka. Khatam Quran yang diadakan juga bukanlah bermakna tamatlah pembacaan Quran oleh murid-murid. Guru Besar dalam ucapan perasmian menekankan kelangsungan pembacaan Quran oleh murid-murid untuk sepanjang hidup mereka.


Banner


Murid-murid yang hadir.



Murid-murid melakukan praktikal solat Dhuha.

Solat biar betul.
Ust kama menbetulkan kedudukan jenazah.
Praktikal solat jenazah.
Khatam Quran


Perasmian sambil duduk.

Sumbangan program untuk murid.
GB menyampaikan hadiah penghargaan.


Kupanjatkan doa...

 
Mendengar nasihat.