Thursday, May 23, 2013

Sambutan Hari Guru 2013 Peringkat Sekolah

SK.SIBUGAL BESAR, 23 MEI (KHAMIS)-Sambutan Hari Guru peringkat sekolah diadakan pada hari ini. Tema sambutan adalah "Guru Malaysia 1Aspirasi 1Agenda". Program hari ini bermula dengan acara sukaneka yang melibatkan para guru. Beberapa acara sukaneka yang dipertandingkan menambahkan meriah suasana sambutan.

Guru Besar juga mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan peribadi kepada semua guru-guru.

Deklamasi sajak hari guru disampaikan oleh Ust. Kamaruddin Wahab (Sidang Pagi) dan Ust. Sidqi Daniel(Sidang Petang).Murid-murid juga turut menyampaikan persembahan teater bertajuk Dejavu Sakinah sebagai hadiah buat para guru. Acara cabutan bertuah menyelingi acara sambutan. Acara potong kek Hari Guru dilakukan oleh guru besar.

Guru-guru yang memenangi anugerah khas diberikan hadiah.



Guru dapat Anugerah

Kek Hari Guru

Dapat bingkisan dari GB

Sambung biar terpanjang di dunia!

Monday, May 20, 2013

Mahasiswa UNITAR menjalankan ROS di SKSB

SK.SIBUGAL BESAR, 20 MEI (ISNIN)-Tiga orang mahasiswa jurusan pendidikan dari UNITAR Cawangan Kota Kinabalu memulakan sesi Rancangan Orientasi Berasaskan Sekolah (ROS ) di Sk. Sibugal Besar selama seminggu mula hari ini. Mereka adalah:

1. Adzatul Amira (Sandakan)
2. Haviana (Miri)
3. Aisyah (Papar)



PEMBAHAGIAN KWAPM 2013

SK.SIBUGAL BESAR, 20 MEI (ISNIN)-Pihak sekolah pada hari ini menjalankan amanah menyampaikan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAPM) bagi tahun 2013. Sebanyak 186 orang murid yang layak menerima wang amanah berjumlah RM200.00 untuk setiap orang. Penyerahan wang dilakukan dengan cara mendepositkan jumlah tersebut ke dalam akaun Tabung Haji yang telah pun dibuka sebelumnya. Pegawai-pegawai dari Tabung Haji Sandakan turut datang untuk memudahkan urusan ibu bapa yang mungkin mengalami masalah dengan buku akaun anak/jagaan masing-masing.




Thursday, May 16, 2013

Juru Teknik Komputer baru SKSB

SK.SIBUGAL BESAR, 15 MEI (RABU)- Sk. Sibugal Besar menerima seorang juruteknik komputer yang baru setelah beberapa lama jawatan tersebut mengalami kekosongan berikutan perpindahan juruteknik sebelumnya. Beliau adalah Faizul bin Lian, seorang graduan daripada Politeknik Mukah, Sarawak dan berasal dari Batu 7, Sandakan. Tugas beliau sebagai Juruteknik Komputer Gred FT 17 di SKSB bermula 15 Mei 2013.

Pihak SKSB mengalu-alukan kehadirannya dalam keluarga SKSB dan semoga  dapat menjalankan tugas dengan lancar dan berkesan.



FAIZUL BIN LIAN