Friday, November 20, 2009

Keputusan UPSR 2009

SK. SIBUGAL BESAR, 20 NOVEMBER 2009 (JUMAAT)- Pada hari ini pihak sekolah menyerahkan keputusan UPSR 2009 kepada para pelajar tahun enam. Antara calon-calon yang telah menduduki peperiksaan tersebut, 6 orang murid tersenarai sebagai calon yang telah mendapat A dalam matapelajaran yang di ambil. 3 orang mendapat 1A, 2 orang mendapat 2 A dan seorang mendapat 4 A.

Nur Hazimah binti Suharjo, murid yang mencatat keputusan terbaik bagi UPSR di Sk. Sibugal Besar tahun ini mendapat A bagi bagi matapelajaran Bahasa Melayu (Kefahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Matematik dan Sains. Sementara bagi matapelajaran Bahasa Inggeris beliau mendapat B.


Nur Hazimah Suharjo, mendapat 4 A 1B


Pelajar-pelajar lain mencatat adanya agregat A dalam matapelajaran yang adalah Md Riduan Amjarani, Nur Azrin Sabri, Mohammad Rusdy Roslan, Mohd  Zamri Otoh dan Jamadi Razali.

Enam murid yang berjaya mencatatkan adanya A dalam matapelajaran

Laporan  selanjutnya akan menyusul setelah analisis lengkap dikeluarkan oleh pihak SUP.



Wednesday, November 18, 2009

Undangan Perkahwinan


Menjemput rakan-rakan di SK Sibugal Besar menghadiri majlis kenduri sempena perkahwinan saya beralamat di:
no. F-51, Tebok Haji Musa,
Titi Serong,
34250 Tg. Piandang
Parit Buntar, Perak

Turut mengundang : Seisi Keluarga 



Daripada: Cik Khalilah Bt. Norsaid, En. Mohammad Faizal B. Mustapa dan seisi keluarga






HARI ANUGERAH MURID CEMERLANG 2009

SK. SIBUGAL BESAR, SANDAKAN, 18 NOVEMBER 2009-Hari ini merupakan hari pengiktirafan pihak sekolah di atas pencapaian murid dalam akademik dan kokurikulum serta perghargaan di atas sumbangan murid dalam pelbagai bidang sepanjang tahun 2009. Sebuah majlis  bagi menghargai pencapaian dan sumbangan murid-murid telah diadakan iaitu. Majlis Anugerah Murid Cemerlang 2009. Murid-murid kedua-dua sesi hadir sebelah pagi. Ibu bapa turut dijemput bagi melihat kejayaan dan pencapaian anak-anak mereka.

Penyelia Pelajaran Daerah Sandakan, En Ali Rahman bin Arshad telah hadir bagi merasmikan majlis tersebut.

Beberapa kategori anugerah telah disampaikan pada tahun ini.



Wednesday, November 11, 2009

RIMUP 2009




SK. SIBUGAL BESAR , 11 NOV 2009 (RABU): Sk. Sibugal Besar pada hari ini mengadakan program RIMUP ( Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan). RIMUP merupakan salah satu program yang dilancarkan oleh kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan merapat hubungan antara kaum Malaysia. Di bawah RIMUP beberapa program disusun melibatkan pelbagai aspek kemasyarakatan.


Mesyuarat perlaksanaan program terdahulu yang dipengerusikan oleh guru besar En. Kiflee Harun, memutuskan untuk menjalankan program sukan dan permainan yang merupakan salah satu cabang program-program RIMUP.


Sukan dan permainan yang dipilih adalah seperti berikut:

1)Engkek-engkek @Ketinting
2) Batu seremban
3) Galah panjang
3) Nelayan menangkap ikan
4) Melengkapkan ayat dengan mengisi tempat kosong.
5) Membawa gelas di atas kepala.
6) Baing telur
7)Bawa bola di kepala secara berpasangan
8) Mengisi air ke dalam baldi

Acara-acara tersebut telah dipertandingkan dan melibatkan murid, guru dan ibu bapa.Hadiah-hadiah  dalambentuk hamper disediakan untuk kumpulan-kumpulan yang memenangi acara yang dipertandingkan. Secara keseluruhannya, program hari ini berjalan dalam suasana meriah dan diharapkan dapat menyuburkan hubungan erat sesama murid-murid dan guru-guru.


Gambar-gambar sekitar program ...




Friday, November 6, 2009

Makluman



Perhatian kepada semua Ketua Panitia mata pelajaran dan Guru Kelas;

Sila hantar analisis Perperiksaan Semester Akhir 2009 kepada SUP selewat-selewatnya pada:

13 Nov 2009(pagi Jumaat)



S.U.P

Pn Norfaezah Binti Abdullah




MAKLUMAN



Kepada semua guru mata pelajaran, sila hantar markah subjek yang telah disemak kepada guru kelas pada hari Isnin untuk memudahkan tugas guru kelas mengemaskini rekod keputusan Peperiksaan Semester Akhir.

Kerjasama dari semua guru mata pelajaran amatlah diharapkan..

sekian dan terima kasih.

S.U.P
Pn. Nurul Faezah binti Abdullah.




Wednesday, October 28, 2009

MAKLUMAN-MESYUARAT HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2009

Oleh: Ust Kamaruddin Wahab

SANDAKAN,28 Okt 2009-Satu mesyuarat mengenai program Hari Anugerah Kecemerlangan Murid Peringkat Sekolah bagi tahun 2009 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 29 Okt 2009

Hari : Khamis


Masa : 12.00 tengahari


Tempat : Bilik Gerakan Sk. Sibugal Besar.




Agenda Mesyuarat:
  1. Ucapan pengerusi
  2. Tazkirah
  3. Penetapan Tarikh,Masa dan Tempat.
  4. Perlantikan Ahli Jawatankuasa
  5. Aktiviti
  6. Jamuan
  7. Kewangan
  8. Hal-hal lain
Semua guru dikehendaki hadir. Untuk makumat  lanjut sila hubungi setiausaha sekolah,  Pn Salbiah Sakah.

Sunday, October 25, 2009

MAJLIS PENUTUPAN KOKURIKULUM 2009

Oleh: Abd Azis bin Tahja

SANDAKAN 24 OKT - Pada hari ini SK Besar Sandakan telah mengadakan Majlis Penutupan Kokurikulum 2009. Pelbagai acara telah dipersembahkan oleh setiap kelab dan persatuan. Antara acara tersebut ialah persembahan koir oleh Persatuan Bahasa Inggeris, nasyid dari Persatuan Agama Islam, penggiraan bentuk asas piramid dan lain-lain lagi. Sebelum itu, ucapan penangguhan Perasmian Penutupan telah disampaikan oleh PK Kokurikum, Puan Sitti Hajar Mohd Isa.

Program berlangsung sebelah pagi dan ditamatkan sekitar jam 10.00 Pagi. Menurut setiausaha Unit Kokurikulum, Cik Marzila Omar, program ini adalah kebiasaan setiap tahun dan merupakan program dalaman dan tidak melibatkan pihak ibu bapa. 

Berikut adalah beberapa koleksi gambar yang telah dirakamkan semasa peristiwa tersebut.

Friday, October 23, 2009

Majlis Penyampaian Bantuan KWAPM 2009


Pada hari ini, 23 Oktober 2009 (Jumaat), bermula sekitar jam 10.00 pagi, SKSB mengadakan Majlis Menyampaikan bantuan KWAPM kepada ibu bapa yang layak. Pembahagian kali  ini adalah berjumlah RM250.00 bagi setiap anak yang layak. Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan. Untuk tujuan merasmikan penyampaian, pihak PPD Sandakan telah menghantar En Kelawan.

Berikut adalah koleksi gambar dan videoclip pada majlis penyampaian bantuan KWAPM tersebut.













Thursday, October 22, 2009

MAKLUMAN: MAJLIS PENUTUPAN KOKUM

Majlis penutupan KOKUM  akan diadakan di Sk. Sibugal Besar seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Oktober 2009
Tempat : Dewan Terbuka Sk. Sibugal Besar
Masa: 7.30 Pagi-10.00 Pagi.

Sempena dengan program tersebut, murid-murid akan mempersembahkan persembahan masing-masing. Penglibatan semua guru adalah amat dituntut.

 Dari: Unit KOKUM

Thursday, October 15, 2009

Sambutan Hari Raya 2009



MAKLUMAN - Jamuan Eidul Fitri

Kepada semua warga  SKSB, Majlis Jamuan Hari Raya akan diadakan pada ketetapan berikut:


Tarikh: 15 Oktober 2009

Masa: 11.00 pagi.

Tempat: Bilik Gerakan SKSB


Sehubungan itu, sesiapa yang masih menyimpan "kuih raya", dialu-alukan agar dapat membawanya semasa jamuan nanti.Kehadiran dan ketetapan masa amat diharapkan bagi melancarkan sebarang aturcata yang telah dirancang.

Cadangan pakaian:

Lelaki : Baju Melayu sepasang @ baju batik
Perempuan : Baju Kurung @ Kebaya

Dengan arahan,
Guru Besar 
Sk. Sibugal Besar

Monday, October 12, 2009

Pengumuman mengenai SKT





13 Oktober 2009 adalah tarikh akhir penghantaran SKT bagi guru-guru SK. Sibugal Besar. Penghantaran hendaklah dibuat kepada Pen. Kanan 1 iaitu Ustazah Rohaini Sidik.






Sunday, October 11, 2009

Mesyuarat Peperiksaan

Mesyuarat Peperiksaan bagi membincangkan persediaan peperiksaan semester akhir telah diadakan pada hari ini, tanggal 8 Okt 2009 . Beberapa keputusan penting dirumuskan seperti berikut:

Tarikh Peperiksaan : 2 Novemver 2009


Tarikh Penyerahan naskhah soalan peperiksaan :

Kepada Ketua Panitia masing-masing           : 14 Okt 2009
Kepada Penolong Kanan 1                           : 19 Okt 2009
Kepada Setiausaha Peperiksaan                   : 22 Okt 2009

Ketua Pengawas Peperiksaan:

Sidang Pagi                                                   : Abd Azis bin Tahja
Sidang Petang                                               : Yessie Malail

Guru besar juga memaklumkan bahawa penyampaian dana Kumpulang Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada sasaran akan diadakan pada 17 Okt 2009 (Sabtu). Guru-guru kelas diminta hadir  bagi melancarkan majlis tersebut.

Saturday, October 10, 2009

Guru-Guru Sk. Sibugal Besar

Photobucket

IKRAR MURID


Kami anak-anak didik sekolah Kebangsaan Sibugal Besar


Berjanji akan mengharumkan


Nama sekolah dengan;


Menumpukan perhatian penuh


Terhadap pelajaran


Melibatkan diri secara aktif


Dalam kurikulum


Mematuhi peraturan sekolah


Sentiasa hormat ibu bapa


Dan rakan sebaya


LAGU SEKOLAH


LAGU SEKOLAH




Sekolah Sibugal Besar


Menuju cita-cita


Berusaha terus maju


Untuk hidup berilmu


Mendidik kami semua


Ilmu landasan hidupnya


PIBAGU terus berdiri


Demi kepentingan kami


Mencapai cita-cita mulia


Pelajaran jadi cahaya





(My school sibugal besar


Destination is from here


Growing up and keep on moving


Living up for the beter life


To teacher an educate us


For the knowledge and our life


Our parent and my teacher


Together they stand for us


To achieve our best future


Knowledge up on my life)


GURU-GURU KANAN SEKOLAH


Friday, October 9, 2009

OBJEKTIF SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Sibugal Besar Sandakan berhasrat:

1.     Melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .
2.     Menjadikan sekolah sebagai tempat menimba ilmu yang kondusif.
3.     Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan patuh kepada semua  peraturan sekolah dan negara sepanjang masa.
4.     Memupuk semua warga sekolah dan masyarakat mempunyai semangat cinta dan sayangkan sekolah.
5.     Mencapai tahap kecemerlangan antara sepuluh yang terbaik di daerah Sandakan.

MATLAMAT SEKOLAH


Menjadikan Sekolah Kebangsaan Sibugal Besar Sandakan sebagai sebuah sekolah yang cemerlang dari segi pengurusan pentadbirannya, kurikulum, pengurusan HEM, Ko Kurikulum dan keceriaannya. Seterusnya menjadikan sekolah ini salah sebuah sekolah yang terunggul luar bandar serta dihormati di Gabungan Sandakan khasnya dan Negeri Sabah amnya.

VISI


Sentiasa bergerak ke hadapan untuk melahirkan dan meningkatkan pengetahuan setiap anak didik selaras dengan aspirasi negara Malaysia ”Pendidikan Cemerlang Pelajar Terbilang”.

MISI


Sekolah Kebangsaan Sibugal Besar Sandakan berhasrat melahirkan insan yang berhemah tinggi, berbudi pekerti, berilmu, berakhlak mulia dan berketrampilan. Menyediakan Pelajar yang produktif, berdaya saing dan berpengetahuan.

SEJARAH SK SIBUGAL BESAR


SK. Sibugal Besar terletak di Kampong Sibugal Besar, iaitu kira-kira 25.15 kilometer daripada Bandar Sandakan. Pada mulanya, kampung Sibugal Besar tidak mempunyai jalan masuk ke dalamnya kecuali jalan denai yang tidak sesuai untuk kenderaan terutamanya kereta. Namun, berkat semangat dan gotong royong warga kampung, sebuah jalan telah disambung dengan jalan utama di Kampung Sungai Batang.

Sk. Sibugal Besar diasaskan oleh Encik Edali bin Gampal. Beliulah yang telah menghadiahkan sebidang tanah miliknya seluas 2.41 ekar sebagai tapak sekolah kepada Jabatan Pendidikan Sabah . Pada peringkat permulaan, hanya sebuah bangunan sekolah serta sebuah rumah guru telah dibina di atas tanah tersebut. Ia adalah sumbangan daripada Majlis Daerah Sandakan. Bangunan awal ini menempatkan tiga bilik darjah sebagai perintis iaitu masing-masing bagi tahun 1,2 dan 3. Jumlah muridnya pada masa ini adalah 48 orang. Gurunya pula ialah 2 orang sahaja iaitu guru besarnya ialah En Awang Durai bin Gasah dibantu oleh seorang guru yang lain iaitu En. Jumatil bin Edali. Inilah keadaannya ketika ia mula dibuka untuk beroperasi sebagai sebuah sekolah pada 18 hb April 1968.

Dalam tempoh sepuluh tahun selepas ia mula beroperasi, jumlah muridnya bertambah setiap tahun. Melihat perkembangan ini, Jabatan Pendidikan Sabah telah mengambil langkah untuk penambahbaikan kepada infrastruktur yang sedia ada. Sebuah lagi bangunan baru telah dibina yang menyediakan 3 bilik darjah tambahan dengan bilik guru dan bilik guru besar.

Tahun berikutnya,sebuah bangunan sekolah lagi dibina bersama dengan 2 unit rumah guru. Bangunan baru ini menyediakan 3 bilik darjah tambahan dan satu bilik serba guna. Ia siap pada tahun 1983 dan mula digunakan menjelang pertengahan tahun 1984.

Akhirnya, pada 2 Februari 1985, kedua-dua bangunan sekolah yang telah siap dibina ini telah dirasmikan oleh Dr. Hj. Isa Ramli selaku pengarah pendidikan Sabah pada masa itu. Seterusnya , pada 02 Jun 1985, sijil pendaftaran yang mengesahkan sekolah ini sebagai sebuah sekolah kerajaan telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran sabah dengan nombor pendaftaran JPS/PSS/REN/0454 dengan ketegori pengredan yang diberikan ialah gred C.


PELANCARAN PERTAMA

Hari ini, Jumaat, tanggal 9 Oktober 2009, blog ini dibina dan dilancarkan sebagai percubaan. Pembangunan pertama, memberi nama dan melancarkankan ke alammaya serta design templatenya telah di usahakan oleh seorang guru agama Sk.Sibugal Besar iaitu Ust. Kamaruddin Wahab. Beliau mempunyai beberapa pengalaman penting dalam membangun dan menguruskan blog peribadi. Blog peribadi utama Ust. Kamaruddin iaitu Perenung Langit sedang meningkat popularitinya.

Blog ini dibangunkan sebagai sumber maklumat bagi pelayar internet yang ingin mengetahui mengenai Sk. Sibugal Besar yang sememangnya sejauh ini belum mempunyai maklumat di duniamaya. Sekurang-kurangnya bagi pelajar internet yang ingin berkenalan dengan Sk. Sibugal Besar, terutamanya guru yang akan dipostingkan di sini, mendapat maklumat awal mengenai sekolah ini sebelum menjejaki kaki ke sini.

Blog ini juga akan berperanan sebagai sumber capaian mudah ineternet bagi guru-guru yang memerlukan maklumat penting sama ada PNP atau lain-lainya.

Sekian.

Ust Kama