Sunday, September 29, 2013

PERKHEMAHAN 2013

SK. SIBUGAL BESAR, 29 SEPT (AHAD)- Perkhemahan Unit Beruniform KOKUM  pada tahun ini berlangsung antara 27 September hingga 29 September dengan lokasi perkhemahan melibatkan Padang Politeknik Sandakan dan juga Padang Sekolah Sk. Sibugal Besar. Perkhemahan pada tahun ini membawa kelainan apabila buat julung kalinya murid-murid dibawa berkhemah di luar daripada kawasan sekolah.

Perkhemahan di padang Politeknik Sandakan.
Sesi Brain Storming diadakan di dewan kuliah Politeknik.

Menyemberang titian gantung Kg. Nelayan Tengah.


Perkhemahan di padang sekolah.

Tahniah buat para guru yang telah bertungkus lumus menjayakan program perkhemahan kali ini,  terutamanya buat para guru yang sanggup tidur berkhemah bersama-sama murid-murid sepanjang program berlangsung. Usaha gigih semua guru keseluruhannya telah menjayakan program perkhemahan pada kali ini.

Saturday, September 28, 2013

CIKGU JENTRY BERTUKAR KE SEKOLAH BARU

SK. SIBUGAL BESAR, 28 SEPT (SABTU)- Satu Majlis perpisahan ringkas diadakan khas untuk meraikan perpindahan Cikgu Jentry Ismail dan Ustazah Wan Zahira dari SKSB. Cikgu Jentry akan berpindah sekolah dalam kawasan Sandakan iaitu ke Sk Pulau Sanghai, manakala Ustazah Wan Zahira bertukar balik ke Semenanjung dna ditempat di negeri Pahang. 

Dalam kesibukan perkhemahan yang Unit Beruniform Kokorikulum yang sedang berlangsung, para guru sempat meluangkan masa untuk meraikan perpisahan dengan sahabat seperjuangan yang telah bertahun-tahun menabur bakti di SKSB. 


Friday, September 27, 2013

Isnin Cuti Peristiwa

Sempena minggu perkhemahan, pihak sekolah telah mendapat kelulusan cuti peristiwa pada hari Isnin (30 September 2013).

Harap malum
B.P : Guru Besar Sk. Sibugal Besar ( Pn. Norliza Che Ishak)



Surat Makluman Cuti untuk murid
Pengumuman cuti oleh guru besar

Thursday, September 26, 2013

PEPERIKSAAN UPSR

Peperiksaan UPSR bagi Sekolah Kebangsaan Sibugal Besar pada tahun ini menampilkan calon seramai 57 orang dari kelas 6A dan 6B. Peperiksaan berlangsung dengan lancar dan kehadiran calon-calon sepanjang peperiksaan berlangsung adalah memuaskan. Pihak sekolah telah menggerakkan pelbagai sumber daya untuk meningkatkan prestasi dan pencapaian murid dalam peperiksaan kali ini. Semoga murid-murid dapat memperlihatkan peningkatan dalam keputusan peperiksaan nanti. Insya Allah.

Saturday, September 14, 2013

KEM BESTARI SOLAT TERAKHIR 2014

SK. SIBUGAL BESAR, 14 SEPT ( SABTU)- Kem Bestari Solat (KBS) fasa terakhir bagi tahun 2013 berjaya diadakan pada hari ini.  Program ini mengambil masa se awal pagi dan tamat selepas solat fardhu Zohor. Slot teori dan praktikal telah diketenmgahkan kepada murid-murid untuk memantapkan lagi kemahiran solat dan  menanamkan kesedaran menegakkan solat dalam kehidupan mereka.