Friday, October 9, 2009

OBJEKTIF SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Sibugal Besar Sandakan berhasrat:

1.     Melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .
2.     Menjadikan sekolah sebagai tempat menimba ilmu yang kondusif.
3.     Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan patuh kepada semua  peraturan sekolah dan negara sepanjang masa.
4.     Memupuk semua warga sekolah dan masyarakat mempunyai semangat cinta dan sayangkan sekolah.
5.     Mencapai tahap kecemerlangan antara sepuluh yang terbaik di daerah Sandakan.

MATLAMAT SEKOLAH


Menjadikan Sekolah Kebangsaan Sibugal Besar Sandakan sebagai sebuah sekolah yang cemerlang dari segi pengurusan pentadbirannya, kurikulum, pengurusan HEM, Ko Kurikulum dan keceriaannya. Seterusnya menjadikan sekolah ini salah sebuah sekolah yang terunggul luar bandar serta dihormati di Gabungan Sandakan khasnya dan Negeri Sabah amnya.

VISI


Sentiasa bergerak ke hadapan untuk melahirkan dan meningkatkan pengetahuan setiap anak didik selaras dengan aspirasi negara Malaysia ”Pendidikan Cemerlang Pelajar Terbilang”.

MISI


Sekolah Kebangsaan Sibugal Besar Sandakan berhasrat melahirkan insan yang berhemah tinggi, berbudi pekerti, berilmu, berakhlak mulia dan berketrampilan. Menyediakan Pelajar yang produktif, berdaya saing dan berpengetahuan.

SEJARAH SK SIBUGAL BESAR


SK. Sibugal Besar terletak di Kampong Sibugal Besar, iaitu kira-kira 25.15 kilometer daripada Bandar Sandakan. Pada mulanya, kampung Sibugal Besar tidak mempunyai jalan masuk ke dalamnya kecuali jalan denai yang tidak sesuai untuk kenderaan terutamanya kereta. Namun, berkat semangat dan gotong royong warga kampung, sebuah jalan telah disambung dengan jalan utama di Kampung Sungai Batang.

Sk. Sibugal Besar diasaskan oleh Encik Edali bin Gampal. Beliulah yang telah menghadiahkan sebidang tanah miliknya seluas 2.41 ekar sebagai tapak sekolah kepada Jabatan Pendidikan Sabah . Pada peringkat permulaan, hanya sebuah bangunan sekolah serta sebuah rumah guru telah dibina di atas tanah tersebut. Ia adalah sumbangan daripada Majlis Daerah Sandakan. Bangunan awal ini menempatkan tiga bilik darjah sebagai perintis iaitu masing-masing bagi tahun 1,2 dan 3. Jumlah muridnya pada masa ini adalah 48 orang. Gurunya pula ialah 2 orang sahaja iaitu guru besarnya ialah En Awang Durai bin Gasah dibantu oleh seorang guru yang lain iaitu En. Jumatil bin Edali. Inilah keadaannya ketika ia mula dibuka untuk beroperasi sebagai sebuah sekolah pada 18 hb April 1968.

Dalam tempoh sepuluh tahun selepas ia mula beroperasi, jumlah muridnya bertambah setiap tahun. Melihat perkembangan ini, Jabatan Pendidikan Sabah telah mengambil langkah untuk penambahbaikan kepada infrastruktur yang sedia ada. Sebuah lagi bangunan baru telah dibina yang menyediakan 3 bilik darjah tambahan dengan bilik guru dan bilik guru besar.

Tahun berikutnya,sebuah bangunan sekolah lagi dibina bersama dengan 2 unit rumah guru. Bangunan baru ini menyediakan 3 bilik darjah tambahan dan satu bilik serba guna. Ia siap pada tahun 1983 dan mula digunakan menjelang pertengahan tahun 1984.

Akhirnya, pada 2 Februari 1985, kedua-dua bangunan sekolah yang telah siap dibina ini telah dirasmikan oleh Dr. Hj. Isa Ramli selaku pengarah pendidikan Sabah pada masa itu. Seterusnya , pada 02 Jun 1985, sijil pendaftaran yang mengesahkan sekolah ini sebagai sebuah sekolah kerajaan telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran sabah dengan nombor pendaftaran JPS/PSS/REN/0454 dengan ketegori pengredan yang diberikan ialah gred C.


PELANCARAN PERTAMA

Hari ini, Jumaat, tanggal 9 Oktober 2009, blog ini dibina dan dilancarkan sebagai percubaan. Pembangunan pertama, memberi nama dan melancarkankan ke alammaya serta design templatenya telah di usahakan oleh seorang guru agama Sk.Sibugal Besar iaitu Ust. Kamaruddin Wahab. Beliau mempunyai beberapa pengalaman penting dalam membangun dan menguruskan blog peribadi. Blog peribadi utama Ust. Kamaruddin iaitu Perenung Langit sedang meningkat popularitinya.

Blog ini dibangunkan sebagai sumber maklumat bagi pelayar internet yang ingin mengetahui mengenai Sk. Sibugal Besar yang sememangnya sejauh ini belum mempunyai maklumat di duniamaya. Sekurang-kurangnya bagi pelajar internet yang ingin berkenalan dengan Sk. Sibugal Besar, terutamanya guru yang akan dipostingkan di sini, mendapat maklumat awal mengenai sekolah ini sebelum menjejaki kaki ke sini.

Blog ini juga akan berperanan sebagai sumber capaian mudah ineternet bagi guru-guru yang memerlukan maklumat penting sama ada PNP atau lain-lainya.

Sekian.

Ust Kama