Tuesday, January 19, 2010

PERTANDINGAN CATUR PERINGKAT SANDAKAN


Kejohanan Catur Peringkat Sandakan telah diadakan pada 19 Januari 2010 bertempat di Dewan Orang Ramai Batu Putih, Sandakan. Sk. Sibugal Besar telah menghantar penyertaan. Enam orang murid telah dipilih dan diberi latihan intensif  oleh Ust Kamaruddin Wahab dan Andrian. Enam orang murid tersebut adalah daripada tahun 6 A iaitu, Vanisia Mae, Andi Fitry, Nor Hama, Suzienna, Siti Rahpiah dan Rika.

Peserta dari Sk. Sibugal Besar telah berjaya mendapat tempat kedua bagi kategori berkumpulan (perempuan).

Monday, January 11, 2010

Guru SKSB merentas jalan berlumpur

SK.SIBUGAL BESAR, 11 JANUARI  2010 (ISNIN) -Pada hari ini, guru-guru Sk. Sibugal Besar yang ingin masuk ke sekolah bagi menjalankan tugas pada hari pertama minggu ke dua persekolahan 2010 terhalang oleh keadaan jalan yang becak dan berlumpur. Akibatnya guru-guru yang menaiki kereta, terkandas di jalan masuk ke Kg Sibugal Besar, kira-kira 2 kilometer dari jalan utama.



Kerja-kerja menurap jalan masuk ke Kg Sibugal Besar yang bermula sejak tahun lalu masih lagi berjalan dan hapir 70 peratus daripada jalan tersebut telah diturap. Sebahagiannya dengan tar dan sebahagian lagi masih dengan batu halus mampat. Namun, oleh kerana terdapat kerja-kerja meratakan bahagian berbukit pada jalan yang belum siap, ia menyebabkan laluan keluar masuk kenderaan terpaksa menghadapi jalan yang berlumpur dan becak.



Sebuah kenderaan lori yang cuba melalui jalan tersebut pada hari ini terkandas menghalang perjalanan kereta-kereta lain. Guru-guru yang tiba seawal jam 6.30 pagi terpaksa mencari beberapa jalan pilihan untuk tiba di Sk. Sibugal Besar. Antaranya ialah melalui jalan Kg. Nelayan Tengah. Namun, jalan Kg Nelayan Tengah bukanlah jalan yang membolehkan kereta sampai ke Sk. Sibugal Besar. Guru-guru yang mengambil jalan tersebut terpaksa berjalan kaki merentas kampung.

Diharapkan kerja-kerja menaiktaraf jalan Kg Sibugal Besar dapat dipercepatkan dan dengan itu akan memberi keselesaan kepada seluruh penduduk Kg Sibugal Besar, termasuk guru-guru yang merupakan pengguna utama jalan tersebut.



Kereta cikgu khalilah terkandas dalam lumpur.










Tuesday, January 5, 2010

Yang pergi dan datang

Sessi persekolahan 2010 bermula pada 4 Januari. Bagi Sk. Sibugal Besar, tahun ini mencatatkan beberapa orang guru berpindah meninggalkan sekolah dan ada yang bercuti panjang.

Guru yang berpindah meninggalkan Sk. Sibugal Besar ialah:

a) Cikgu Sabturi Sinsani, berpindah ke Sk. Terusan Baru, Sandakan.
b) Cikgu Wilemena Biri Embit, berpindah ke Telupid.
c) Cikgu Sani Tabalong, cuti tanpa gaji.
d) Cikgu Azmi Hassan, cuti tanpa gaji.

Sementara itu, Sk. Sibuga Besar mendapat empat orang guru baru iaitu:

a) Cikgu Jainul bin Abd Gapar berpindah dari Sk. Tanjung Papat 2.
b) Cikgu Tina Kimunin berpindah dari Sk. Tobobon, Menggatal, Kota Kinabalu.
c) Cigu Yusdy ( Guru baru)
d) Jamnatul 'Amar binti Basri (Guru baru)