Wednesday, July 31, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN ZAKAT DAN BERAS

SK.SIBUGAL BESAR, 31 JULAI (RABU)-Pihak sekolah telah berjaya mendapatkan bantuan zakat sebanyak RM10,000 dari pihak Pusat Zakat serta sumbangan beras dari pihak BERNAS untuk disampaikan kepada murid-murid yang layak. Wang zakat serta bantuan beras tersebut telah disampaikan pada hari ini dalam satu majlis yang dihadiri oleh ibu bapa muris-murid yang layak. Turut hadir menyerikan majlis pada hari ini adalah pagawai dari Pusat Zakat Sabah yang menyaksikan acara penyampaiannya.

Sumbangan beras dari BERNAS yang berjaya diperolehi pada tahun ini adalah sebanyak 106 kampit yang mengandungi 5kg.  Beras-beras tersebut telah diperolehi dari kilang Sazarice di Makalinau, Sandakan.
Pn. Yuliana Makkanah mewakili sekolah mengambil beras.







Guru Besar menerima replika cek



Replika Cek

Sumbangan beras...





Monday, July 29, 2013

Pelancaran Jalur Gemilang 2013

SK.SIBUGAL BESAR,  29 JULAI ( ISNIN)-Pelancaran Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan 2013 telah diadakan pada hari ini. Majlis pelancaran ini adalah dikelolakan oleh Panitia Kajian Tempatan dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah. Pelancaran ini diadakan sebagai manifetasi semangat patriotik yang ingin ditanamkan ke dalam diri setiap murid dan warga sekolah lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke 56 tahun. Murid-murid sebagai generasi  pelapis kepimpinan negara perlu diinsafkan pentingnya mempunyai semangat cintakan negara.



Bacaan doa oleh Ust Diq
Pelancaran kali ini dirasmikan Pn. Norliza Che Ishak, selaku Guru Besar Sk. Sibugal Besar.  Pelancaran dimulakan dengan gimik membuka ikatan bendera-bendera setiap negeri yang terikat pada tiang-tiangnya. Gimik merungkai simpulan ini disertai juga oleh semua Penolong Kanan Sekolah.



Ucapan perasmian oleh Guru Besar


Gimik pelancaran




Seterusnya, guru kelas bertindak membahagi-bahagikan Jalur Gemilang Mini yang telah dibeli oleh setiap murid dengan harga RM0.60.



Add caption


Murid-murid dan juga guru-guru menyanyikan 2 buah lagu iaitu Jalur Gemilang, 31 Ogos dengan iringan muzik.

Nota lagu

Amboi...Sabturia



Turut dihidangkan adalah ucapan Khas disampaikan oleh Pn. Murni Atik bertajuk Semaian Jatidiri Hebat.


Laung "merdeka!"

Murid...Merdeka!

Deklamasi sajak oleh Mohd Affendi Supardi bertajuk Erti Kemerdekaan yang merupakan hasil karya Sasterawan Negara A. Samad Said

Kita mencari hanya yang tulen dan jati
sekadar hidup mengerti dan berbudi
dan bumi akan subur, makmur dan mewah
jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama

tanah air memberi banyak
mesra mendakap kita
kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti
dan dalam alaf baru
semangat kita wajar padu berjalan kita
atas nama tanah air dan bangsa
bangga kerana merdeka
megah kerana bahagia
.

Penutup majlis ialah dengan menyanyi beramai-ramai lagu Malaysia Berjaya.



Akhir sekali, pengacara cilik mengungkapkan pantun...
Syafiah

Kalau ada sumur di ladang
boleh saya menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
Insya Allah, tahun depan kita kibarkan jalur gemilang lagi...

Tidak lupa, teknis elektorat yang bekerja keras memastikan elektrik tidak diputuskan, Zis Ht.





Thursday, July 11, 2013

MAKLUMAN: BLOG PPDa SKSB BOLEH DILAYARI

Sebuah lagi blog dalam komuniti Sk. Sibugal Besar telah siap dan sedia untuk dilayari. Blog tersebut adalah PPDa SKSB yang dibina khas untuk menjayakan kempen anti dadah di peringkat sekolah.  Blog tersebut diharapkan dapat membantu warga sekolah mendapatkan maklumat terkini mengenai program-program anti dadah yang dirancangkan di peringkat sekolah serta perkembangan terkini dasar kementerian mengenainya.

Blog ini di bawah HEM dan Puan Yuliana Makkana sebagai admin dan dibantu oleh kerani ICT Mohd Faizul bin Lian


Tahniah atas pelancaran blog tersebut dan semoga terus maju menjuarai dunia maklumat di alam maya.

Sila lawati:

Monday, July 8, 2013

Olaragawan Sukan Sekolah 2013

Olaragawan Sukan Sekolah bagi tahun ini disandang oleh Mohd Hafiz Haris dari tahun 4A dan olaragawati pula disandang oleh Nabila Jefri dari tahun 5A.