SK.SIBUGAL BESAR, 2 JULAI (SABTU)- Selaras dengan program yang dirancang oleh Kementerian Pelajaran di seluruh negara iaitu Larian 1 Malaysia sempena program 1 Murid 1 Sukan, Sk. Sibugal Besar tidak ketinggalan menganjurkan larian tersebut. Larian yang melibatkan murid-murid, guru-guru dan ibu bapa tersebut menyaksikan larian para peserta sepanjang jalan masuk kampung Sibugal Besar. Para peserta, sekitar 300 orang memulakan larian dari hadapan ke hujung Jalan Kg Sibugal Besar dan kemudian berpatah balik.
Bermula seawal jam 7.30 pagi, acara larian tersebut ditamatkan satu jam kemudian. Para peserta yang yang memenangi kategori yang dipertandingkan telah dihadiahkan kalungan medal dalam majlis perasmian penutup. Turut hadir menyerikan majlis perasmian penutup adalah Pengerusi PIBG, Ketua Kampung Sibugal Besar dan Pegawai Polis bertugas.