Thursday, October 31, 2013

MENARA TELEKOMUNIKASI

Menara Telekomunikasi


SK.SIBUGAL BESAR, 31 OKT (KHAMIS)-Pembinaan Menara Telekomunikasi untuk tujuan Kemudahan Internet Tanpa Wayar 1Bestarinet  bagi Kementerian Pelajaran Malaysia telah siap sepenuhnya menjelang Oktober 2013. Menara telokumunikasi ini membekalkan peluang akses internet untuk warga sekolah termasuk kawasan sekitar yang yang dapat mencapai signalnya. Untuk tujuan akses internet, pihak sekolah Sibugal Besar telah dibekalkan peralatan 1 Besterinet Receiver Integrated System (IBRIS) melalui kontrak oleh syarikat YTL Comunication SDN. BHD.

Sehubungan dengan itu juga, pihak sekolah juga telah dibekalkan 10 unit Dongles Yes oleh Syarikat YTL Comunications untuk digunakan bagi tujuan akses internet di kawasan yang tidak dapat dicakupi oleh peralatan 1BRIS tetapi memperolehi signal daripada menara telekomunikasi.

Dongles Yes


Sesungguhnya projek menara telekomunikasi ini telah menyediakan peluang akses internet yang lebih lancar dan stabil bagi warga sekolah yang sering merugut mengenai kekangan memanfaatkan  pelbagai program e-online yang mewarnai dunia pendidikan dewasa ini. Semoga para guru dapat menjalankan tugas dengan lebih efisyen dengan projek sebegini.

Saturday, October 26, 2013

1 MURID 1 SUKAN (1M1S)

SK. SIBUGAL BESAR, 26 OKT (SABTU)-Program 1 Murid 1Sukan peringkat sekolah telah berjaya diadakan pada hari ini. Program ini melibatkan pertandingan acara bola sepak (untuk murid lelaki) dan badminton (untuk murid perempuan). Program ini juga merupakan penutup tirai bagi aktiviti kokurikulum tahun 2013. Perasmian penutup program ini dilabuhkan oleh Guru Besar Sk. Sibugal Besar, Pn. Norliza binti Che Ishak.










Wednesday, October 23, 2013

LAMAN FROG VLE-Pengalaman baru buat warga sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia dewasa ini memperkenalkan satu bentuk pengajaran dan pembelajaran baru iaitu Frog Vle. Melalui laman ini, warga sekolah boleh berkongsi maklumat dan komuniti guru, murid dan ibu bapa boleh berkongsi bahan melalui dunia maya.




Sila Klik: https://xba2036.1bestarinet.net untuk ke capaian frog VLE.

Link kekal 1BESTARINET juga disediakan di bahagian Rujukan Guru iaitu di sebelah kiri blog ini. Sila klik di sana.

Sunday, October 20, 2013

USTAZAH WAN ZAHIRA MENINGGALKAN SKSB

Ustazah Wan Zahira, salah seorang guru j-QAF  SKSB  hari ini berangkat meninggalkan bumi Sandakan, Sabah, sekaligus meninggalkan perkhidmatannya di Sk. Sibugal Besar. Beliau telah berkhidmat di Sk. Sibugal Besar sejak tahun 2007. 

Kini, guru j-QAF Sk. Sibugal Besar tinggal lagi 2 orang. Semoga Ustazah Wan Zahira menemui sinar baru di tampat baru. Teruskan berkhidmat demi agama mendidik anak watan.

Ustazah Erna dan Ustazah Wan Hasanah men"lepaskan" Ustazah Wan Zahira di Lapangan Terbang Sandakan.

Wednesday, October 16, 2013

PEPERIKSAAN SEMESTER 2 2013

SK.SIBUGAL BESAR, 16 OKT (RABU)- Peperiksaan Semester 2 bagi murid-murid tahap 2 berlangsung mulai hari ini. Murid-murid yang baru sehari berhari raya Eidul Adha kini kembali ke sekolah dan berdepan peperiksaan akhir tahun mereka. Semoga semua murid dapat menjawab dengan baik dan menetapkan kecemerlangan masing-masing menutup tirai persekolahan tahun ini.