Thursday, January 20, 2011

RMT 2011

Oleh: Ust Kama


Menjelang tahun 2011, terdapat ura-ura bahawa senarai murid layak RMT adalah berdasarkan data e-Kasih yang digunakan bersama untuk kelayakan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Berdasarkan senarai awal yang diluluskan oleh kementerian, hanya 4 orang murid sekolah Sk. Sibugal Besar yang termasuk dalam data e-kasih. Ini bermakna hanya 4 orang yang layak mendapat RMT. Jumlah ini adalah pengurangan yang begitu menyulitkan kerana pada tahun 2010, murid yang layak mendapat RMT adalah 257 orang.

Namun, berikutan tindakan pihak Pejabat Pelajaran dan Jabatan Pelajaran yang dilaporkan tidak menyetujui senarai tersebut, perubahan telah dibuat. Senarai murid yang layak RMT bagi tahun 2011 telah dikeluarkan semula dan jumlahnya adalah 160 orang. Sungguhpun jumlah ini adalah kurang berbanding pada tahun lalu, namun ia memudahkan urusan pihak sekolah dan juga memberikan keselesaan sedikit kepaa pihak pengusaha kantin sekolah.

Untuk melaksanakan RMT di peringkat sekolah, pengemaskinian senarai murid telah dilakukan. Berdasarkan kriteria pendapatan keluarga yang tersimpan dalam rekod sekolah, murid-murid yang benar-benar rendah pendapatan bulanan keluarganya yang disenaraikan. Sebahagian murid yang datang daripada keluarga yang  lebih berkemampuan digugurkan.