Saturday, January 22, 2011

MESYUARAT PERLAKSANAAN MTQ DAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Mesyuarat bagi membincangkan perlaksanaan Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) dan Sambutan Sempena Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh guru besar, En. Kifli@Kefflee Md Harun. Keputusan telah dibuat mengenai perlaksaannya adalah berdasarkan tiga tempoh iaitu:

1) 7-11 Februari 2011: Saringan Peringkat Pertama
2) 14-18 Februari 2011: Saringan Peringkat Kedua.
3) 19 Februari 2011 : Majlis Perasmian dan Penutupan

Acara-acara yang terlibat ialah:
1) Bercerita
2) Nasyid.
3) Tilawah Al-Quran
4) Hafazan.
5) Pertandingan Mewarna.
6) Bacaan doa dan selawat.
7) Ceramah Maulidur Rasul.

Moderator bagi acara pertandingan tersebut adalah seperti jadual berikut:




Kertas kerja lengkap program MTQ peringkat Sk Sibugal Besar boleh dicapai didapati dari:




CUTI PERISTIWA 2011

Sila rujuk cuti-cuti peristiwa yang akan dipohon oleh pihak sekolah sempena program-program besar peringkat sekolah yang diadakan.  Klik di sini atau pada Capaian Bahan Sekolah di sebelah kanan laman ini.

KURSUS DAN TAKLIMAT PENGAWAS

SK.SIBUGAL BESAR, 22 JAN (SABTU)-Kursus dan Taklimat Pengawas diadakan pada hari ini di Dewan terbuka Sk. Sibugal Besar. Kursus ini adalah anjuran Unit kaunseling dan Bimbingan  bersama Badan  Disiplin Sekolah. Dua sesi telah diadakan   di mana bagi sesi pertama, 2 orang pegawai polis dari Bahagian Trafik, Pejabat Polis Sandakan telah hadir menyampaikan ceramah. Mereka ialah SM Sandum dan Kpl Jabilee Magian yang menyampaikan ceramah kepada semua murid berkisar perbuatan salah laku yang sering dilakukan oleh murid-murid. Sementara bagi sesi kedua, dua orang guru terlibat menyampaikan kursus kepada para pengawas sekolah berkisar mengenai etika dan target seorang pengawas. Mereka ialah ust. Sidqi Danial dan Cikgu Ernest.


Adalah diharapkan dengan taklimat dan kursus yang diadakan ini dapat meningkatkan kualiti disiplin murid dan mendedahkan kepada pengawas sekolah langkah-langkah perlu bagi menjaga disiplin di kalangan murid. Sesungguhnya, masalah disiplin yang menghantui kebanyakan sekolah dewasa ini berada pada tahap yang menuntut usaha keras dilakukan untuk menanganinya. Kes-kes seperti buli, vandalism, ponteng sekolah dan melawan arahan guru semakin kerap kedengaran. 


Sungguhpun masih di peringkat sekolah rendah, persoalan disiplin hendaklah ditekankan. Ibarat kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.


Gambar-gambar sekitar program.