Tuesday, July 31, 2012

BLOG SK SIBUGAL BESAR KENA BLOK

31 JULAI (SELASA)-Sejak awal pagi tadi blog Sk. Sibugal Besar menghadapi masalah kerana akaun google yang mengandungi blog ini telah digantung oleh pihak google. Penggantungan tersebut adalah berikutan kesalahan admin memasukkan data umur yang diminta. Menjadi dasar google, seseorang yang mahu membuka akaun di google hendaklah berusia 18 tahun ke atas. Walau bagaimanapun, menjelang sekitar jam 7.30 malam hari ini, akaun google Sk. Sibugal Besar telah dibuka semula.

Ia menjadi iktibar untuk lebih berhati-hati semaa memasukkan maklumat yang diminta berhubung akaun google.

Berikut adalah arahan yang telah dibuat admin untuk menjadikan akaun google Sk.Sibugal Besar dibuka semula.

Frequently Asked Questions about Google Account and Age Requirements

Why was my account disabled?
You have entered a birthday indicating you are not old enough to have a Google Account.

Why do you have to delete my account after 30 days?
You have entered a birthday indicating you are not old enough to have a Google Account. In case you incorrectly entered your date of birth, we have a grace period during which you may use one of the methods described below to confirm your correct birthday before the account is deleted. Accounts are inaccessible during the grace period. This is necessary to enforce our policies.

What can I do to re-enable my Google Account?
You can re-enable your account by following our instructions to confirm that you are old enough to have a Google Account. You will see these instructions when you attempt to sign back in to your account through any Google sign-in page. If you are a Google Apps user, you should go to accounts.google.com in order to re-enable your account. We currently offer three ways to confirm your age:
  1. Sending in a signed form via mail or fax with a copy of your current, government-issued ID showing your date of birth, or
  2. Uploading an electronic copy of your current, government-issued ID showing your date of birth, or
  3. Performing a small transaction ($0.30 USD) on a valid credit card.
Note: You may be charged an additional $1.00 USD for your transaction of $0.30 USD. This is simply a pre-authorization charge that will be erased from your account in a few days. If your transaction does not go through, check to see if you are using an invalid card or have provided incorrect information.
If you are under 18, your parent or guardian will have to supply the confirmation on your behalf.

Why is Google asking me for a credit card or a copy of my government issued ID? How will this information be used?
We ask to run a small transaction on a valid credit card or for a copy of a government issued ID in order to validate your date of birth. We only use this information to confirm your date of birth and to restore your account. If you choose one of the options to provide a copy of your government ID, we will destroy the copy of your government ID after we validate your date of birth.
If you choose the option of a credit card transaction, we make a small charge ($0.30 USD) to confirm that the credit card is active and able to accept a charge. We will retain this data as necessary to meet regulatory requirements for a credit card transaction, after which it will be deleted.

How do I check on the status of my request?
You can go to www.google.com/accounts and attempt to sign in to your account. If your account hasn’t been unlocked, you’ll be brought back to the date of birth correction process page, which will also give you the current status of previous requests, if available.
Note: If you choose to confirm your age via credit card, you can go to www.google.com/accounts as soon as 15 minutes after you make a correction attempt to see if your submission has been processed.

How long will it take for Google to re-enable my account?
If you use a credit card to correct your date of birth, your account may be unlocked within minutes. Using the mail or fax option can take days or a couple of weeks, depending on your location and the amount of time it takes for your request to be delivered to us. Uploading an electronic copy of your ID is instant, but processing time is the same as a mailed or faxed copy of your ID.

Alhamdulillah, kini semuanya kembali seperti sediakala.
 

Monday, July 30, 2012

Rujuk kes murid kepada UBK

Masalah disiplin murid-murid seperti tidak hadir sekolah kini boleh dirujuk kepasa Unit Bimbingan dan Kaunseling yang dikendalikan oleh Cikgu Delano Nanang. Untuk tujuan itu, guru-guru kelas disyorkan untuk mengisi borang yang disediakan oleh pihak UBK. Borang tersebut boleh dimuat turun daripada paparan UBK yang disediakan dalam blog ini. Semoga dengan kerjasama guru-guru kelas, permasalahan murid dapat diselesaikan dengan lebih berkesan.

Klik untuk dapat borang: Borang UBK

Kaunselor anda sedia membantu.

TAKLIMAT GURU BESAR

30 JULAI (ISNIN)-Taklimat Guru Besar pada hari ini yang disampaikan kepada guru-guru menyentuh mengenai tiga perkara penting iaitu:

Guru Besar SK.Sibugal Besar

a) Masalah kokum yang diadakan pada hari Sabtu ketika di bulan Ramadhan.  Sebahagian guru tidak menghadirkan diri dengan tanggapan bahawa Kokum pada bulan Ramadhan ditangguhkan sedangkan Kokum tetap berjalan sebagaimana biasa. Hanya ia lebih menjurus kepada aktiviti yang tidak melibatkan gerak fizikal yang aktif.

b) Masalah murid tidak hadir yang tidak disusuli dengan tindakan daripada guru, khususnyan guru kelas. Seharusnya, setelah mendapati murid-murid tidak hadir sekolah, guru kelas perlu melakukan tindakan dengan mengeluarkan surat amaran. Peraturan tersebut kurang dilaksanakan dan diharapkan langkah-langkah segera diambil untuk mengawal masalah kepontengan murid.

3) Guru Besar memaklumkan bahawa surat Pekeliling mengenai pemotongan emolumen guru-guru dan KTBM yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab dan tidak melalui proses permohonan cuti, telah pun sampai ke sekolah. Guru/KTBM yang melakukan kesalahan tidak hadir tanpa makluman akan diambil tindakan setelah dipertimbangkan oleh guru besar. 




Gimik Pelancaran Bulan Kemerdekaan

SK.SIBUGAL BESAR, 30 JULAI (ISNIN)-Awal pagi ini gimik pelancaran Bulan Kemerdekaan diadakan di Sk. Sibugal Besar. Gimik pelancaran ditandai dengan menguraikan simpulan bendera negara pada tiang bendera yang disempurnakan oleh guru besar, Pn. Norliza Che Ishak. Kemudian guru-guru bersama-sama murid menyanyikan lagi bertemakan kemerdekaan. Dua buah lagu dinyanyikan iaitu Satu Malaysia dan Malaysia Berjaya.






Sunday, July 29, 2012

MUAT NAIK BAHAN KE PAPARAN BLOG

Dunia IT dewasa ini bukan sekadar menempatkan kita sebagai pihak pengguna dan peminta sedekah kekayaan maya. Lebih daripada itu, kita seharusnya menjadi penyumbang. Inilah apa yang dimaksudkan daripada slogan yang mungkin pernah terpalit di telinga kita iaitu "Ke Arah Masyarakat Penyumbang". Sumbangan bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit maupun material yang kita miliki kepada individu atau badan tertentu secara langsung. Ia juga boleh diaplikasikan melalui memperkayakan dunia maya dengan bahan-bahan yang boleh mempermudahkan orang lain.

Sebagai melestarikan budaya menyumbang ini, pihak blog sekolah menyarankan agar para guru yang mempunyai bahan-bahan yang bernilai untuk dunia pendidikan dapat dimuatnaikkan ke stor simpanan internet yang boleh disambungkan capaiannya ke blog sekolah. Box.net merupakan antara stor simpanan yang popular yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan tersebut.

Guru-guru yang mempunyai bahan disarankan untuk masuk ke laman web box.net dan masuk ke akaun menerusi id dan pasword yang telah dibekalkan. Semasa proses muat naik dibuat, pastikan ia diletakkan di folder yang betul agar paparannya dapat dilihat di blog sekolah.Box.net boleh dimasukki menerusi klik pada widget yang di sisip di sbelah kiri blig sekolah. 

BOX.NET
Link sisipan di blog


Selamat mencuba!.

Saturday, July 28, 2012

Kelas-kelas dipasang kipas dan lampu baru.

28 JULAI (SABTU)-Kerja-kerja pemasangan kipas dan lampu yang rosak dalam bilik-bilik kelas dilaksanakan oleh para sukarelawan yang diketuai oleh Cikgu Abd Sani Tabalong. Kipas dan lampu tersebut adalah hasil sumbangan yang diusahakan oleh pengerusi PIBG dari pemimpin tempatan. Keadaan kelas yang telah lama tidak diselanggarakan menimbulkan rasa tanggungjawab PIBG untuk membantu memulihkan kipas dan lampu yang rosak. Semoga dengan penyelenggaraan yang dibuat, akan menambahkan keselesaan murid dalam kelas seterusnya meningkatkan motivasi murid untuk memberi tumpuan kepada proses pembelajaran.



PROGRAM IHYA RAMADHAN 1433

Program Ihya Ramadhan peringkat sekolah bagi tahun 1433 akan diadakan pada 21 Julai-18 Ogos 2012. Pelbagai program dirancang untuk menjayakan program tersebut, antaranya ialah bacaan Quran melalui radio yang dikumandangkan sebelum PNP bermua.Tazkirah Ramadhan juga akan diadakan setiap Isnin sewaktu perhimpunan. Risalah-risalah Ramadhan ,persembahan murid dan forum adalah antara lain program yang akan memeriahkan lagi acara. Acara kemuncak akan diadakan pada 11Ogos 2012.

Wednesday, July 25, 2012

SUMBANGAN SET KIPAS DAN LAMPU

SK.SIBUGAL BESAR, 25 JULAI (RABU)-Sk. Sibugal Besar pada hari ini mendapat sumbangan berupa set kipas siling serta lampu kalimantang daripada pihak berkenaan. Sumbangan tersebut telah disampaikan melalui Cikgu Abd Sani Tabalong yang merupakan Pengerusi PIBG Sk. Sibugal Besar. Sekalung tahniah diucapkan kepada penyumbang dan tahniah juga di atas usaha pengerusi PIBG untuk meningkatkan prasarana sekolah yang perlu diperbaiki.


Uploaded from the Photobucket Android App

Thursday, July 12, 2012

PEMBAHAGIAN SUSU SEKOLAH 1 MALAYSIA

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid-murid sekolah yang sihat tubuh dan cergas serta berminda cemerlang, program Susu Sekolah 1 Malaysia diperkenalkan. Pihak sekolah menjalankan pembahagian susu sekolah kepada murid-murid 2 kali seminggu pada awal pagi sewaktu perhimpunan pagi.Susu yang disampaikan kepada murid-murid diminum terus oleh murid-murid di depan guru yang bertugas.


Wednesday, July 11, 2012

Hari Jadi Berkelompok Pra Sekolah Bestari 2012

SK. SIBUGAL BESAR, 11 JULAI (RABU)-Pra Sekolah Bestari pada hari ini mengadakan majlis sambutan Hari Jadi Berkelompok bagi tahun 2012. Program ini adalah salah satu program penting dalam takwim Pra Sekolah Kebangsaan sebagaimana yang dikehendaki dalam KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan).

Program seumpama ini adalah bagi mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan penjaga dengan pihak pra sekolah. Ia juga satu pendekatan untuk memperkenalkan murid dengan identiti diri seperti tarikh lahir di samping memupuk semangat kekitaan sesama kawan-kawan.




Tuesday, July 10, 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2012

SK.SIBUGAL BESAR, 10 JULAI (SELASA)- Program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia diadakan pada hari bagi peringkat Sk. Sibugal Besar. Program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penyertaan murid dalam aktiviti sukan. Bagi memeriahkan dan menyemarakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan untuk semua, acara ini diadakan secara serentak di Peringkat Kebangsaan disemua peringkat termasuklah Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, IPGM, Matrikulasi dan semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Negara.

Seawal jam 7.00 pagi, murid-murid dan para guru berkumpul di Dewan Tengku Abd Rahman Putra, Sk. Sibugal Besar bagi menjayakan program tersebut. Program dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan negara, lagu negeri Sabah dan lagu Sk. Sibugal Besar dan diikuti dengan bacaan doa. Ucapan aluan disampaikan oleh Guru Besar Sk. Sibugal Besar, Pn. Norliza binti Che Ishak. Seterusnya, acara senamrobik diadakan secara beramai-ramai. Senamrobik merupakan inti program serentak tahun ini bagi program 1Murid 1Sukan tahun ini.

Dengan kerjasama para guru dan murid-murid, program yang diadakan pada hari ini telah mencapai kejayaan. 




Monday, July 9, 2012

KEM MOTIVASI UPSR PERINGKAT NEGERI SABAH

Pada tanggal 3-6 Julai 2012, program Motivasi UPSR Peringkat Negeri Sabah telah diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Sabah, Kem Malanggang, Kiulu, Tuaran. Pihak Sk. Sibugal Besar telah menghantar penyertaan murid ke program tersebut. Seramai empat otang murid telah terpilih menyertai program tersebut. Murid-murid yang bertuah tersebut adalah:

1) Siti Nursaphina Khalisah
2) Siti Suhaima Sudin
3)Nursyikin Hanyrin
4)Mohd Nizam Abd Hadi