Saturday, April 28, 2012

PROGRAM SMART UPSR

SK.SIBUGAL BESAR, 28-29 APRIL (SABTU-AHAD)-Program SMART UPSR diadakan dengan tujuan memotivasikan murid-murid  mencapai kecemerlangan dalam UPSR di samping mendedahkan kepada murid-murid kaedah dan teknik pembelajaran berkesan. Program ini melibatkan penyertaan murid-murid tahun 6 yang berjumlah 65 orang. Seramai 46 orang murid telah hadir menyertai program tersebut.

Program ini dijalankan di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling dan dibantu oleh para guru. Tiga penceramah jemputan telah dibawakan khas dari luar untuk membantu menyampaikan slot masing-masing.  Berikut adalah penceramah yang terlibat:

1) Ice Breaking  : En. Kamal bin Abd Samad ( Kaunselor SMK Teknik)
2) Ceramah Motivasi 1: En. Malin bin Manni
3) Ceramah Motivasi 2 : En. Pandir bin Lodah


Program Smart UPSR pada tahun ini adalah satu bentuk program yang menfokuskan motivasi pembelajaran murid. Berbeza daripada program-program berbentuk motivasi yang dijalankan pada tahun-tahun yang lalu, program ini dijalankan pada siang hari sahaja. Dengan kata lain, para peserta tidak diperlukan tidur di sekolah. Program berlangsung selama dua hari dan para peserta datang awal pagi dan pulang menjelang petang. Modus operandi sebegini lebih menyenangkan para guru yang berdepan  hujung minggu yang padat dengan program bersama keluarga. Sebahagiannya terlibat dengan program pengajian lanjutan dan lain-lain acara luar.

Program dijalankan di Makmal ICT sekolah dan dibantu oleh fasilitator yang terdiri daripada guru-guru.





En Malin bin Manni SMK Muhibbah )

Monday, April 16, 2012

PERTANDINGAN BERCERITA KISAH AL-QURAN BAHAGIAN SANDAKAN


SK.SIBUGAL BESAR,16 APRIL (ISNIN) - Penyertaan wakil sekolah Adik Efendi Supardi (kategori Lelaki) dan Adik fatin Nurfitriyani Adjiril (kategori Perempuan) dalam PERTANDINGAN BERCERITA DARI KISAH AL-QURAN (SK) sempena MAJLIS TADARUS AL-QURAN & NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM BAHAGIAN SANDAKAN 2012M/1433H yang telah diadakan di  SMK Beluran II, Beluran telah meraih kedudukan naib johan.

Pihak Sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Sarudin Bin Andang selaku Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Sandakan kerana telah memberi peluang dan kepercayaan dalam penyertaan peserta kategori lelaki sekolah ini. 


Adik Fatin Nurfitriyani Adjiril naib johan (P)


Adik Efendi Supardi naib johan(L)

Saturday, April 14, 2012

CERAMAH ANTI DADAH & HARI KANTIN 2012

SK. SIBUGAL BESAR, 14 APRIL (SABTU)-Program Ceramah Anti Dadah telah diadakan serentak dengan Hari Kantin. Ceramah disampaikan oleh wakil agensi berkaitan mengenai bahaya penagihan dadah. Untuk menggalakkan ibu bapa turut hadir menyertai program tersebut, pihak sekolah telah menganjurkan juga Hari Kantin.

Hari Kantin disambut dengan membuka gerai-gerai jualan yang dikendalikan oleh lima Unit Berunifom yang bergiat di bawah aktiviti Kokurikulum sekolah iaitu, Pengakap, PPIM, PBSM, KRS dan St. John Ambulan.   Setiap Unit Berunifom, melalui inisiatif guru-guru penasihatnya  telah menyediakan barang jualan untuk dibeli oleh ibu bapa, murid-murid dan guru-guru. Pembelian dibuat melaui kupon-kupon yang dijual sebelumnya.

Suasan gerai jualan sangat meriah. Terdapat gerai jualan yang berjaya menghabiskan jualannya hanya beberapa minit selepas dibuka. Gerai-gerai jualan juga dipertandingkan untuk memilih pemenang. Setelah dinilai oleh oleh hakim-hakim yang dipilih, gerai jualan Pengakap terpilih sebagai pemenang.