Tuesday, August 31, 2010

SAMBUTAN NUZUL AL QURAN

Pihak Sekolah akan menganjurkan Sambutan Nuzul Al Quran pada 3 September 2010 bersamaan 24 Ramadhan 1431 Hijrah ini. Pengisian Program ialah Persembahan Hafazan Bacaan Al Quran beramai-ramai Murid tahun 3 dan Ceramah Nuzul Al Quran yang akan disampaikan oleh Hj Kamaruddin Bin Wahab...... jangan lepaskan peluang ini...Makluman dari Pengarah Program

Tuesday, August 17, 2010

UJIAN BULAN OGOS

SK.SIBUGAL BESAR, 17 OGOS (SELASA)-Ujian bulan Ogos akan berlangsung bermula hari ini sehingga khamis. Ujian ini melibatkan murid-murid tahap 1 dan 2. Jadual guru bertugas adalah seperti jadual PNP. Kertas ujian telah pun siap dicetak dan boleh didapati daripada SUP. Sebarang masalah yang timbul sepanjang tempoh ujian boleh dirujuk kepada SUP.

Saturday, August 7, 2010

RAMADHAN SEMAKIN HAMPIR.........


Jangan lupa Ramadhan sudah hampir. Buatlah persediaan yang sewajarnya bagi mengharungi bulan ibadah yang penuh berkat dan rahmat ini. Banyakkan melakukan amalan sunat di samping amalan wajib. Di antara amalan sunat di bulan Ramadhan yang tiada di bulan lain ialah solat terawih dan membuat majlis berbuka puasa. Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak......

Thursday, August 5, 2010

TAZKIRAH RAMADHAN

Mengapa Orang Islam Berpuasa?
1.Perintah Allah
2. Bukti keimanan
3. Melatih diri bersabar
4. Merasai apa yang dirasakan oleh orang miskin dan tidak mempunyai makanan.
5. Menimbulkan keinsafan dan belas kasihan terhadap orang miskin
6. Mengukuhkan kekuatan rohani dan jasmani

Ayuh kita lakukan ibadah ini sebaik mungkin- Ustaz Ahmad Sidqi Danial

Monday, August 2, 2010

CUTI PERISTIWA

Sebagai menghargai penat lelah para guru dan kakitangan sekolah yang telah bertungkus lumus menjayakan program Perkhemahan Unit Beruniform 2010, maka pada hari ini, tanggal 2 Ogos 2010 (Isnin), diumumkan sebagai hari Cuti Peristiwa.