SANDAKAN,28 Okt 2009-Satu mesyuarat mengenai program Hari Anugerah Kecemerlangan Murid Peringkat Sekolah bagi tahun 2009 akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 29 Okt 2009
Hari : Khamis
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Gerakan Sk. Sibugal Besar.
Agenda Mesyuarat:
Ucapan pengerusi
Tazkirah
Penetapan Tarikh,Masa dan Tempat.
Perlantikan Ahli Jawatankuasa
Aktiviti
Jamuan
Kewangan
Hal-hal lain
Semua guru dikehendaki hadir. Untuk makumat lanjut sila hubungi setiausaha sekolah, Pn Salbiah Sakah.
SANDAKAN 24 OKT - Pada hari ini SK Besar Sandakan telah mengadakan Majlis Penutupan Kokurikulum 2009. Pelbagai acara telah dipersembahkan oleh setiap kelab dan persatuan. Antara acara tersebut ialah persembahan koir oleh Persatuan Bahasa Inggeris, nasyid dari Persatuan Agama Islam, penggiraan bentuk asas piramid dan lain-lain lagi. Sebelum itu, ucapan penangguhan Perasmian Penutupan telah disampaikan oleh PK Kokurikum, Puan Sitti Hajar Mohd Isa.
Program berlangsung sebelah pagi dan ditamatkan sekitar jam 10.00 Pagi. Menurut setiausaha Unit Kokurikulum, Cik Marzila Omar, program ini adalah kebiasaan setiap tahun dan merupakan program dalaman dan tidak melibatkan pihak ibu bapa.
Berikut adalah beberapa koleksi gambar yang telah dirakamkan semasa peristiwa tersebut.
Pada hari ini, 23 Oktober 2009 (Jumaat), bermula sekitar jam 10.00 pagi, SKSB mengadakan Majlis Menyampaikan bantuan KWAPM kepada ibu bapa yang layak. Pembahagian kali ini adalah berjumlah RM250.00 bagi setiap anak yang layak. Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan. Untuk tujuan merasmikan penyampaian, pihak PPD Sandakan telah menghantar En Kelawan.
Berikut adalah koleksi gambar dan videoclip pada majlis penyampaian bantuan KWAPM tersebut.
Kepada semua warga SKSB, Majlis Jamuan Hari Raya akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 15 Oktober 2009
Masa: 11.00 pagi.
Tempat: Bilik Gerakan SKSB
Sehubungan itu, sesiapa yang masih menyimpan "kuih raya", dialu-alukan agar dapat membawanya semasa jamuan nanti.Kehadiran dan ketetapan masa amat diharapkan bagi melancarkan sebarang aturcata yang telah dirancang.
13 Oktober 2009 adalah tarikh akhir penghantaran SKT bagi guru-guru SK. Sibugal Besar. Penghantaran hendaklah dibuat kepada Pen. Kanan 1 iaitu Ustazah Rohaini Sidik.
Mesyuarat Peperiksaan bagi membincangkan persediaan peperiksaan semester akhir telah diadakan pada hari ini, tanggal 8 Okt 2009 . Beberapa keputusan penting dirumuskan seperti berikut:
Tarikh Peperiksaan: 2 Novemver 2009
Tarikh Penyerahan naskhah soalan peperiksaan:
Kepada Ketua Panitia masing-masing : 14 Okt 2009
Kepada Penolong Kanan 1 : 19 Okt 2009
Kepada Setiausaha Peperiksaan : 22 Okt 2009
Ketua Pengawas Peperiksaan:
Sidang Pagi : Abd Azis bin Tahja
Sidang Petang : Yessie Malail
Guru besar juga memaklumkan bahawa penyampaian dana Kumpulang Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada sasaran akan diadakan pada 17 Okt 2009 (Sabtu). Guru-guru kelas diminta hadir bagi melancarkan majlis tersebut.
Menjadikan Sekolah Kebangsaan Sibugal Besar Sandakan sebagai sebuah sekolah yang cemerlang dari segi pengurusan pentadbirannya, kurikulum, pengurusan HEM, Ko Kurikulum dan keceriaannya. Seterusnya menjadikan sekolah ini salah sebuah sekolah yang terunggul luar bandar serta dihormati di Gabungan Sandakan khasnya dan Negeri Sabah amnya.
Sentiasa bergerak ke hadapan untuk melahirkan dan meningkatkan pengetahuan setiap anak didik selaras dengan aspirasi negara Malaysia ”Pendidikan Cemerlang Pelajar Terbilang”.
Sekolah Kebangsaan Sibugal Besar Sandakan berhasrat melahirkan insan yang berhemah tinggi, berbudi pekerti, berilmu, berakhlak mulia dan berketrampilan. Menyediakan Pelajar yang produktif, berdaya saing dan berpengetahuan.
SK. Sibugal Besar terletak di Kampong Sibugal Besar, iaitu kira-kira 25.15 kilometer daripada Bandar Sandakan. Pada mulanya, kampung Sibugal Besar tidak mempunyai jalan masuk ke dalamnya kecuali jalan denai yang tidak sesuai untuk kenderaan terutamanya kereta. Namun, berkat semangat dan gotong royong warga kampung, sebuah jalan telah disambung dengan jalan utama di Kampung Sungai Batang.
Sk. Sibugal Besar diasaskan oleh Encik Edali bin Gampal. Beliulah yang telah menghadiahkan sebidang tanah miliknya seluas 2.41 ekar sebagai tapak sekolah kepada Jabatan Pendidikan Sabah . Pada peringkat permulaan, hanya sebuah bangunan sekolah serta sebuah rumah guru telah dibina di atas tanah tersebut. Ia adalah sumbangan daripada Majlis Daerah Sandakan. Bangunan awal ini menempatkan tiga bilik darjah sebagai perintis iaitu masing-masing bagi tahun 1,2 dan 3. Jumlah muridnya pada masa ini adalah 48 orang. Gurunya pula ialah 2 orang sahaja iaitu guru besarnya ialah En Awang Durai bin Gasah dibantu oleh seorang guru yang lain iaitu En. Jumatil bin Edali. Inilah keadaannya ketika ia mula dibuka untuk beroperasi sebagai sebuah sekolah pada 18 hb April 1968.
Dalam tempoh sepuluh tahun selepas ia mula beroperasi, jumlah muridnya bertambah setiap tahun. Melihat perkembangan ini, Jabatan Pendidikan Sabah telah mengambil langkah untuk penambahbaikan kepada infrastruktur yang sedia ada. Sebuah lagi bangunan baru telah dibina yang menyediakan 3 bilik darjah tambahan dengan bilik guru dan bilik guru besar.
Tahun berikutnya,sebuah bangunan sekolah lagi dibina bersama dengan 2 unit rumah guru. Bangunan baru ini menyediakan 3 bilik darjah tambahan dan satu bilik serba guna. Ia siap pada tahun 1983 dan mula digunakan menjelang pertengahan tahun 1984.
Akhirnya, pada 2 Februari 1985, kedua-dua bangunan sekolah yang telah siap dibina ini telah dirasmikan oleh Dr. Hj. Isa Ramli selaku pengarah pendidikan Sabah pada masa itu. Seterusnya , pada 02 Jun 1985, sijil pendaftaran yang mengesahkan sekolah ini sebagai sebuah sekolah kerajaan telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran sabah dengan nombor pendaftaran JPS/PSS/REN/0454 dengan ketegori pengredan yang diberikan ialah gred C.
Hari ini, Jumaat, tanggal 9 Oktober 2009, blog ini dibina dan dilancarkan sebagai percubaan. Pembangunan pertama, memberi nama dan melancarkankan ke alammaya serta design templatenya telah di usahakan oleh seorang guru agama Sk.Sibugal Besar iaitu Ust. Kamaruddin Wahab. Beliau mempunyai beberapa pengalaman penting dalam membangun dan menguruskan blog peribadi. Blog peribadi utama Ust. Kamaruddin iaitu Perenung Langit sedang meningkat popularitinya.
Blog ini dibangunkan sebagai sumber maklumat bagi pelayar internet yang ingin mengetahui mengenai Sk. Sibugal Besar yang sememangnya sejauh ini belum mempunyai maklumat di duniamaya. Sekurang-kurangnya bagi pelajar internet yang ingin berkenalan dengan Sk. Sibugal Besar, terutamanya guru yang akan dipostingkan di sini, mendapat maklumat awal mengenai sekolah ini sebelum menjejaki kaki ke sini.
Blog ini juga akan berperanan sebagai sumber capaian mudah ineternet bagi guru-guru yang memerlukan maklumat penting sama ada PNP atau lain-lainya.
Font Jawi
-
Assalamu alaikum… bersawang dah blog ni… Sebelum ini saya gunakan widget
box untuk memudahkan anda memuat turun beberapa font Jawi yang dugunakan di
dalam ...