Monday, December 26, 2011

JADUAL WAKTU 2012-SIDANG PAGI

Jadual Waktu SKSB bagi Sidang Pagi telah pun siap. Para Guru boleh membuat semakan pada link berikut:-

JADUAL WAKTU INDIVIDU

JADUAL WAKTU INDUK

JADUAL WAKTU KELAS



UNTUK DOWNLOAD, KLIK DI SINI

Saturday, November 19, 2011

TAKWIM 2012

Takwim 2012 boleh dirujuk pada capaian berikut: KLIK

AHLI JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM 2012

Ahli Jawatankuasa Induk Kurikulum 2012 boleh dirujuk pada capaian berikut: KLIK

KEPUTUSAN UPSR 2011

Keputusan UPSR Sk. Sibugal Besar bagi tahun 2011 mencatatkan kemerosotan ketara iaitu peratus murid lulus 19.7 peratus berbanding 40.6 peratus pada tahun yang lalu. Keputusan yang paling tinggi yang dapat dicapai oleh murid hanyalah 3A 2B. Seramai 3 orang murid berada pada gred tersebut iaitu Atikah Rosli, Siti Wan Shahidah Mohd Salleh dan Siti Nul Syafikah Fadilah Mohamed.

Tahniah kepada murid yang berjaya.

3 murid mendapat 3A 2B


Analisa keputusan UPSR 2011 boleh dilihat di sini.

CATATAN HUJUNG TAHUN: YANG PERGI DAN DATANG

Menjelang penghujung tahun 2011 menyaksikan Sk. Sibugal Besar kehilangan Cikgu Ernest Noied yang dapat bertukar pulang ke negeri asalnya, Sarawak.

Ernest menerima cenderakenangan dari Guru Besar.
Walau bagaimanapun, seorang guru baru ditempatkan di Sk. Sibugal Besar beberapa minggu kemudian. Beliau adalah cikgu Sabrina binti Malbaki, berasal dari Sandakan.

Sabrina Malbaki
Sementara itu, sebelum tahun 2011 melabuhkan tirainya, hasil daripada permohonan pertukaran akhir tahun, Cikgu Khalilah Norsaid, guru  Pra Sekolah 2 pula mendapat pertukaran balik ke Semenanjung. Beliau akan bertugas di sebuah sekolah di negeri Selangor.

Cikgu Khalilah Norsaid bersama Guru Besar.


Terimakasih kepada guru yang telah meninggalkan sekolah. Segala sumbangan dan pengorbanan selama berkhidmat akan menjadi muzium kenangan buat warga SKSB seterusnya. Sementara yang baru datang, diucapkan selamat datang. Bersama-samalah dengan warga SKSB yang lain meneruskan semangat bahu membahu membangunkan pendidikan murid-murid di SKSB agar mencapai kecemerlangan optima di masa mendatang.


Friday, November 18, 2011

PENYERAHAN RM 100

Kerajaan telah mengumumkan untuk memberikan bantuan persekolahan sebanyak RM100.00 kepada setiap murid sekolah menerusi budget 2012 yang dibentangkan oleh PM sebelum ini. Justeru, pada hari ini pihak sekolah telah disalurkan peruntukan untuk menyampaikan wang bantuan persekolahan tersebut.

Penyerahan wang RM100.00 dibuat pada jam 1.30 petang bertempat di Dewan Tunku Putera, Sk. Sibugal Besar. Untuk memudahkan proses penyerahan wang, kaunter-kaunter berdasarkan kelas dibuka. Kaunter diuruskan oleh guru-guru yang telah diamanahkan.

Kehadiran ibu bapa untuk mendapatkan bahagian anak-anak/jagaan masing-masing sangat memberangsangkan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Guru Besar, Pn. Norliza Che Ishak, kehadiran ibu bapa yang ditunjukkan pada hari ini hendaklah ditunjukkan juga dalam program-program sekolah yang lain, di mana ibu bapa dijemput datang.


Pn.Norliza Che Ishak berucap kepada ibu bapa.
Setiap kaunter diuruskan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan. Mereka akan membuat semakan dokumen murid dan ibu bapa berkenaan bagi memastikan identiti mereka. Setia ibu bapa/penjaga yang hendak mengambil wang RM100.00 hendaklah membawa bersama surat beranak anak/jagaan masing-masing di samping dokumen bapa yang asal atau penjaga sah bagi mereka yang mengambil bagi pihak bapa / penjaga.

Ibu bapa beratur mengikut kelas anak-anak/jagaan. Perjalanan penyerahan wang RM100.00 berjalan dengan lancar. Bagi yang gagal membawa dokumen yang diperlukan atau tidak dapat datang pada hari ini, mereka masih berpeluang untuk mendapatkan bahagian mereka pada 21 November 2011, jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Pihak sekolah tidak membuat sebarang potongan dari wang RM100.00 sebagaimana yang telah diperingatkan oleh pihak kementerian pelajaran menerusi media massa. Namun, pihak sekolah memperingatkan kepada ibu bapa agar menjelaskan yuran tertunggak dan membeli keperluan persekolahan anak-anak. Untuk itu, dua kaunter jualan dibuka untuk ibu bapa iaitu kaunter jualan lencana sekolah dan jualan buku PAFA. Ia adalah pilihan kepada ibu bapa yang merasakan  tanggungjawab wang RM100.00 perlu dibelanjakan demi kepentingan anak-anak.












Majlis berakhir sekitar jam 3.00 petang. Pen. Kanan HEM, Pn. Yuliana Makkanah menerusi laman sosial facebook mengucapkan penghargaan buat guru-guru yang sudi bertugas lebih masa demi menjayakan program sekolah.

 
terima kasih banyak2 kepada semua guru yang bertahan sampai petang ye...semoga apa yang disumbangkan akan mendapat pahala yang berlipat ganda dari yang maha berkuasa. SELAMAT BERCUTI, SEMOGA TAHUN DEPAN DAPAT MEMBANTU MENJADIKAN SEKOLAH KITA SEKOLAH YANG DIKENALI DENGAN KEJAYAANNNN . TINGKATKAN PRESTASI KERJA AGAR MENJADI GURU YANG CEMERLANG, GURU YANG TELAH CEMERLANG TAMBAHKAN KECEMERLANGAN....



Thursday, November 17, 2011

GURU-GURU MENDAPAT ANUGERAH

Anugerah Kategori Guru pada Hari Anugerah Kecemerlangan yang diadakan terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

a) Anugerah Buku Rekod Terbaik

i) Pn Norliza MD.
ii)Pn. Nurul Faezah A.
iii)Pn. Norhayati A.
iv)Pn. Mahalia J.
v) Pn. Bernadita F.
vi) Pn. Yessie M.

b) Buku Rekod Kehadiran Murid Terbaik.

i) Pn Mahalia Jumatil
ii)Pn. Yessie M.
iii) Ernest Noeid
iv) Azis Tahja
v) Norliza MD.
vi) Pn. Tina K.

c) Paling Aktif Kokurikulum

i) Jainul Gapar
ii) Jentry Ismail
iii) Marzila O.
iv) Ernest Noeid
v) Pn. Erna S.


 GAMBAR-GAMBAR GURU MENDAPAT ANUGERAH
Yessie M.
Anugerah Buku RPH dan Buku Rekod Kehadiran Murid Terbaik.
Anugerah Paling Aktif Kokum
Marzila O.
Anugerah Buku RPH terbaik.
Norhayati A.
Anugerah buku RPH terbaik.
Jentry I.
Anugerah Paling Aktif Kokum
Ernest N.
Anugerah Buku Rekod Kehadiran Murid Terbaik dan Paling Aktif Kokum.
Mahalia J.
Anugerah Buku RPH dan Buku Rekod Kehadiran MuridTterbaik.
Tina K.
Anugerah Buku Rekod Kehadiran Murid Terbaik.
Azis T.
Anugerah Buku Rekod Kehadiran Murid Terbaik.
Erna S.
Anugerah Paling Aktif Kokum
Jainul G.
Anugerah Paling Aktif Kokum
Norliza MD.
Anugerah buku RPH dan Buku Rekod Kehadiran Murid Terbaik.
Nurul Faezah A.
Anugerah Buku RPH Terbaik



HARI ANUGERAH CEMERLANG

SK. SIBUGAL BESAR, 17 NOV (KHAMIS)-Hari Anugerah Kecemerlangan Murid diadakan pada hari ini bagi meraikan murid-murid yang berjaya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Mereka  diberikan hadiah dan sijil penghargaan atas pencapaian masing-masing. Ibu bapa turut hadir meraikan kajayaan anak-anak mereka.

Majlis dijuruacarakan oleh dua pengacara cilik, Saphina dan Fatin.

Sebahagian daripada hadiah dan anugerah.

Seorang murid yang paling banyak menggondol anugerah bersama warisnya.

Atikah Rosli, murid terbaik keseluruhan.


Majlis dirasmikan oleh En. Hadisel bin Ajid, pengerusi PIBG Sk. Sibugal Besar.

Cenderahati perasmi disampaikan Guru Besar
 
Dalam kesempatan ini juga Guru Besar mengumumkan pencapaian UPSR  pada tahun 2011. Pencapaiaan terbaik adalah 3A 2B yang diperolehi oleh 3 murid iaitu, Atikah Roslee, Siti Wan Shahidah bt. Mohamed Saleh dan  Siti Nul Syafikah Fadhilah bt, Mohamed. Pencapaian sekolah keseluruhan jatuh. Berbanding tahun lalu, peratusan murid lulus pada tahun ini hanyalah 19 peratus.

3 Murid mendapat 3A 2B


Turut diberikan anugerah pada hari ini adalah guru-guru yang cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan Hal Ehwal Murid.  Anugerah tersebut adalah Anugerah Buku Rekod Mengajar Terbaik, Buku Rekod Kehadiran Murid Terbaik dan Guru Paling Aktif Sukan.

Majlis diserikan dengan persembahan murid dari Pra Sekolah dan dikir barat oleh murid tahun 6. Atikah Roslee yang telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Kalam Sobah peringkat negeri Sabah baru-baru ini turut mempersembahkan semula kalam sobah beliau.

Persembahan dikir barat.



Monday, November 14, 2011

PENYERAHAN WANG KWAPM

SK.SIBUGAL BESAR,14 NOV (ISNIN)- Pada hari ini pihak sekolah menyerahkan wang KWAPM kepada ibu bapa.  Penyerahan wang KWAPM sebanyak RM200.00 seorang dibuat melalui akaun Tabung Haji murid-murid yang layak. Seramai 256 murid yang menerima KWAPM. Dua orang murid termasuk dalam senarai e-Kasih dan menerima RM700.00 seorang.

Ibu bapa datang ke majlis penyerahan wang KWAPM diperingatkan oleh Guru Pen.Kanan HEM sekolah,Pn. Yuliana Makkana tentang pentingnya wang tersebut dibelanjakan untuk kepentingan murid. Pn.Guru Besar, Norliza Che Ishak turut menegaskan kepentingan wang KWAPM dibelanjakan untuk faedah murid-murid.

Pn. Norliza Che Ishak menyampaikan ucapan.

Guru-guru bersedia di kaunter

Ibu bapa yang datang

Kerani kewangan


 

Sunday, November 13, 2011

ANNUAL LUNCHEON PARTY

Annual Luncheon Party adalah program jamuan akhir tahun bagi guru-guru Sk. Sibugal Besar. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, konsep jamuan pada penghujung tahun ini adalah  ala Hi-Tea dan bertempat di English Tea House, Sandakan. Ia merupakan lokasi yang terletak di kawasan perbukitan pinggir Sandakan. Dari tempat tersebut, permandangan laut Sandakan dapat disaksikan. 

Majlis bermula sekitar jam 2.30 petang.  Ringkas dan santai, demikianlah yang disifatkan mengenai program pada hari ini.

Majlis diserikan dengan penyampaian hadiah bagi cabutan nombor bertuah. Nombor bertuah diletakkan di bawan pinggan dan piring makanan.

Majlis pada hari ini juga meraikan perpisahan cikgu Khalilah bt. Norsaid yang telah berjaya dalam permohonan perpindahannya. 

Menambahkan kemeriahan, guru-guru perempuan bermain "musical chain" yang mana akhirnya dimenangi oleh Cikgu Khalilah bt.Norsaid sekaligus merupakan hadiah perpisahannya

Majlis berakhir sekitar jam 4.30 petang dan diabadikan dengan sesi bergambar.



Wednesday, November 2, 2011

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)

SK.SIBUGAL BESAR, 02 NOV (RABU)- Bertempat di Dewan Putera, Sk. Sibugal Besar, program Kem Membaca 1 Malaysia  (KM1M) peringkat sekolah  telah berjaya diadakan. Program ini merupakan salah satu daripada program Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Teknologi Pendidikan) bertujuan menanamkan sikap suka membaca  dan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan murid. Secara simbolik, tepat jam 9.30 pagi semua murid dan guru akan membaca secara senyap.  Ia berlangsung selama 33 minit 50 saat.  Bahan bacaan yang dibaca adalah dalam bahasa Inggeris. Tema program ini adalah "Membaca Pemangkin 1 Malaysia". Di peringkat sekolah, program ini adalah dijayakan oleh Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama semua guru-guru dan AKS.

Program ini berlangsung secara serentak di seluruh Sabah pada masa dan tarikh yang sama. Siaran langsung program ini yang diadakan bertempat di SJK(C) Sin Hwa, Tawau dan dipancarkan melalui Upstream untuk panduan sekolah-sekolah seluruh Sabah. Sementara bagi negeri-negeri lain di seluruh Malaysia, ia dilaksanakan pada tarikh pilihan masing-masing.

Dalam ucapan perasmian program, Pn. Guru Besar, Norliza bt. Che Ishak menegaskan bahawa program yang diadakan pada hari ini dilaksanakan atas kesedaran bahawa minat membaca di kalangan murid-murid berada pada tahap yang sangat rendah. Keadaan ini amat ketara di kalangan murid-murid berbangsa Melayu. Kayu ukurnya boleh dinilai berdasarkan kurangnya pinjaman buku yang dibuat oleh murid ke atas buku-buku Pusat Sumber sekolah.

Adalah menjadi harapan pihak sekolah bahawa program ini dapat menyuntik semangat membaca di kalangan murid-murid.








Friday, October 28, 2011

KURSUS-KURSUS KURIKULUM

BERIKUT ADALAH RUMUSAN DARIPADA KURSUS KURIKULUM YANG DIHADIRI OLEH PN. GURU BESAR PADA 17 OKT 2011 (KHAMIS)

1. Kursus Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Kecekapan Psikososial (KKP) Dlm Pend. HIV Dan AID.

-Guru Pendidikan Kesihatan Tahun 4.
Tarikh : 31 Okt 2011 - Isnin - (Hotel Sanbay) - 8.00 pagi - 4.00 ptg.

2. Kursus Pemantapan Pedagogi Guru Sains Sekolah Rendah Tahap 1.
-( Guru Mata pelajaran Sains Tahap 1 ).
Tarikh : 01 hingga 03 Nov 2011 - Bilik Mesyuarat SK.Merpati.

3. Kursus Pemantapan Pedagogi Guru Matematik Sekolah Rendah Tahap 1.
-( Guru Mata pelajaran Matematik Tahap 1 ).
Tarikh : 01 hingga 03 Nov 2011 - Bilik Mesyuarat SK.Muhibbah.

4. Bengkel Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) PPD Sandakan.
-( Guru Penyelaras Latihan Dalam Perkhidmatan - En Delano Nanang )
Tarikh : 01 Nov 2011 - Selasa - Bilik Mesyuarat PPD.

5. Kursus Pengurusan Dan Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran Pend.Islam Dan
-Bahasa Arab. ( Ustazah Norhayati Adnan)
Tarikh : 23 Nov 2011 - Rabu - SMK Agama Skan - 8.30 pagi - 4.00 ptg.

6. KM1M ( Kem Membaca 1 Msia ) - akan dilancarkan serentak di semua sekolah
di seluruh Malaysia.
-( PK 1 & Puan Salbiah Sakah )
Tarikh : 02 Nov 2011 -Membaca senyap selama 33.03 minit ( 9.30 - 10.03 pg ).

7. LINUS - Lawatan 2 org pegawai dr KPM memantau LINUS sekolah2 di Skan.
-( semua guru2 LINUS )
Tarikh : 31 Okt - 04 Nov 2011.
ONLINE markah LINUS : 07 - 11 Nov 2011

8. SAPS -ONLINE markah Tahun 2,3,4,5 - sebelum 04 Nov 2011(peringkat sekolah).
S/U Peperiksaan & semua guru matapelajaran.

9. ONLINE markah KSSR Tahun 1 - sebelum 02 Nov 2011.
Penyelaras KSSR & guru Tahun 1.

Thursday, September 22, 2011

AKTIVITI MURID TAHUN 6 (PASCA UPSR)

Guru-guru tahun enam pada hari ini diberi taklimat oleh Pen.Kanan 1,Ustazah Rohaini binti Mohd Sidik, mengenai aktiviti yang sepatutnya melibatkan murid-murid tahun 6. Ini berikutan selesainya peperiksaan UPSR, murid-murid tahun enam berada dalam mood santai dan benyak menghabiskan masa bermain. Guru-guru dingatkan agar menjalankan aktiviti PNP seperti biasa, lebih-lebih lagi peperiksaan akhir tahun akan diadakan tidak lama lagi.

Aktiviti murid sempena dengan sambutan hari Ulang Tahun Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal diadakan pada 24 Sept ini juga hendaklah dalam pemantauan guru dalam kelas. Sementara, pada minggu-minggu berikutnya, adalah diharapkan PNP akan berjalan dan silibus pengajaran hendaklah disempurnakan sebelum menjelang peperiksaan Akhir Tahun yang bakal jatuh pada 17 Okt 2011.
Guru-guru tahun enam mendengar taklimat PK1


Saturday, September 17, 2011

Hari Kemuncak Sempena Bulan Kemerdekaan & Program Anti Dadah Peringkat Skolah 2011

Hari Kemuncak Sempena Bulan Kemerdekaan & Program Anti Dadah Peringkat Sekolah bagi tahun 2011 akan diadakan pada 24 September 2011 (Sabtu). Berikut adalah tentatif program pada hari tersebut sebagai rujukan kepada para guru dan AKS.


Tuesday, September 13, 2011

Jadual Aktiviti Guru Sempenan UPSR 2011

Sempena dengan UPSR 2011, guru-guru dan AKS dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa. Berikut adalah jadual program sepanjang tiga hari UPSR berlangsung:

13.09.2011 (SELASA)

7.00 Pagi-9.25 Pagi                : Kursus KSSR Dunia Sains Teknologi (Oleh Pn. Mahalia Jumatil)
9.25 Pagi-10.00 Pagi              : Rehat
10.00 Pagi 12.15 Petang         : Abacus (Oleh: En. Ernest)

14.09.2011 (RABU)
7.00 Pagi-9.25 Pagi                 : Mesyuarat Sukan dan Sukaneka (En. Jentry)
9.25 Pagi-10.00 Pagi               : Rehat
10.00 Pagi 12.15 Petang          : Kursus 1 Murid 1 Sukan (En. Jentry/ Cik Marzila)

15.09.2011 (KHAMIS)

7.00 Pagi-9.25 Pagi                 :Peraturan Pengguanaan Makmal ( Pn Norliza Daud)
9.25 Pagi-10.00 Pagi               : Rehat
10.00 Pagi 12.15 Petang          : Membina Blog (Pn Muzahatil Syyfah)

Saturday, September 10, 2011

JADUAL PEPERIKSAAN UPSR


Berikut adalah jadual peperiksaan UPSR :

SELASA (13 September 2011)

    08:15 pagi — 09:05 pagi – Bahasa Melayu Pemahaman
    09:45 pagi — 11:00 pagi – Bahasa Melayu Penulisan
    11:45 pagi — 12:25 tengah hari – Mathematics Kertas 2

RABU (14 September 2011)

    08:15 pagi — 09:15 pagi – Mathematics Kertas 1
    09:55 pagi — 10:45 pagi – Bahasa Cina Pemahaman
    11:45 pagi — 01:00 petang - Bahasa Cina Penulisan

KHAMIS (15 September 2011)

    08:15 pagi — 09:30 pagi – Science
    10:15 pagi — 11:05 pagi – Bahasa Inggeris Kertas 1
    11:45 pagi — 01:00 petang – Bahasa Inggeris Kertas 2
    02:30 petang— 04:00 petang – Ujian Aptitud Tahun Enam

Friday, September 9, 2011

SOLAT HAJAT UPSR

KG.SIBUGAL BESAR, 9 SEPT. (JUMUAT)- Kira-kira jam 7.30 pagi, seramai kira-kira 67 orang murid tahun enam beramai-ramai pergi ke masjid Nurul Hidayah, Kg. Sibugal Besar , yang terletak kira-kira 500 meter dari sekolah. Pada pagi ini, sebagaimana surat edaran yang telah dihantar kepada ibu bapa, satu majlis solat hajat akan diadakan. Ibu bapa dijemput untuk turut serta bersama abak-abnak dan jagaan mereka bermohon kepada Allah SWT agar kejayaan berpihak kepada anak-anak dan jagaan mereka. Setelah usaha untuk kejayaan mereka telah dicurahkan, tinggal lagi berdoa dan mengharap daripada Allah SWT.





Solat hajat dipimpin oleh Ust. Kama. Turut serta mengiring murid-murid ke masjid Nurul Hidayah adalah pen. Kanan HEM, Pn. Yuliana Makkana, ustazah Norhayati Adnan dan SU Peperiksaan, Pn Suzainy. Program solta hajat pada pagi ini merupakan solat hajat penutup yang dianjurkan oleh pihak sekolah atas inisiatif dari bahagian HEM. Sebelum ini, sepanjang bulan Ramadhan, solat hajat mingguan telah diadakan pada setiap waktu rehat hari Jumuat. Murid-murid ditekankan agar menjadikan solat hajat sebagai mekanisma munajat kepada Allah untuk seterusnya dan tidak hanya tamat dengan solat hajat anjuran pihak sekolah sahaja.

Apa yang agak dikesalkan, tidak ramai ibu bapa yang hadir untuk program pagi ini. Kesibukan mereka dengan tugas harian mungkin menjadi alasan. Namun, apapun, seharusnya demi kejayaan anak-anak, para ibu bapa hendaklah menunjuk komitmen agar menjadi inspirasi dan dorongan buat anak-anak mereka.