Friday, April 29, 2011

TAHNIAH DAN BELASUNGKAWA

Pada hari ini satu jamuan kecil makanan Tradisi kaum Bugis/Bajau iaitu Putu diadakan untuk guru dan kakitangan sekolah. Jamuan tersebut adalah anjuran cikgu Jentery Ismail kerana beliau beroleh razeki mendapat DG 32 setelah memulakan perkhidmatan dahulu dengan DG 29. Tahniah diucapkan kepadanya atas kenaikan tersebut dan sempga ia menjadi motivasi dan dorongan dalam perkhidmatan.

Sementara itu, pada hari ini juga rakan-rakan guru dimaklumkan bahawa Pn. Yessi Malail tidak dapat ikut bersama kerana terpaksa pulang ke kampungnya secara tiba-tiba kerana bapanya meninggal. Sebagai bingkisan takziah daripada guru-guru Sk. Sibugal Besar, pihak Kebajikan Guru  telah membuat pungatan derma kilat. Semoga Pn Yessie diberikan ketenangan. Setiap yang hidu[ pasti mati. Setiap kebersamaan akan ada perpisahan.

Wednesday, April 27, 2011

Makluman: Peperiksaan Semester 1

Berikut adalah maklumat mengenai Peperiksaan Semester 1 bagi tahun 2011

Tarikh Peperiksaan  :  

09 Mei 2011 sehingga 13 Mei 2011 ( Isnin-Jumuat)

Tarikh Ujian Lisan   :
 
02 Mei 2011 sehingga 06 Mei 2011 ( Isnin- Jumuat)

Sehubungan dengan itu, para guru yang bertanggungjawab menyediakan kertas soalan hendaklah menghantar kertas soalan kepada PK1/ PKP selewat-lewatnya pada 29 April 2011 (Jumuat)

Kertas soalan akan dikumpulkan dan dihantar kepada SUP pada 30 April 2011 (sabtu)

Berikut adalah Ketua pengawas yang dilantik :

Sidang Pagi: Yusdy bin Rosle

Sidang Petang: Cik Jamnatul 'Amar bin Basri

Tuesday, April 26, 2011

e-Filing 2011

PENGUMUMAN

e-Filing 2011 :
TARIKH AKHIR pengemukaan borang dan bayaran baki cukai kena dibayar bagi 
punca pendapatan bukan perniagaan ialah pada 30/04/2011 .
 
Sumber: LHDN

Bagi yang belum menyelesaikan lagi e-Filing, sila isikan. Dapatkan maklumat dari Penyata Pendapatan Tahunan yang terdapat dalam e-Penyata Gaji yang boleh diperolehi daripada laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Monday, April 25, 2011

DOKUMEN SEJARAH: PERMOHONAN MEMBINA SEKOLAH


Dokumen ini ditunjukkan oleh Pakcik Abd Rahman, tukang kebun Sk. Sibugal Besar. Ia menyatakan bahawa permohonan agar diwujudkan sebuah sekolah di kampung Sibugal Besar buat pertama kalinya diusulkan oleh seorang yang bernama Enche O.T Lahani bin Bejali. Beliau adalah bapa kepada Pakcik Abdul rahman sendiri. Dokumen ini merupakan surat balasan daripada pegawai pendidikan yang bertugas pada masa itu. Surat ini bertarikh  8 September 1965.



Thursday, April 21, 2011

Guru Besar Baru.

Mungkin menjadi tandatanya buat sebahagian warga kerja Sk. Sibugal Besar mengenai siapakah yang mengggantikan guru besar En. Keflee bin Md Harun yang baru bersara. Sebelum bersara pun, sudah dinyatakan oleh beliau bahawa penggantinya adalah seorang guru besar perempuan. Warga kerja Sk. Sibugal Besar, khususnya para guru dan KTBM sudah mendapat makluman bahawa guru besar baru yang bakal menjalankan tugas adalah seorang guru kanan dari salah sebuah sekolah daerah pedalaman  yang naik pangkat dan ditempatkan di Sk. Sibugal Besar. Hanya, siapakah guru yang dimaksudkan, belum dapat dipastikan di kalangan para guru.

Pada tanggal 21 April 2011, kehadiran guru besar baru telah dipertemukan dengan para guru dalam satu majlis suaikenal yang diadakan dalam Bilik Gerakan Sk. Sibugal Besar.

 Pn. Norliza Che Ishak

Nama beliau ialah Puan Norliza binti Che Ishak, bekas Guru Pen. Kanan Hem dari sebuah sekolah dalam daerah Telupid. Menurut Puan Norliza,  beliau yang berasal dari Alor Setar, Kedah  dan telah berpindah mengikut keluarganya ke Sabah sejak kecil dan tinggal serta membesar di Sabah. Perkhidmatannya dalam kerjaya sebagai guru telah mencecah kira-kira 23 tahun dan kebanyakannya adalah di kawasan pedalaman. Pada umurnya dalam lingkungan 47 tahun, dia selesa membahasakan dirinya sebagai "kak liza" kepada kakitangan dan guru -guru Sk. Sibugal Besar yang rata-rata lebih muda daripadanya. Beliau bersuami dengan orang Sabah dan mempunyai 3 orang anak serta tinggal di Taman Megah, Sandakan.

Dalam pertemuan suakenal bersama guru-guru Sk. Sibugal Besar, Pn Norliza menegaskan bahawa beliau adalah seorang yang dilantik sebagai guru besar oleh pihak JPN dan bukan beliau yang mengejar jawatan tersebut. Sebagai seorang kakitangan awam, beliau mematuhi arahan tersebut dan berharap dai bawah pentadbirannya para guru tidak merasa tertekan. Apa yang perlu dilakukan oleh para guru dan kakitangan hanyalah mematuhi peraturan perkhidmatan. Sambil mengingatkan bahawa dia tidak berhasrat untuk membawa perubahan drastik, sebaliknya meneruskan struktur dan cara sedia ada, namun jika ada perubahan-perubahan yang di bawa pada masa-masa akan datang, hendaklah mendapat sokongan dan kerjasama daripada para guru dan kakitangan.

Warga Sk. Sibugal Besar mengalu-alukan guru besar yang baru. Semoga Sk. Sibugal Besar menjadi tempat yang indah dan menarik buat beliau dan di bawah pentadbirannya Sk. Sibugal Besar terus meningkat.

Tuesday, April 19, 2011

Ma'ssalamah buat Guru Besar-En. Keflee bin Md Harun

Di atas segala jasa dan pengorbanan Guru Besar En Kiflee bin Md Harun, yang telah berkhidmat sebagai guru besar Sk. Sibugal Besar, blog Sk. Sibugal Besar melahirkan isi hati dan menyatakan penghargaan dan terima kasih para guru dan kakitangan di atas segalanya. Kebersamaan yang dirasai oleh para guru dan kakitangan sepanjang beliau berkhidmat, tentunya menjadi kenangan berharga yang ditinggalkannya. Tunjuk ajar dan bimbingannya selama berkhidmat menjadi ole-ole bermakna buat warga sekolah yang ditinggalkan. Semoga jasa, khidmat bakti dan pengorbanan yang telah ditaburkan mendapat ganjaran lumayan daripada Allah SWT, di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat sana.

Sebuah pantun yang diungkapkan dalam Majlis Perpisahan yang diadakan bersama warga sekolah baru-bari ini dihadiahkan buat renungannya:




Di cucur atap ada kunang
Ayam bertelur di bawah rumah
Jasamu tetap kami kenang
Biar hancur dikandung tanah.



Saturday, April 16, 2011

MAJLIS PERSARAAN DI HOTEL SABAH

SANDAKAN, 16 April- Majlis persaraan Guru Besar, En Kefflee bin Md. Harun,  diraikan hari ini bersama guru-guru dan KTBM Sk. Sibugal Besar bertempat di bilik Amadeus, hotel Sabah. Majlis bermula jam 11 pagi dengan ketibaan para guru untuk mengambil tempat dan kemudian disusuli ucapan perpisahan guru besar, makan dan sambil itu guru-guru yang berbakat mempersembahkan karaoke yang disediakan. Majlis dimaknakan lagi dengan penyampaian cendera kenangan dari para guru kepada guru besar. Akhir sekali adalah acara bergambar dan menghampiri jam 3.00 petang majlis bersurai.















Friday, April 15, 2011

PERSARAAN GURU BESAR

Sk. Sibugal Besar kehilangan seorang Guru Besar yang disayangi warganya sama ada kakitangan maupun murid-murid. Beliau adalah En. Kefflee bin Mad Harun, yang menamatkan perkhidmatannya dengan persaraan pada 17 April 2011. Selama lebih 12 tahun beliau mengabadikan diri berkhidmat sebagai guru besar dengan bermacam mehnah dan pahit manis. 

Dalam minggu-minggu terakhir ini, mood warga Sk. Sibugal Besar dibayangi sendu dan sayu. Hari ini, sebuah majlis perpisahan di peringkat sekolah diadakan.

(Gambar-gambar akan menysul kemudian)


Penyerahan Tugas

Pada hari ini, guru besar En. Kiflee bin Harun membuat penyerahan tugas. Tugas sebagai guru besar dipangku sementara oleh PK. Kanan, Ustazah Cik Rohaini Md Sidek. Guru besar baru yang bakal menggantikannya akan mula bertugas sekitar 20 April nanti. 


 Guru Besar menandatangani surat penyerahan tugas



Tugas pemangku guru besar diamanahkan kepada ustazah Cik Rohaini Mohd Sidek.




Friday, April 8, 2011

KEM MOTIVASI UPSR

KEM MOTIVASI UPSR 2011

TARIKH: 8-10 APRIL 2011
PENDAFTARAN: 3.00 Petang
SASARAN PESERTA: Semua Murid Tahun 6 (67 Orang)


* Komitmen dan Penglibatan semua guru adalah diperlukan untuk menjayakan program yang dirancang