Friday, May 27, 2011

Tahniah: Wakil Murid SKSB Johan Pertandingan Pidato

Wakil Sekolah dalam pertandingan pidato sekolah-sekolah rendah peringkat daerah Sandakan pada tahun ini, Fatin Nurfitriyani binti Adjiril berjaya menjuarai pertandingan. Beliau adalah murid tahun 5 Aktif yang menjalani latihan pidato di bawah bimbingan Ustazah Erna Swardi. Kesungguhan murid dan guru ternyata membuahkan hasil. Tentunya pencapaian tersebut membanggakan warga sekolah.

Sementara itu, wakil sekolah dalam pertandingan bercerita adalah Siti Norsaphina Khalisah binti Muhammad. di bawah bimbingan Pn. Salbiah Sakah. Sungguhpun tidak dapat mememangi pertandingan, ia cukup membanggakan sekolah kerana telah mempamerkan penceritaan yang baik. Hanya kerana persaingan sengit dari sekolah-sekolah yang lain tidak mengizinkan wakil sekolah mendapat tempat pada kedudukan antara teratas. 
 

Tahniah kepada guru pembimbing yang bertungkus lumus melatih. Murid yang berjaya diharap dapat melipatgandakan usaha untuk pertandingan ke peringkat yang lebih tinggi.





Thursday, May 26, 2011

HARI MENANDATANGANI BUKU REKOD DAN TAKLIMAT KOKUM

SIBUGAL BESAR, SANDAKAN, 26 MEI (KHAMIS)-Pada hari ini, ibu bapa hadir ke sekolah Sk. Sibugal Besar bagi menandatangani Buku Rekod Pencapaian Murid. Murid sesi pagi dan petang datang serentak di sebelah pagi. Demikian juga,  semua guru pagi dan petang turun bertugas. Kesempatan pada hari ini juga digunakan oleh pihak sekolah untuk menjemput pegawai dari Tabung Haji Sandakan untuk mengemaskini pendaftaran murid-murid sebagai penabung dalam Tabung Haji.

Pada sesi seterusnya, guru-guru diberi taklimat mengenai Kokum. Ini berikutan perlaksanaan Kokum yang tidak berjalan lancar kerana tidak wujud komitmen maksima daripada semua guru. Taklimat hari ini menumpukan kepada pengemaskinian penggiliran di samping menjelaskan kepada guru-guru mengenai  tanggungjawab melaksanakan Kokum.

SU Kokum Sk. Sibugal Besar, Cik Marzila Omar membentangkan beberapa pembaharuan dalam susun atur perlaksanaan Kokum. Adalah diharapkan pada semester depan perlaksanaan Kokum akan dapat dilaksanakan dengan lebih kemas dan teratur.

Ustazah Norhayai Adnan selaku guru Jadual Waktu sidang pagi rombakan jadual yang akan digunapakai pada semester kedua. Rombakan tersebut dibuat memandangkan terdapat masalah dalam jadual waktu yang digunapakai sekarang kerana mata pelajaran Bahasa Arab tidak berada dalam waktu PNP. Dapatan perbincangan yang telah dibuat oleh Guru Besar bersama Guru Jadual Waktu serta beberapa guru lain merumuskan perubahan yang dibentangkan pada hari ini. Ia melibatkan  prubahan waktu bermula dan waktu tamat PNP bagi beberapa hari tertentu. Ia melibatkan sidang pagi dan petang.

Sementara itu, pembentangnan mengenai Linus juga dilakukan oleh Cik Marzila Omar. Linus merupakan program yang mensasarkan pemulihan murid-murid tahun satu yang berada pada  kadar kebolehbacaan sifar. Di bawah program ini, mereka disaring sehingga melepas tahap-tahap yang telah disusun.


Saturday, May 21, 2011

KURSUS DALAMAN (IN HOUSE TRAINING)

SIBUGAL BESAR, 21 MEI (SABTU)- Guru-guru SK. Sibugal Besar pada hari ini mengadakan kursus dalaman bagi Pemulihan, Kokurikulum dan Pra Sekolah. Matlamat kursus ini adalah untuk meninggakatkan pengetahuan dan kemahiran para guru terhadap perkara-perkara tersebut. Sebelum kursus dimulakan, para guru melakukan senaman aerobik dipimpin oleh Cikgu Jainul Gapar.

Pn. Benadita Fontanila menyampaikan taklimat dalam kursus dalaman mengenai program pemulihan murid. Beberapa konsep diterangkan dan program-program pemulihan yang dicadangkan didedahkan kepada para guru.

Bagi Kokurikulum, penerangan mengenai Orientering disampaikan oleh En. Jainul Gapar dan En. Jentry Ismail. Orientering merupakan kaedah menggunakan kompas penentu arah dan menentukan knot atau bering  sesuatu kedudukan.

En. Jainul dan En. Jentry sedang memberi taklimat orientering.

Mendengar pembentangan  dengan penuh minat.

Guru-guru dibahagikan kepada kumpulan dan dilatih secara praktikal untuk mencari bering kedudukan  masing-masing. Menurut En Jentry, permainan mencari bering boleh dibuat ke atas peserta sesebuah perkhemahan sebagai pengisian kepada aktiviti perkhemahan.Untuk menjadikan ia tugasan bagi peserta perkhemahan, lebel bering bagi kedudukan hendaklah dletakkan di tempat yang boleh dilihat dan tidak bergerak.

Guru Pra Sekolah, Pn. Marni Atik dan Pn. Khalilah Norsaid menyampaikan pembentangan mengenai pra sekolah.
Pembentangan Pra Sekolah
Perbincangan dalam kumpulan


Monday, May 16, 2011

Hari Guru SKSB

Sambutan Hari Guru hari ini meriah. Pelbagai acara diadakan. Seawal pagi, acara futsal diadakan melibatkan "team"  guru-guru lelaki. Demikian juga ada perlawanan futsal antara "team" guru wanita. Beberapa acara sukaneka telah dipertandingkan. Acara lari sambil melambung belon, membawa bola pimpong dalam sudu, mengisi air dalam botol dengan span dan lari dengan kaki berikat melibatkan persaingan antara 4 kumpulan yang dibahagikan mengikut warna merah, kuning, biri dan hijau.



Anugerah guru tahun ini mengikut kategori. Guru paling bergaya, paling tegas, paling kreatif dan paling popular.  Tidak lupa juga guru-guru yang memperolehi anak pertama semasa berkhidmat di SKSB. Seterusnya majlis dimeriahkan dengan acara bertukar hadiah antara guru.

Tidak lupa juga ialah acara memotong kek hari guru.
Acara memotong kek

Thursday, May 12, 2011

PINDAAN TARIKH SAMBUTAN HARI GURU


Berikutan sebabb-sebab yang tidak dapat dielakkan, Tarikh Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang dijadualkan pada 21 Mei 2011 terpaksa dipinda kepada tarikh yang lebih awal iaitu 16 Mei 2011. Sesuai dengan tanggal tersebut yang merupakan tarikh Hari Guru, maka pertukaran tersebut amatlah tepat.

Wednesday, May 4, 2011

Pentaksiran

Pemantauan pentaksiran bantuan diadakan pada hari ini bagi matapelajaran Bahasa Melayu (PLBS), Bahasa Inggeris (PLBS), Sains (PEKA) dab Agama Islam  (PAFA). Bagi ketua-ketua pentaksir peringkat sekolah bagi bidang tersebut dikehendaki melengkapkan fail pantaksiran. Satu pemantauan susulan dijangkakan pada 19 Mei 2011.

Sunday, May 1, 2011

HARI GURU 2011

Sambutan Hari Guru 2011 peringkat sekolah akan diadakan pada 21 Mei 2011 (sabtu). Sempena sambutan tersebut beberapa acara akan diadakan iaitu bertukar hadiah, futsal dan sukaneka. Guru-guru dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk memudahkan acara pertandingan. Sila rujuk maklumat mengenai maklumat asas sambutan dalam kertas kerja ringkas program di bawah: