Thursday, September 22, 2011

AKTIVITI MURID TAHUN 6 (PASCA UPSR)

Guru-guru tahun enam pada hari ini diberi taklimat oleh Pen.Kanan 1,Ustazah Rohaini binti Mohd Sidik, mengenai aktiviti yang sepatutnya melibatkan murid-murid tahun 6. Ini berikutan selesainya peperiksaan UPSR, murid-murid tahun enam berada dalam mood santai dan benyak menghabiskan masa bermain. Guru-guru dingatkan agar menjalankan aktiviti PNP seperti biasa, lebih-lebih lagi peperiksaan akhir tahun akan diadakan tidak lama lagi.

Aktiviti murid sempena dengan sambutan hari Ulang Tahun Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal diadakan pada 24 Sept ini juga hendaklah dalam pemantauan guru dalam kelas. Sementara, pada minggu-minggu berikutnya, adalah diharapkan PNP akan berjalan dan silibus pengajaran hendaklah disempurnakan sebelum menjelang peperiksaan Akhir Tahun yang bakal jatuh pada 17 Okt 2011.
Guru-guru tahun enam mendengar taklimat PK1


Saturday, September 17, 2011

Hari Kemuncak Sempena Bulan Kemerdekaan & Program Anti Dadah Peringkat Skolah 2011

Hari Kemuncak Sempena Bulan Kemerdekaan & Program Anti Dadah Peringkat Sekolah bagi tahun 2011 akan diadakan pada 24 September 2011 (Sabtu). Berikut adalah tentatif program pada hari tersebut sebagai rujukan kepada para guru dan AKS.


Tuesday, September 13, 2011

Jadual Aktiviti Guru Sempenan UPSR 2011

Sempena dengan UPSR 2011, guru-guru dan AKS dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa. Berikut adalah jadual program sepanjang tiga hari UPSR berlangsung:

13.09.2011 (SELASA)

7.00 Pagi-9.25 Pagi                : Kursus KSSR Dunia Sains Teknologi (Oleh Pn. Mahalia Jumatil)
9.25 Pagi-10.00 Pagi              : Rehat
10.00 Pagi 12.15 Petang         : Abacus (Oleh: En. Ernest)

14.09.2011 (RABU)
7.00 Pagi-9.25 Pagi                 : Mesyuarat Sukan dan Sukaneka (En. Jentry)
9.25 Pagi-10.00 Pagi               : Rehat
10.00 Pagi 12.15 Petang          : Kursus 1 Murid 1 Sukan (En. Jentry/ Cik Marzila)

15.09.2011 (KHAMIS)

7.00 Pagi-9.25 Pagi                 :Peraturan Pengguanaan Makmal ( Pn Norliza Daud)
9.25 Pagi-10.00 Pagi               : Rehat
10.00 Pagi 12.15 Petang          : Membina Blog (Pn Muzahatil Syyfah)

Saturday, September 10, 2011

JADUAL PEPERIKSAAN UPSR


Berikut adalah jadual peperiksaan UPSR :

SELASA (13 September 2011)

    08:15 pagi — 09:05 pagi – Bahasa Melayu Pemahaman
    09:45 pagi — 11:00 pagi – Bahasa Melayu Penulisan
    11:45 pagi — 12:25 tengah hari – Mathematics Kertas 2

RABU (14 September 2011)

    08:15 pagi — 09:15 pagi – Mathematics Kertas 1
    09:55 pagi — 10:45 pagi – Bahasa Cina Pemahaman
    11:45 pagi — 01:00 petang - Bahasa Cina Penulisan

KHAMIS (15 September 2011)

    08:15 pagi — 09:30 pagi – Science
    10:15 pagi — 11:05 pagi – Bahasa Inggeris Kertas 1
    11:45 pagi — 01:00 petang – Bahasa Inggeris Kertas 2
    02:30 petang— 04:00 petang – Ujian Aptitud Tahun Enam

Friday, September 9, 2011

SOLAT HAJAT UPSR

KG.SIBUGAL BESAR, 9 SEPT. (JUMUAT)- Kira-kira jam 7.30 pagi, seramai kira-kira 67 orang murid tahun enam beramai-ramai pergi ke masjid Nurul Hidayah, Kg. Sibugal Besar , yang terletak kira-kira 500 meter dari sekolah. Pada pagi ini, sebagaimana surat edaran yang telah dihantar kepada ibu bapa, satu majlis solat hajat akan diadakan. Ibu bapa dijemput untuk turut serta bersama abak-abnak dan jagaan mereka bermohon kepada Allah SWT agar kejayaan berpihak kepada anak-anak dan jagaan mereka. Setelah usaha untuk kejayaan mereka telah dicurahkan, tinggal lagi berdoa dan mengharap daripada Allah SWT.





Solat hajat dipimpin oleh Ust. Kama. Turut serta mengiring murid-murid ke masjid Nurul Hidayah adalah pen. Kanan HEM, Pn. Yuliana Makkana, ustazah Norhayati Adnan dan SU Peperiksaan, Pn Suzainy. Program solta hajat pada pagi ini merupakan solat hajat penutup yang dianjurkan oleh pihak sekolah atas inisiatif dari bahagian HEM. Sebelum ini, sepanjang bulan Ramadhan, solat hajat mingguan telah diadakan pada setiap waktu rehat hari Jumuat. Murid-murid ditekankan agar menjadikan solat hajat sebagai mekanisma munajat kepada Allah untuk seterusnya dan tidak hanya tamat dengan solat hajat anjuran pihak sekolah sahaja.

Apa yang agak dikesalkan, tidak ramai ibu bapa yang hadir untuk program pagi ini. Kesibukan mereka dengan tugas harian mungkin menjadi alasan. Namun, apapun, seharusnya demi kejayaan anak-anak, para ibu bapa hendaklah menunjuk komitmen agar menjadi inspirasi dan dorongan buat anak-anak mereka.


Thursday, September 8, 2011

JAMUAN EIDUL FITRI

Oleh: Ust Kama

SK.SIBUGAL BESAR, 8 SEPTEMBER 2011(KHAMIS)- Guru-guru dan AKS Sk. Sibugal Besar pada hari ini bekerjasama mengadakan Jamuan Eidul Fitri. Kumpulan penyediaan juadah sempena Majlis Jamuan Eidul Fitri telah dibentuk beberapa hari yang lalu. Setiap kumpulan telah ditugaskan menyiapkan makanan  masing-masing. Antara juadah yang telah disediakan ialah nasi Tomato, ketupat daun kelapa, buras, nasi himpit, ayam goreng, ayam percik, kari daging, kari ayam, acar timun dan pelbagai jenis kuih muih. Turut disediakan air minuman istimewa iaitu air bunga kekwa.

Majlis Jamuan Eidulfitri diadakan di Bilik Gerakan pada jam 11.45 pagi. Menurut  Guru Besar, Pn. Norliza Che Ishak, kerjasama para guru dan AKS menjayakan program pada hari ini sangat baik dan beliau terharu mengenainya. Suasana ini menimbulkan rasa senang dan gembira ketika bekerja lebih-lebih lagi ia menjalinkan hubungan mesra sesama kakitangan yang mana akan melancarkan lagi proses menjalankan tugas-tugas di sekolah.

Banyak makanan yang tidak terdaya dihabiskan oleh para guru dan AKS. Masing-masing mengambil peluang untuk "menapau" juadah pilihan. Pendek kata, pada akhirnya semuanya licin, termasuk kerak-kerak nasi tomato( setelah periuk di basuh) dan kuah-kuah kari yang kehabisan dagingnya.

Tahniah buat semua guru dan AKS Sk. Sibugal Besar. Anda semua menunjukkan komitmen yang tinggi menjayakan program dan mengamalkan budaya "tidak suka membazir". Alhamdulilah.

Menanti masa makan

Hidangan telah tersedia.

Juru kamera terlatih mencari posisi.


* Menapau ertinya membungkus makanan.