SK.SIBUGAL BESAR, 28-29 APRIL (SABTU-AHAD)-Program SMART UPSR diadakan dengan tujuan memotivasikan murid-murid mencapai kecemerlangan dalam UPSR di samping mendedahkan kepada murid-murid kaedah dan teknik pembelajaran berkesan. Program ini melibatkan penyertaan murid-murid tahun 6 yang berjumlah 65 orang. Seramai 46 orang murid telah hadir menyertai program tersebut.
Program ini dijalankan di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling dan dibantu oleh para guru. Tiga penceramah jemputan telah dibawakan khas dari luar untuk membantu menyampaikan slot masing-masing. Berikut adalah penceramah yang terlibat:
1) Ice Breaking : En. Kamal bin Abd Samad ( Kaunselor SMK Teknik)
2) Ceramah Motivasi 1: En. Malin bin Manni
3) Ceramah Motivasi 2 : En. Pandir bin Lodah
Program Smart UPSR pada tahun ini adalah satu bentuk program yang menfokuskan motivasi pembelajaran murid. Berbeza daripada program-program berbentuk motivasi yang dijalankan pada tahun-tahun yang lalu, program ini dijalankan pada siang hari sahaja. Dengan kata lain, para peserta tidak diperlukan tidur di sekolah. Program berlangsung selama dua hari dan para peserta datang awal pagi dan pulang menjelang petang. Modus operandi sebegini lebih menyenangkan para guru yang berdepan hujung minggu yang padat dengan program bersama keluarga. Sebahagiannya terlibat dengan program pengajian lanjutan dan lain-lain acara luar.
Program dijalankan di Makmal ICT sekolah dan dibantu oleh fasilitator yang terdiri daripada guru-guru.