Thursday, November 14, 2013

KEPUTUSAN UPSR 2013

SK.SIBUGAL BESAR, 14 NOV (KHAMIS)-Keputusan UPSR bagi calon-calon  dari Sk. Sibugal Besar  memperlihatkan peningkatan dari  segi kelulusan keseluruhan iaitu sebanyak 33.3 % pada tahun 2012  kepada 40.3 % pada tahun 2013. Peningkatan sebanyak 7 % ini  adalah membanggakan, lebih-lebih lagi jumlah murid yang gagal dalam matapelajaran dapat dikurangkan berbanding tahun lalu.

Walau bagaimanapun, dari segi pencapaian individu, tiada murid yang berjaya memperolehi 5A sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Tiga orang murid  berjaya mencatatkan keputusan terbaik ialah:-
a) Sharol Ajirol  -4A  1B.
b) Norazima Masrip -3A 2B
c) Mohd Syahir Shah bin Sallan- 3A 2B

Guru Besar, Pn. Norliza Che Ishak ketika ditemui melahirkan kesyukuran atas kejayaan meningkatkan pencapaian murid-murid secara keseluruhan, khususnya dalam mengurangkan nisbah murid gagal. Berbanding pencapaian tahun-tahun lalu, murid yang mendapat E dalam mata pelajaran, khasnya Bahasa Inggeris telah menunjukkan pengurangan ketara. Pencapaian yang bertambah baik ini, menurutnya adalah hasil gembelingan usaha yang berpadu antara para guru, murid-murid serta ibu bapa.

Para guru yang berusaha keras memajukan murid, sama ada secara langsung maupun tidak telah membantu memastikan pencapaian ini. Perhatian dan keprihatinan ibu bapa juga dapat dilihat dalam meletakkan anak-anak/jagaan mereka berjaya. PIBG sekolah juga banyak membantu usaha melonjakkan prestasi sekolah.
 

Dari kiri: Syahir Shah, Sharol dan Azima.


Murid-murid  UPSR 2013


Guru Besar mententeramkan seorang murid yang sebak dengan keputusan.


bersedih...



Wednesday, November 13, 2013

MAJLIS ANUGERAH CEMERALANG

SK.SIBUGALBESAR, 13 Nov (Rabu)-Majlis Anugerah Cemerlang Sk. Sibugal Besar diadakan pada hari ini bagi meraikan serta menghargai murid-murid yang mendapat pencapaian terbaik dalam bidang-bidang tertentu di sekolah. Anugerah  murid pada hari ini meliputi pencapaian terbaik dalam pelbagai kategori sama ada dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid maupun  Kokurikulum. Beberapa anugerah khas daripada pentadbiran sekolah juga dikurniakan kepada murid-murid.

Anugerah Kurikulum melibatkan kategori-kategori seperti:
a) Anugerah Murid Terbaik dalam kelas
b)Anugerah Pencapaian Terbaik Dalam Mata Pelajaran Tahap 2
c) Anugerah Murid terbaik KSSR tahun 1, 2 & 3
d) Anugerah Murid Berpotensi
e) Anugerah Murid Pemulihan
f) Anugerah Tokoh Mithali j-QAF.

Anugerah Hal Ehwal Murid pula melibatkan:
a) Anugerah Gigi Tercantik tahap 1 & 2
b)Anugerah Murid Terbersih dan Berdisiplin tahap 1 &2
c) Anugerah Kehadiran Terbaik Murid Tahap 1 , 2 dan PRA.
d) Anugerah Kelas Terbersih

Anugerah Kokurikulum pula melibatkan:
a) Anugerah Sukan dan Permainan Terbaik
b) Anugerah Kelab dan Persatuan Terbaik
c) Anugerah Unit Beruniform Terbaik.
d) Anugerah Atlet Harapan (Lelaki & Perempuan)

Anugerah Tambahan dari Sekolah:
a) Anugerah Pelajar Cemerlang Pra Sekolah
b) Anugerah Keseluruhan Akademik Terbaik Tahap 1 & 2
c) Anugerah Tokoh Murid 2013

Turut disampaikan adalah sijil-sijil:
a) Sijil Pengawas ( Sekolah, SPBT, PSS & PPDa)
b)  Sijil Tamat Persekolahan
c) Sijil-sijil lain

Majlis pada hari ini melibatkan kehadiran ibu bapa untuk memberikan sokongan moral kepada murid-murid agar dapat mempertingkatkan lagi pencapaian pada tahun-tahun mendatang. Kehadiran ibu bapa yang memberangsangkan pada hari ini memperlihatkan hubungan yang baik antara masyarakat dengan pihak sekolah. Ia juga merupakan manifestasi keprihatinan mereka terhadap pembelajaran anak-anal.

Majlis Anugerah Cemerlang dirasmikan oleh Encik Harthono Isnanthomo, Penyelia Kokurikulum Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pelajaran Daearah Sandakan.

Ibu bapa murid menandatangani kehadiran.

Pentas HAC






En. Harthono Isnanthomo

Murid Tahun 6 dianugerahkan sijil tamat persekolahan.

Sharol Ajirol, tokoh murid 2013
/
K2 menaja minuman untuk murid.


Monday, November 11, 2013

HARI MENANDATANGANI KAD LAPORAN MURID

SK. SIBUGAL BESAR- Ibu bapa mengambil kesempatan pada ini untuk datang ke sekolah dan menandatangani kad laporan prestasi tahunan anak-anak. Kaunter meja untuk ibu bapa mendapatkan makluman mengenai prestasi anak-anak atau jagaan masing-masing dibuka dan dijaga oleh guru-guru kelas.

Setelah setahun menimba ilmu di Sk. Sibugal Besar, hari ini murid-murid berkesempatan menunjukkan pencapaian mereka kepada ibu bapa dan jagaan masing-masing melalui kad laporan prestasi. 




Buku PAFA dan kalender 2014 turut dijual.

Friday, November 1, 2013

PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA

SK.SIBUGAL BESAR, 1 NOV (JUMUAT)- Pertandingan Bicara Berirama telah berjaya diadakan pada hari ini melibatkan penyertaan berkumpulan dari murid-murid tahun 4, 5 dan 6.  Murid-murid memperlihatkan kemampuan menyusun rentak percakapan dan gaya serentak. Di bawah bimbingan guru-guru kelas, murid-murid telah berjaya mempersembahkan bicara berirama dengan baik sekali. Program ini adalah anjuran oleh Panitia Bahasa Melayu.

Pertandingan ini telah diadili dan dilihat pelbagai aspek kemahiran persembahan. Akhirnya murid-murid tahun 6 berjaya menempatkan diri sebagai pemenang pada hari ini.




Guru Besar merasmikan penangguhan program.