Saturday, April 14, 2012

CERAMAH ANTI DADAH & HARI KANTIN 2012

SK. SIBUGAL BESAR, 14 APRIL (SABTU)-Program Ceramah Anti Dadah telah diadakan serentak dengan Hari Kantin. Ceramah disampaikan oleh wakil agensi berkaitan mengenai bahaya penagihan dadah. Untuk menggalakkan ibu bapa turut hadir menyertai program tersebut, pihak sekolah telah menganjurkan juga Hari Kantin.

Hari Kantin disambut dengan membuka gerai-gerai jualan yang dikendalikan oleh lima Unit Berunifom yang bergiat di bawah aktiviti Kokurikulum sekolah iaitu, Pengakap, PPIM, PBSM, KRS dan St. John Ambulan.   Setiap Unit Berunifom, melalui inisiatif guru-guru penasihatnya  telah menyediakan barang jualan untuk dibeli oleh ibu bapa, murid-murid dan guru-guru. Pembelian dibuat melaui kupon-kupon yang dijual sebelumnya.

Suasan gerai jualan sangat meriah. Terdapat gerai jualan yang berjaya menghabiskan jualannya hanya beberapa minit selepas dibuka. Gerai-gerai jualan juga dipertandingkan untuk memilih pemenang. Setelah dinilai oleh oleh hakim-hakim yang dipilih, gerai jualan Pengakap terpilih sebagai pemenang.








Monday, March 26, 2012

CERAMAH KESELAMATAN

SK.SIBUGAL BESAR, 26 Mac-Keselamatan murid adalah antara perkara yang dititikberatkan oleh pihak sekolah. Banyak kes yang melibatkan keselamatan murid dewasa ini menyedarkan pihak kementerian pendidikan seterusnya menghendaki pihak sekolah menyediakan program menyedarkan murid-murid mengenai langkah-langkah keselamatan murid.


Ceramah keselamatan disampaikan oleh Staf Muda Amrin bin Amirun dan Koperal Jumaatyah binti Hj. Said dari Jabatan Pertahanan Awam. Isu keselamatan yang dibawakan pada hari ini disampaikan dalam dua ceramah telah disampaikan iaitu "Pengenalan Pertahanan Awam" dan "Tercekik".

Cikgu Jainul Gapar membuat persediaan pembentangan.




Amrin bin Amirun

Cik Jumaatyah bt Hj said

Demonstrasi "tercekik".

Bergambar bersama pentadbir Sekolah




Saturday, March 24, 2012

MESYUARAT AGONG PIBG

SK.SIBUGAL BESAR, 24 MAC-Mesyuarat Agong PIBG Sk. Sibugal Besar pada kali ini menyaksikan pembubaran barisan kepimpinan sebelumnya dan perlantikan baru bagi sessi 2012-2014. Perlantikan dibuat menerusi undi majoriti daripada suara ibu bapa dan para guru.

Menurut Pn. Norliza binti Chem Ishak,guru besar merangkap penasihat kepada PIBG Sk. sibugalbesar, PIBG  yan diantik bin  hendaklah memainkan peranan yang berkesan kerana peningkatan presetasi dapat ditingkatkan melaluinya.Pihak sekolah amat mengharapkan bantuan PIBG, terutama dalam soal kewangan apabila banyak aktiviti murid di luar sekolah terbatas kerana masalah kos pengurusan kewangan.

Suara ibu bapa dan guru pada hari ini diterjemahkan melalui perlantikan barisan kepimpinan baru PIBG yang diketuai oleh pengerusinya En. Abd Sani bin Taballong.


Berikut adalah barisan kepimpinan PIBG Sk. Sibugal Besar bagi sessi 2012-2014:

Pengerusi tetap: En. Asmatil
Pengerusi PIBG: En. Abd Sani bin Tabalong
Timbalan Pengerusi PIBG: En. Jumatil bin Edali
Setiausaha: Ust. Ahmad Sidqi Danial
Timbalan SU: Ustazah Wan Hasanah Wan Harun
Bendahari: Cik Marzila bt. Omar
AJK:







Wednesday, February 29, 2012

Kejohanan Catur 2012

SK.SIBUGAL BESAR, 29 Mac- Penyertaan wakil-wakil catur sekolah ke pertandingan catur peringkat Sandakan baru-baru ini hanya melayakkan mereka pada kedudukan ke enam. Seramai 8 peserta telah mewakili sekolah ke pertandingan tersebut yang diadakan di SMK Elopura 2, Sandakan. Murid-murid yang terlibat ialah Rosman Rosli, Mohd Afiq Mohd Ali, Mohd Faizul Jainuddin dan Darayn Denk Juasson bagi kategori lelaki. Sementara peserta kategori perempuan pula ialah Mas Ayu Mokhtar, Erni Syafiqah binti Budah, Siti Normaizan binti Zulhelmi dan Siti Najira binti  Muksan .



Kejohanan Catur pada kali ini menempatkan Sk. Syn Hwa pada tempat pertama, Sk. Mawar pada tempat kedua dan Sk. Batu Putih pada tempat ketiga.



Kepada peserta sekolah yang tidak berjaya mendapat tempat teratas, teruskan usaha untuk kecemerlangan di masa hadapan.
 

Tuesday, February 28, 2012

Johan Pertandingan Bercerita Perempuan MTQS, Tahniah!

SK.SIBUGALBESAR, 28 FEB (RABU)-MTQS peringkat Sandakan bagi tahun 2012 telah diadakan di SMK Tinusa pada 28-29 Februari. Sk. Sibugal Besar tidak ketinggalan menghantar penyertaan bagi pertandingan tilawah Al-Quran, hafazan dan bercerita. 

Pertandingan Tilawah diwakili oleh Muhamad Nurazman bin Sabri (Kategir Lelaki) dan Siti Nurshpina Halisah binti Muhamad (Kategori Perempuan). Bagi pertandingan Hafazan pula, wakil sekolah ialah Sharol bin Ajirol (Kategori Lelaki) dan Nursyafiah Suhaina binti Muhamad (Kategori Perempuan). Sementara bagi pertandingan bercerita pula, wakilnya ialah Mohd Effendy  bin Supardi (Kategori Lelaki) dan Fatin Nurfitriyani binti Ajiril (Kategori Perempuan).

Fatin Nurfitriani binti Adjiril yang mewakili petnadingan bercerita telah berjaya meraih kedudukan Johan Kategori Perempuan. Ini bermakna beliau akan menjadi wakil Sandakan ke pertandingan bercerita MTQ peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan nanti. 

Fatin Nurfitriani-Johan Bercerita
Tahniah diucapkan kepada peserta yang menang dan tahniah juga buat guru-guru yang bertungkus lumus melatih para peserta.






Thursday, February 16, 2012

PROGRAM MENTOR MENTEE

Program Mentor Mentee adalah satu program yang melibatkan murid-murid tahun 6 dengan guru-guru. Setiap guru akan mendapat anak angkatnya yang akan dibimbing secara khusus. Tujuan utama program  ini adalah membantu murid-murid meraihkan kejayaan yang lebih baik dalam peperiksaan UPSR nanti. Di samping itu, kewujudan mentor kepada murid-murid (mentee) berkenaan juga diharapkan dapat menjadi rujukan dekat bagi menyelesaikan sebarang permasalahan mereka.















Monday, January 9, 2012

Guru Pra Sekolah Baru

Pn. Fatimah Nor binti Abd Malik
Menggantikan Pn Khalilah Norsaid, guru sekolah Pra 2 yang berpindah ke Semenanjung, Sk. Sibugal Besar mendapat penggantinya. Beliau adalah Pn. Fatimah Nor binti Abd Malik, berasal dari Pahang. Sebelum ini beliau bertugas di pedalaman.

Sunday, January 1, 2012

Monday, December 26, 2011

JADUAL WAKTU 2012-SIDANG PAGI

Jadual Waktu SKSB bagi Sidang Pagi telah pun siap. Para Guru boleh membuat semakan pada link berikut:-

JADUAL WAKTU INDIVIDU

JADUAL WAKTU INDUK

JADUAL WAKTU KELAS



UNTUK DOWNLOAD, KLIK DI SINI

Saturday, November 19, 2011

TAKWIM 2012

Takwim 2012 boleh dirujuk pada capaian berikut: KLIK

AHLI JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM 2012

Ahli Jawatankuasa Induk Kurikulum 2012 boleh dirujuk pada capaian berikut: KLIK

KEPUTUSAN UPSR 2011

Keputusan UPSR Sk. Sibugal Besar bagi tahun 2011 mencatatkan kemerosotan ketara iaitu peratus murid lulus 19.7 peratus berbanding 40.6 peratus pada tahun yang lalu. Keputusan yang paling tinggi yang dapat dicapai oleh murid hanyalah 3A 2B. Seramai 3 orang murid berada pada gred tersebut iaitu Atikah Rosli, Siti Wan Shahidah Mohd Salleh dan Siti Nul Syafikah Fadilah Mohamed.

Tahniah kepada murid yang berjaya.

3 murid mendapat 3A 2B


Analisa keputusan UPSR 2011 boleh dilihat di sini.