Wednesday, July 11, 2012

Hari Jadi Berkelompok Pra Sekolah Bestari 2012

SK. SIBUGAL BESAR, 11 JULAI (RABU)-Pra Sekolah Bestari pada hari ini mengadakan majlis sambutan Hari Jadi Berkelompok bagi tahun 2012. Program ini adalah salah satu program penting dalam takwim Pra Sekolah Kebangsaan sebagaimana yang dikehendaki dalam KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan).

Program seumpama ini adalah bagi mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan penjaga dengan pihak pra sekolah. Ia juga satu pendekatan untuk memperkenalkan murid dengan identiti diri seperti tarikh lahir di samping memupuk semangat kekitaan sesama kawan-kawan.




Tuesday, July 10, 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2012

SK.SIBUGAL BESAR, 10 JULAI (SELASA)- Program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia diadakan pada hari bagi peringkat Sk. Sibugal Besar. Program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penyertaan murid dalam aktiviti sukan. Bagi memeriahkan dan menyemarakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan untuk semua, acara ini diadakan secara serentak di Peringkat Kebangsaan disemua peringkat termasuklah Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, IPGM, Matrikulasi dan semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Negara.

Seawal jam 7.00 pagi, murid-murid dan para guru berkumpul di Dewan Tengku Abd Rahman Putra, Sk. Sibugal Besar bagi menjayakan program tersebut. Program dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan negara, lagu negeri Sabah dan lagu Sk. Sibugal Besar dan diikuti dengan bacaan doa. Ucapan aluan disampaikan oleh Guru Besar Sk. Sibugal Besar, Pn. Norliza binti Che Ishak. Seterusnya, acara senamrobik diadakan secara beramai-ramai. Senamrobik merupakan inti program serentak tahun ini bagi program 1Murid 1Sukan tahun ini.

Dengan kerjasama para guru dan murid-murid, program yang diadakan pada hari ini telah mencapai kejayaan. 




Monday, July 9, 2012

KEM MOTIVASI UPSR PERINGKAT NEGERI SABAH

Pada tanggal 3-6 Julai 2012, program Motivasi UPSR Peringkat Negeri Sabah telah diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Sabah, Kem Malanggang, Kiulu, Tuaran. Pihak Sk. Sibugal Besar telah menghantar penyertaan murid ke program tersebut. Seramai empat otang murid telah terpilih menyertai program tersebut. Murid-murid yang bertuah tersebut adalah:

1) Siti Nursaphina Khalisah
2) Siti Suhaima Sudin
3)Nursyikin Hanyrin
4)Mohd Nizam Abd Hadi


Saturday, June 16, 2012

SUZAINY FRANCOIS

SK.SIBUGAL BESAR, 16 JUN (SABTU)-Pada hari ini pihak sekolah mengadakan majlis perpisahan sempena perpindahan seorang guru iaitu Cikgu Suzainy Francois @ Nurul Huda Abdullah. Beliau telah bertugas di Sk. Sibugal Besar sejak beberapa tahun yang lalu telah memohon pertukaran untuk mengikut suminya yang bertugas di Semenanjung. Beliau telah berjaya dalam permohonannnya dan mendapat tempat di sebuah sekolah baru di negeri Malaka.

Majlis perpisahan diadakan secara sederhana. Guru besar yang sedang berada dalam rangka kursus di Kota Kinabalu mengambil keputusan untuk pulang bagi meraikan perpisahan tersebut.



Semoga cikgu Suzainy mendapat kedamaian di tempat baru, bertambah razeki dan bertambah keimanan. Insya Allah. Amin.

Saturday, May 19, 2012

Monday, May 7, 2012

PEPERIKSAAN SEMESTER 1

Peperiksaan Semester 1  berlangsung selama seminggu antara 7-11 Mei 2012. Semoga Murid-murid dapat menjawab dengan cemerlang semua kertas peperiksaan.

Saturday, April 28, 2012

PROGRAM SMART UPSR

SK.SIBUGAL BESAR, 28-29 APRIL (SABTU-AHAD)-Program SMART UPSR diadakan dengan tujuan memotivasikan murid-murid  mencapai kecemerlangan dalam UPSR di samping mendedahkan kepada murid-murid kaedah dan teknik pembelajaran berkesan. Program ini melibatkan penyertaan murid-murid tahun 6 yang berjumlah 65 orang. Seramai 46 orang murid telah hadir menyertai program tersebut.

Program ini dijalankan di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling dan dibantu oleh para guru. Tiga penceramah jemputan telah dibawakan khas dari luar untuk membantu menyampaikan slot masing-masing.  Berikut adalah penceramah yang terlibat:

1) Ice Breaking  : En. Kamal bin Abd Samad ( Kaunselor SMK Teknik)
2) Ceramah Motivasi 1: En. Malin bin Manni
3) Ceramah Motivasi 2 : En. Pandir bin Lodah


Program Smart UPSR pada tahun ini adalah satu bentuk program yang menfokuskan motivasi pembelajaran murid. Berbeza daripada program-program berbentuk motivasi yang dijalankan pada tahun-tahun yang lalu, program ini dijalankan pada siang hari sahaja. Dengan kata lain, para peserta tidak diperlukan tidur di sekolah. Program berlangsung selama dua hari dan para peserta datang awal pagi dan pulang menjelang petang. Modus operandi sebegini lebih menyenangkan para guru yang berdepan  hujung minggu yang padat dengan program bersama keluarga. Sebahagiannya terlibat dengan program pengajian lanjutan dan lain-lain acara luar.

Program dijalankan di Makmal ICT sekolah dan dibantu oleh fasilitator yang terdiri daripada guru-guru.





En Malin bin Manni SMK Muhibbah )

Monday, April 16, 2012

PERTANDINGAN BERCERITA KISAH AL-QURAN BAHAGIAN SANDAKAN


SK.SIBUGAL BESAR,16 APRIL (ISNIN) - Penyertaan wakil sekolah Adik Efendi Supardi (kategori Lelaki) dan Adik fatin Nurfitriyani Adjiril (kategori Perempuan) dalam PERTANDINGAN BERCERITA DARI KISAH AL-QURAN (SK) sempena MAJLIS TADARUS AL-QURAN & NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM BAHAGIAN SANDAKAN 2012M/1433H yang telah diadakan di  SMK Beluran II, Beluran telah meraih kedudukan naib johan.

Pihak Sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Sarudin Bin Andang selaku Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Sandakan kerana telah memberi peluang dan kepercayaan dalam penyertaan peserta kategori lelaki sekolah ini. 


Adik Fatin Nurfitriyani Adjiril naib johan (P)


Adik Efendi Supardi naib johan(L)

Saturday, April 14, 2012

CERAMAH ANTI DADAH & HARI KANTIN 2012

SK. SIBUGAL BESAR, 14 APRIL (SABTU)-Program Ceramah Anti Dadah telah diadakan serentak dengan Hari Kantin. Ceramah disampaikan oleh wakil agensi berkaitan mengenai bahaya penagihan dadah. Untuk menggalakkan ibu bapa turut hadir menyertai program tersebut, pihak sekolah telah menganjurkan juga Hari Kantin.

Hari Kantin disambut dengan membuka gerai-gerai jualan yang dikendalikan oleh lima Unit Berunifom yang bergiat di bawah aktiviti Kokurikulum sekolah iaitu, Pengakap, PPIM, PBSM, KRS dan St. John Ambulan.   Setiap Unit Berunifom, melalui inisiatif guru-guru penasihatnya  telah menyediakan barang jualan untuk dibeli oleh ibu bapa, murid-murid dan guru-guru. Pembelian dibuat melaui kupon-kupon yang dijual sebelumnya.

Suasan gerai jualan sangat meriah. Terdapat gerai jualan yang berjaya menghabiskan jualannya hanya beberapa minit selepas dibuka. Gerai-gerai jualan juga dipertandingkan untuk memilih pemenang. Setelah dinilai oleh oleh hakim-hakim yang dipilih, gerai jualan Pengakap terpilih sebagai pemenang.








Monday, March 26, 2012

CERAMAH KESELAMATAN

SK.SIBUGAL BESAR, 26 Mac-Keselamatan murid adalah antara perkara yang dititikberatkan oleh pihak sekolah. Banyak kes yang melibatkan keselamatan murid dewasa ini menyedarkan pihak kementerian pendidikan seterusnya menghendaki pihak sekolah menyediakan program menyedarkan murid-murid mengenai langkah-langkah keselamatan murid.


Ceramah keselamatan disampaikan oleh Staf Muda Amrin bin Amirun dan Koperal Jumaatyah binti Hj. Said dari Jabatan Pertahanan Awam. Isu keselamatan yang dibawakan pada hari ini disampaikan dalam dua ceramah telah disampaikan iaitu "Pengenalan Pertahanan Awam" dan "Tercekik".

Cikgu Jainul Gapar membuat persediaan pembentangan.




Amrin bin Amirun

Cik Jumaatyah bt Hj said

Demonstrasi "tercekik".

Bergambar bersama pentadbir Sekolah




Saturday, March 24, 2012

MESYUARAT AGONG PIBG

SK.SIBUGAL BESAR, 24 MAC-Mesyuarat Agong PIBG Sk. Sibugal Besar pada kali ini menyaksikan pembubaran barisan kepimpinan sebelumnya dan perlantikan baru bagi sessi 2012-2014. Perlantikan dibuat menerusi undi majoriti daripada suara ibu bapa dan para guru.

Menurut Pn. Norliza binti Chem Ishak,guru besar merangkap penasihat kepada PIBG Sk. sibugalbesar, PIBG  yan diantik bin  hendaklah memainkan peranan yang berkesan kerana peningkatan presetasi dapat ditingkatkan melaluinya.Pihak sekolah amat mengharapkan bantuan PIBG, terutama dalam soal kewangan apabila banyak aktiviti murid di luar sekolah terbatas kerana masalah kos pengurusan kewangan.

Suara ibu bapa dan guru pada hari ini diterjemahkan melalui perlantikan barisan kepimpinan baru PIBG yang diketuai oleh pengerusinya En. Abd Sani bin Taballong.


Berikut adalah barisan kepimpinan PIBG Sk. Sibugal Besar bagi sessi 2012-2014:

Pengerusi tetap: En. Asmatil
Pengerusi PIBG: En. Abd Sani bin Tabalong
Timbalan Pengerusi PIBG: En. Jumatil bin Edali
Setiausaha: Ust. Ahmad Sidqi Danial
Timbalan SU: Ustazah Wan Hasanah Wan Harun
Bendahari: Cik Marzila bt. Omar
AJK:







Wednesday, February 29, 2012

Kejohanan Catur 2012

SK.SIBUGAL BESAR, 29 Mac- Penyertaan wakil-wakil catur sekolah ke pertandingan catur peringkat Sandakan baru-baru ini hanya melayakkan mereka pada kedudukan ke enam. Seramai 8 peserta telah mewakili sekolah ke pertandingan tersebut yang diadakan di SMK Elopura 2, Sandakan. Murid-murid yang terlibat ialah Rosman Rosli, Mohd Afiq Mohd Ali, Mohd Faizul Jainuddin dan Darayn Denk Juasson bagi kategori lelaki. Sementara peserta kategori perempuan pula ialah Mas Ayu Mokhtar, Erni Syafiqah binti Budah, Siti Normaizan binti Zulhelmi dan Siti Najira binti  Muksan .



Kejohanan Catur pada kali ini menempatkan Sk. Syn Hwa pada tempat pertama, Sk. Mawar pada tempat kedua dan Sk. Batu Putih pada tempat ketiga.



Kepada peserta sekolah yang tidak berjaya mendapat tempat teratas, teruskan usaha untuk kecemerlangan di masa hadapan.