Thursday, May 23, 2013

Sambutan Hari Guru 2013 Peringkat Sekolah

SK.SIBUGAL BESAR, 23 MEI (KHAMIS)-Sambutan Hari Guru peringkat sekolah diadakan pada hari ini. Tema sambutan adalah "Guru Malaysia 1Aspirasi 1Agenda". Program hari ini bermula dengan acara sukaneka yang melibatkan para guru. Beberapa acara sukaneka yang dipertandingkan menambahkan meriah suasana sambutan.

Guru Besar juga mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan peribadi kepada semua guru-guru.

Deklamasi sajak hari guru disampaikan oleh Ust. Kamaruddin Wahab (Sidang Pagi) dan Ust. Sidqi Daniel(Sidang Petang).Murid-murid juga turut menyampaikan persembahan teater bertajuk Dejavu Sakinah sebagai hadiah buat para guru. Acara cabutan bertuah menyelingi acara sambutan. Acara potong kek Hari Guru dilakukan oleh guru besar.

Guru-guru yang memenangi anugerah khas diberikan hadiah.



Guru dapat Anugerah

Kek Hari Guru

Dapat bingkisan dari GB

Sambung biar terpanjang di dunia!

Monday, May 20, 2013

Mahasiswa UNITAR menjalankan ROS di SKSB

SK.SIBUGAL BESAR, 20 MEI (ISNIN)-Tiga orang mahasiswa jurusan pendidikan dari UNITAR Cawangan Kota Kinabalu memulakan sesi Rancangan Orientasi Berasaskan Sekolah (ROS ) di Sk. Sibugal Besar selama seminggu mula hari ini. Mereka adalah:

1. Adzatul Amira (Sandakan)
2. Haviana (Miri)
3. Aisyah (Papar)



PEMBAHAGIAN KWAPM 2013

SK.SIBUGAL BESAR, 20 MEI (ISNIN)-Pihak sekolah pada hari ini menjalankan amanah menyampaikan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAPM) bagi tahun 2013. Sebanyak 186 orang murid yang layak menerima wang amanah berjumlah RM200.00 untuk setiap orang. Penyerahan wang dilakukan dengan cara mendepositkan jumlah tersebut ke dalam akaun Tabung Haji yang telah pun dibuka sebelumnya. Pegawai-pegawai dari Tabung Haji Sandakan turut datang untuk memudahkan urusan ibu bapa yang mungkin mengalami masalah dengan buku akaun anak/jagaan masing-masing.




Thursday, May 16, 2013

Juru Teknik Komputer baru SKSB

SK.SIBUGAL BESAR, 15 MEI (RABU)- Sk. Sibugal Besar menerima seorang juruteknik komputer yang baru setelah beberapa lama jawatan tersebut mengalami kekosongan berikutan perpindahan juruteknik sebelumnya. Beliau adalah Faizul bin Lian, seorang graduan daripada Politeknik Mukah, Sarawak dan berasal dari Batu 7, Sandakan. Tugas beliau sebagai Juruteknik Komputer Gred FT 17 di SKSB bermula 15 Mei 2013.

Pihak SKSB mengalu-alukan kehadirannya dalam keluarga SKSB dan semoga  dapat menjalankan tugas dengan lancar dan berkesan.



FAIZUL BIN LIAN

Monday, April 22, 2013

JOHAN MTQS 2013

SK.SIBUGALM BESAR, 16 APRIL ( SELASA)-Penyertaan murid-murid dari Sk.Sibugalbesar ke program MTQS bagi tahun 2013 yang telah diadakan di SMK Agama Sandakan telah menempatkan peserta acara Kalimatussobah mendapat johan bagi kategori lelaki dan perempuan. Mereka ada Fara Ilyana dan Mohd Rosham, masing-masing dari kelas tahun 5A. Kejayaan ini mengekalkan rekod tahun lalu di mana peserta dari Sk. Sibugal Besar juga memenangi acara yang sama.

Media blog sekolah amat berbangga dengan pencapaian yang telah ditinjukkan.


Sunday, April 7, 2013

Sunday, March 17, 2013

Mesyuarat Agung PIBG 2013

SK.SIBUGAL BESAR, 16 Mac (Sabtu)-Mesyuarat Agung PIBG Sk.Sibugal Besar diadakan pada hari ini.







Thursday, January 17, 2013

MESYUARAT PRA SEKOLAH DAN WARIS MURID 2013

SK.SIBUGAL BESAR, 17 JAN (KHAMIS) -Pada hari ini, pihak sekolah telah mengadakan meyuarat bersama dengan waris murid pra sekolah Sk. Sibugal Besar. Mesyuarat ini adalah bagi membincangkan pelbagai perkara yang berkaitan pra sekolah dan peranan ibu bapa dalam merangsang perkembangannya. Seramai 35 orang ibu bapa telah hadir ke dalam mesyuaratb tersebut.





Tuesday, November 20, 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012

SK.SIBUGALBESAR, 20 NOVEMBER (SELASA)- Keputusan Peperiksaan UPSR tahun 2012 bagi calon-calon dari Sk. Sibugal Besar diumumkan dan disampaikan kepada murid-murid hari ini. Murid-murid tahun 6A dan 6B datang ke sekolah untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan pada hari ini sungguhpun sekolah telah masuk kepada fasa cuti akhir tahun. Penyerahan slip  keputusan peperiksaan tersebut diuruskan oleh Pen. Kanan 1 (Kurikulum), Ustazah Hjh. Rohaini binti Mohd Sidek dibantu oleh pihak KTBM yang masih lagi menjalankan tugas di sekolah seperti biasa.

Ustazah Hjh. Rohaini Mohd Sidek



Keputusan Peperiksaan UPSR bagi tahun 2012 untuk Sk. Sibugal Besar pada tahun ini menunjukkan peningkatan dari segi peratusan murid lulus iaitu 33.3%. Peratusan ini ini adalah peningkatan sebanyak 13.9% berbanding keputusan yang pernah dicatatkan pada tahun 2011. Pencapaian ini juga mengatasi KPI yang telah disasarkan oleh pihak sekolah, khususnya oleh Guru Besar Pn. Norliza Che Ishak yang meletakkan sasaran 30.0%.

Seorang murid telah berjaya mendapat 5A iaitu Siti Nurshpina Halisah binti Muhamad. Dalam tempoh tiga tahun terakhir, rekod pencapaian  5A di Sk. Sibugal Besar pernah dicatatkan sebelum ini iaitu pada tahun 2010. Sementara itu, seorang murid telah mendapat 4A 1B iaitu Fatin Nurfitriyani binti Ajiril. Kejayaan dua orang murid ini mencatatkan keputusan terbaik bagi keseluruhan calon-calon UPSR 2012 amat membanggakan.


Nurshpina,  5A.






 
Fatin Nurfitriani, 3A1B.


Tahniah buat murid-murid yang mengukir nama di tahap tertinggi dan juga yang telah lulus kerana menaikkan prestasi sekolah. Kejayaan dalam UPSR adalah langkah-langkah awal dalam menempa kecemerlangan dalam dunia pendidikan. Masih banyak cabaran yang menanti di depan. Selamat maju jaya di alam persekolahan menengah.

Syabas dan tahniah juga kepada guru-guru yang telah mengorbankan masa dan tenaga untuk membimbing murid-murid bagi mencapai kejayaan, samada secara langsung maupun tidak langsung. Jika diperhatikan, pencapaian murid-murid terbaik ini juga bergantung kepada sikap dan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa/penjaga mereka. Semoga pengalaman tahun ini menjadi pemankin peningkatan pada tahun mendatang.
 





Wednesday, November 7, 2012

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2012

SK.SIBUGAL EBSAR, 7 NOV (RABU)-Murid-murid Sk. Sibugal Besar hari ini diraikan dalam majlis Hari  Anugerah Cemerlang 2012. Murid-murid yang cemerlang dalam pencapaian kurikulum, kokurikulum serta menjawat jawatan-jawatan khusus di sekolah diberiokan anuegarh dan sijil. Demikian juga murid-murid tahun 6, mereka diraikan sebagai graduan sekolah setelah 6 tahun menuntut ilmu di Sk. Sibugal Besar.

Majlis hari ini dihadiri oleh ibu bapa dan dirasmikan oleh YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK. Sibugal Besar iaitu En. Abd Sani Tabalong.





Thursday, November 1, 2012

KEM BESTARI SOLAT 4 & KHATAM QURAN

SK.SIBUGAL BESAR, 1NOVEMBER (KHAMIS)-Kem Bestari Solat kali ke 4 telah berjaya diadakan pada hari ini. Murid-murid didedahkan dengan modul akhir Kem Bestari Solat sebagai penutup tirai 2012. Pengisian dan praktikal mengenai solat disampaikan oleh guru-guru agama yang bertugas. Para guru lain telah membantu pelbagai bidang dalam menjayakan program hari ini.

Program bermula jam 7.30 pagi dengan pengisian 1 disampaikan oleh Ust. Ahmad Sidqi Daniel bertajuk Kepentingan Solat. Kemudian disusuli dengan pengisian 2 berkaitan tajuk Wuduk, disampaikan oleh Ust. Muhammad Sukri Supi. Pengisian 3, Oleh Ust kamaruddin Wahab, murid-murid didedahkan dengan praktikal solat dengan mengambil contoh perlaksanaan solat sunat Dhuha. seterusnya pengisian 4 mendedahkan kepada murid-murid kaifiat Solat Jenazah. Turut dilaksanakan dalam program hari ini ialah Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid tahun 6 yang telah berjaya menamatkan bacaan Al-Quran masing-masing dengan bimbingan guru melalui program j-QAF

Betulkan wuduk.
Mengakhiri program Kem Bestari Solat pada kali ini, murid-murid melaksanakan solat zohor bersama-sama dengan guru-guru dan kemudian perasmian penutupan oleh guru besar Pn. Norliza binti Che Ishak. Sebagai bingkisan untuk murid-murid, setiap yang hadir diberikan bungkusan pulut kuning berlauk serunding daging/ayam yang dibawa dari Kelantan. Sebuah buku nota juga diberikan kepada murid-murid.

Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar murid-murid dapat mengaplikasikan solat dalam kehidupan seharian mereka. Khatam Quran yang diadakan juga bukanlah bermakna tamatlah pembacaan Quran oleh murid-murid. Guru Besar dalam ucapan perasmian menekankan kelangsungan pembacaan Quran oleh murid-murid untuk sepanjang hidup mereka.


Banner


Murid-murid yang hadir.



Murid-murid melakukan praktikal solat Dhuha.

Solat biar betul.
Ust kama menbetulkan kedudukan jenazah.
Praktikal solat jenazah.
Khatam Quran


Perasmian sambil duduk.

Sumbangan program untuk murid.
GB menyampaikan hadiah penghargaan.


Kupanjatkan doa...

 
Mendengar nasihat.

Friday, October 19, 2012

TAKLIMAT PERSEDIAAN KE TINGKATAN 1

SK.SIBUGAL BESAR, 19 OKT (JUMUAT)-Murid-murid tahun 6 Sk. Sibugal Besar mendapat taklimat mengenai persediaan ke tingkatan 1 dari seorang guru kaunseling dari SMK Tinusa iaitu Nurazlin Baizura binti Ghazali. Program taklimat persediaan ini adalah anjuran Unit Kaunseling SKSB bersama Guru Penyelaras Tahun 6. Antara lain, taklimat ini mendedahkan kepada murid-murid mengenai persiapan mental dan fizikal bagi perubahan dari persekolahan rendah kepada menengah di samping ebberapa aspek disiplin yang perlu dipatuhi.

GB Pn. NOrliza Che Ishak menyampaikan cenderahati kepada Nurazlin Baizura.
Murid-murid tahun 6 mendengar taklimat di bilik ICT


Tayangan slide dipaparkan
Diskusi dua hala diadakan

Thursday, October 18, 2012

PERLANTIKAN TUGAS-TUGAS UNIT HEM

Unit HEM mendahului unit-unit lain mengadakan mesyuarat serta perlantikan bagi tuas-tugas di bawah HEM bagi tahun 2013. Pen. Kanan HEM, Pn. Yulianna Makkanah telah mempengerusikan mesyuarat HEM yang menyaksikan beberapa perubahan portfolia di bawah HRM bagi tahun 2013. Rombakan jawatan  tersebut adalah demi melancarkan lagi pengurusan HEM bagi tahun 2013.
Senarai portfolio di bawah HEM tahun 2013
Yessie Malail...murid sakit aja? Guru sakit macamana?.

Wan Hasanah dan Jentry...sekolah selamat ka?

Norliza, biar sekolah nampak ceria.

Ust Kama...kebajikan biar merata.

Sabrina, RMT.

Amar, duit KWAPM ada lagi ka?

Salbiah, Kantin biar makanan baik punya...

Jumah dan Ust Sukri,  Unit KOSAN...tahu ke?

Jainul & Sidqi, masih minum susu ke?

Dzuraidah, guru data murid.

Ustazah Noy, Setiausaha...salam cium pipi bos ya?

Ustazah Erna, guru disiplin...jangan naik darah.
Kaunselor...kaunseling jangan sampai pening.

Marni & Berna...tong sampah cukup ke?