SK. SIBUGAL BESAR, 14 SEPT ( SABTU)- Kem Bestari Solat (KBS) fasa terakhir bagi tahun 2013 berjaya diadakan pada hari ini. Program ini mengambil masa se awal pagi dan tamat selepas solat fardhu Zohor. Slot teori dan praktikal telah diketenmgahkan kepada murid-murid untuk memantapkan lagi kemahiran solat dan menanamkan kesedaran menegakkan solat dalam kehidupan mereka.
Saturday, September 14, 2013
Wednesday, July 31, 2013
MAJLIS PENYAMPAIAN ZAKAT DAN BERAS
SK.SIBUGAL BESAR, 31 JULAI (RABU)-Pihak sekolah telah berjaya mendapatkan bantuan zakat sebanyak RM10,000 dari pihak Pusat Zakat serta sumbangan beras dari pihak BERNAS untuk disampaikan kepada murid-murid yang layak. Wang zakat serta bantuan beras tersebut telah disampaikan pada hari ini dalam satu majlis yang dihadiri oleh ibu bapa muris-murid yang layak. Turut hadir menyerikan majlis pada hari ini adalah pagawai dari Pusat Zakat Sabah yang menyaksikan acara penyampaiannya.
Sumbangan beras dari BERNAS yang berjaya diperolehi pada tahun ini adalah sebanyak 106 kampit yang mengandungi 5kg. Beras-beras tersebut telah diperolehi dari kilang Sazarice di Makalinau, Sandakan.
![]() |
| Pn. Yuliana Makkanah mewakili sekolah mengambil beras. |
![]() |
| Guru Besar menerima replika cek |
Monday, July 29, 2013
Pelancaran Jalur Gemilang 2013
SK.SIBUGAL BESAR, 29 JULAI ( ISNIN)-Pelancaran Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan 2013 telah diadakan pada hari ini. Majlis pelancaran ini adalah dikelolakan oleh Panitia Kajian Tempatan dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah. Pelancaran ini diadakan sebagai manifetasi semangat patriotik yang ingin ditanamkan ke dalam diri setiap murid dan warga sekolah lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke 56 tahun. Murid-murid sebagai generasi pelapis kepimpinan negara perlu diinsafkan pentingnya mempunyai semangat cintakan negara.
![]() |
| Bacaan doa oleh Ust Diq |
![]() |
| Ucapan perasmian oleh Guru Besar |
![]() |
| Gimik pelancaran |
Seterusnya, guru kelas bertindak membahagi-bahagikan Jalur Gemilang Mini yang telah dibeli oleh setiap murid dengan harga RM0.60.
![]() |
| Add caption |
Murid-murid dan juga guru-guru menyanyikan 2 buah lagu iaitu Jalur Gemilang, 31 Ogos dengan iringan muzik.
![]() |
| Nota lagu |
![]() |
| Amboi...Sabturia |
Turut dihidangkan adalah ucapan Khas disampaikan oleh Pn. Murni Atik bertajuk Semaian Jatidiri Hebat.
![]() |
| Laung "merdeka!" |
![]() |
| Murid...Merdeka! |
Deklamasi sajak oleh Mohd Affendi Supardi bertajuk Erti Kemerdekaan yang merupakan hasil karya Sasterawan Negara A. Samad Said
Kita mencari hanya yang tulen dan jati
sekadar hidup mengerti dan berbudi
dan bumi akan subur, makmur dan mewah
jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama
tanah air memberi banyak
mesra mendakap kita
kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti
dan dalam alaf baru
semangat kita wajar padu berjalan kita
atas nama tanah air dan bangsa
bangga kerana merdeka
megah kerana bahagia.
Penutup majlis ialah dengan menyanyi beramai-ramai lagu Malaysia Berjaya.
Thursday, July 11, 2013
MAKLUMAN: BLOG PPDa SKSB BOLEH DILAYARI
Sebuah lagi blog dalam komuniti Sk. Sibugal Besar telah siap dan sedia untuk dilayari. Blog tersebut adalah PPDa SKSB yang dibina khas untuk menjayakan kempen anti dadah di peringkat sekolah. Blog tersebut diharapkan dapat membantu warga sekolah mendapatkan maklumat terkini mengenai program-program anti dadah yang dirancangkan di peringkat sekolah serta perkembangan terkini dasar kementerian mengenainya.
Blog ini di bawah HEM dan Puan Yuliana Makkana sebagai admin dan dibantu oleh kerani ICT Mohd Faizul bin Lian
Blog ini di bawah HEM dan Puan Yuliana Makkana sebagai admin dan dibantu oleh kerani ICT Mohd Faizul bin Lian
Tahniah atas pelancaran blog tersebut dan semoga terus maju menjuarai dunia maklumat di alam maya.
Sila lawati:
Monday, July 8, 2013
Olaragawan Sukan Sekolah 2013
Olaragawan Sukan Sekolah bagi tahun ini disandang oleh Mohd Hafiz Haris dari tahun 4A dan olaragawati pula disandang oleh Nabila Jefri dari tahun 5A.
Saturday, June 15, 2013
SMART UPSR 2013
Sk.Sibugal Besar, 15 JUN (Sabtu)-Program Smart UPSR adalah program motivasi kecemerlangan UPSR bagi murid-murid tahun 6 yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling bersama HEM. Program ini menampilkan slot-slot ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Tiga slot ceramah motivasi telah diadakan iaitu dari MRSM, Sk. Tanjong Papat 1 dan PPD.
Program ini mensasarkan peningkatan UPSR bagi tahun 2013 dengan meletakkan keputusan 5A sebagai sasaran. Pihak sekolah cuba memanfaatkan kepakaran pelbagai pihak untuk merangsang perkembangan dan motivasi murid-murid agar dapat memaksimakan usaha untuk kecemerlangan.
Seramai 42 orang murid telah menyertai program kali ini.
Thursday, May 23, 2013
Sambutan Hari Guru 2013 Peringkat Sekolah
SK.SIBUGAL BESAR, 23 MEI (KHAMIS)-Sambutan Hari Guru peringkat sekolah diadakan pada hari ini. Tema sambutan adalah "Guru Malaysia 1Aspirasi 1Agenda". Program hari ini bermula dengan acara sukaneka yang melibatkan para guru. Beberapa acara sukaneka yang dipertandingkan menambahkan meriah suasana sambutan.
Guru Besar juga mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan peribadi kepada semua guru-guru.
Deklamasi sajak hari guru disampaikan oleh Ust. Kamaruddin Wahab (Sidang Pagi) dan Ust. Sidqi Daniel(Sidang Petang).Murid-murid juga turut menyampaikan persembahan teater bertajuk Dejavu Sakinah sebagai hadiah buat para guru. Acara cabutan bertuah menyelingi acara sambutan. Acara potong kek Hari Guru dilakukan oleh guru besar.
Guru-guru yang memenangi anugerah khas diberikan hadiah.
![]() |
| Guru dapat Anugerah |
![]() |
| Kek Hari Guru |
![]() |
| Dapat bingkisan dari GB |
![]() |
| Sambung biar terpanjang di dunia! |
Monday, May 20, 2013
Mahasiswa UNITAR menjalankan ROS di SKSB
SK.SIBUGAL BESAR, 20 MEI (ISNIN)-Tiga orang mahasiswa jurusan pendidikan dari UNITAR Cawangan Kota Kinabalu memulakan sesi Rancangan Orientasi Berasaskan Sekolah (ROS ) di Sk. Sibugal Besar selama seminggu mula hari ini. Mereka adalah:
1. Adzatul Amira (Sandakan)
2. Haviana (Miri)
3. Aisyah (Papar)
PEMBAHAGIAN KWAPM 2013
SK.SIBUGAL BESAR, 20 MEI (ISNIN)-Pihak sekolah pada hari ini menjalankan amanah menyampaikan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAPM) bagi tahun 2013. Sebanyak 186 orang murid yang layak menerima wang amanah berjumlah RM200.00 untuk setiap orang. Penyerahan wang dilakukan dengan cara mendepositkan jumlah tersebut ke dalam akaun Tabung Haji yang telah pun dibuka sebelumnya. Pegawai-pegawai dari Tabung Haji Sandakan turut datang untuk memudahkan urusan ibu bapa yang mungkin mengalami masalah dengan buku akaun anak/jagaan masing-masing.
Thursday, May 16, 2013
Juru Teknik Komputer baru SKSB
SK.SIBUGAL BESAR, 15 MEI (RABU)- Sk. Sibugal Besar menerima seorang juruteknik komputer yang baru setelah beberapa lama jawatan tersebut mengalami kekosongan berikutan perpindahan juruteknik sebelumnya. Beliau adalah Faizul bin Lian, seorang graduan daripada Politeknik Mukah, Sarawak dan berasal dari Batu 7, Sandakan. Tugas beliau sebagai Juruteknik Komputer Gred FT 17 di SKSB bermula 15 Mei 2013.
Pihak SKSB mengalu-alukan kehadirannya dalam keluarga SKSB dan semoga dapat menjalankan tugas dengan lancar dan berkesan.
![]() |
| FAIZUL BIN LIAN |
Monday, April 22, 2013
JOHAN MTQS 2013
SK.SIBUGALM BESAR, 16 APRIL ( SELASA)-Penyertaan murid-murid dari Sk.Sibugalbesar ke program MTQS bagi tahun 2013 yang telah diadakan di SMK Agama Sandakan telah menempatkan peserta acara Kalimatussobah mendapat johan bagi kategori lelaki dan perempuan. Mereka ada Fara Ilyana dan Mohd Rosham, masing-masing dari kelas tahun 5A. Kejayaan ini mengekalkan rekod tahun lalu di mana peserta dari Sk. Sibugal Besar juga memenangi acara yang sama.
Media blog sekolah amat berbangga dengan pencapaian yang telah ditinjukkan.
Sunday, April 7, 2013
SISTEM PENGURUSAN KUALITI SEKOLAH
Bahan-bahan Prosedur Kualiti Sekolah kini boleh didownload oleh para guru yang memerlukan. Sila klik di sini :
PROSEDUR KUALITI SEKOLAH
LAMPIRAN PROSEDUR KUALITI SEKOLAH
Sunday, March 17, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
JPN dan PPD
PAUTAN KOMUNITI SKSB
Ilmu Blog
Pendidikan Islam dan j-QAF
-
Font Jawi - Assalamu alaikum… bersawang dah blog ni… Sebelum ini saya gunakan widget box untuk memudahkan anda memuat turun beberapa font Jawi yang dugunakan di dalam ...10 years ago
-
-
-
-
-
-
LAMAN SEKOLAH DI SANDAKAN
BLOG PILIHAN
-
-
Sambutan Maulidur Rasul 2013/1434H - Tema sambutan maulidur Rasul 2013 peringkat kebangsaan "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"13 years ago
-
LOKASI
GURU-GURU
KTBM
PERKONGSIAN BAHAN
BAHAN UNIT PENTADBIRAN
BAHAN UNIT KURIKULUM
BAHAN UNIT HEM
BAHAN UNIT KOKURIKULUM
BAHAN LAIN-LAIN
DARI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Followers
TEGUR SAPA TAMU
TRAFFIC
Total Pageviews
SUMBER DOWNLOAD
DOWNLOAD RPT
Search This Blog
Popular Posts
-
SK.SIBUGALBESAR, 20 NOVEMBER (SELASA) - Keputusan Peperiksaan UPSR tahun 2012 bagi calon-calon dari Sk. Sibugal Besar diumumkan dan disampa...
-
SK.SIBUGAL BESAR, 2 JULAI (SABTU) - Selaras dengan program yang dirancang oleh Kementerian Pelajaran di seluruh negara iaitu Larian 1 Malay...
-
Sempena minggu perkhemahan, pihak sekolah telah mendapat kelulusan cuti peristiwa pada hari Isnin (30 September 2013). Harap malum B....

















































