Thursday, September 26, 2013

PEPERIKSAAN UPSR

Peperiksaan UPSR bagi Sekolah Kebangsaan Sibugal Besar pada tahun ini menampilkan calon seramai 57 orang dari kelas 6A dan 6B. Peperiksaan berlangsung dengan lancar dan kehadiran calon-calon sepanjang peperiksaan berlangsung adalah memuaskan. Pihak sekolah telah menggerakkan pelbagai sumber daya untuk meningkatkan prestasi dan pencapaian murid dalam peperiksaan kali ini. Semoga murid-murid dapat memperlihatkan peningkatan dalam keputusan peperiksaan nanti. Insya Allah.

Saturday, September 14, 2013

KEM BESTARI SOLAT TERAKHIR 2014

SK. SIBUGAL BESAR, 14 SEPT ( SABTU)- Kem Bestari Solat (KBS) fasa terakhir bagi tahun 2013 berjaya diadakan pada hari ini.  Program ini mengambil masa se awal pagi dan tamat selepas solat fardhu Zohor. Slot teori dan praktikal telah diketenmgahkan kepada murid-murid untuk memantapkan lagi kemahiran solat dan  menanamkan kesedaran menegakkan solat dalam kehidupan mereka.







Wednesday, July 31, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN ZAKAT DAN BERAS

SK.SIBUGAL BESAR, 31 JULAI (RABU)-Pihak sekolah telah berjaya mendapatkan bantuan zakat sebanyak RM10,000 dari pihak Pusat Zakat serta sumbangan beras dari pihak BERNAS untuk disampaikan kepada murid-murid yang layak. Wang zakat serta bantuan beras tersebut telah disampaikan pada hari ini dalam satu majlis yang dihadiri oleh ibu bapa muris-murid yang layak. Turut hadir menyerikan majlis pada hari ini adalah pagawai dari Pusat Zakat Sabah yang menyaksikan acara penyampaiannya.

Sumbangan beras dari BERNAS yang berjaya diperolehi pada tahun ini adalah sebanyak 106 kampit yang mengandungi 5kg.  Beras-beras tersebut telah diperolehi dari kilang Sazarice di Makalinau, Sandakan.
Pn. Yuliana Makkanah mewakili sekolah mengambil beras.







Guru Besar menerima replika cek



Replika Cek

Sumbangan beras...





Monday, July 29, 2013

Pelancaran Jalur Gemilang 2013

SK.SIBUGAL BESAR,  29 JULAI ( ISNIN)-Pelancaran Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan 2013 telah diadakan pada hari ini. Majlis pelancaran ini adalah dikelolakan oleh Panitia Kajian Tempatan dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah. Pelancaran ini diadakan sebagai manifetasi semangat patriotik yang ingin ditanamkan ke dalam diri setiap murid dan warga sekolah lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke 56 tahun. Murid-murid sebagai generasi  pelapis kepimpinan negara perlu diinsafkan pentingnya mempunyai semangat cintakan negara.



Bacaan doa oleh Ust Diq
Pelancaran kali ini dirasmikan Pn. Norliza Che Ishak, selaku Guru Besar Sk. Sibugal Besar.  Pelancaran dimulakan dengan gimik membuka ikatan bendera-bendera setiap negeri yang terikat pada tiang-tiangnya. Gimik merungkai simpulan ini disertai juga oleh semua Penolong Kanan Sekolah.



Ucapan perasmian oleh Guru Besar


Gimik pelancaran




Seterusnya, guru kelas bertindak membahagi-bahagikan Jalur Gemilang Mini yang telah dibeli oleh setiap murid dengan harga RM0.60.



Add caption


Murid-murid dan juga guru-guru menyanyikan 2 buah lagu iaitu Jalur Gemilang, 31 Ogos dengan iringan muzik.

Nota lagu

Amboi...Sabturia



Turut dihidangkan adalah ucapan Khas disampaikan oleh Pn. Murni Atik bertajuk Semaian Jatidiri Hebat.


Laung "merdeka!"

Murid...Merdeka!

Deklamasi sajak oleh Mohd Affendi Supardi bertajuk Erti Kemerdekaan yang merupakan hasil karya Sasterawan Negara A. Samad Said

Kita mencari hanya yang tulen dan jati
sekadar hidup mengerti dan berbudi
dan bumi akan subur, makmur dan mewah
jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama

tanah air memberi banyak
mesra mendakap kita
kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti
dan dalam alaf baru
semangat kita wajar padu berjalan kita
atas nama tanah air dan bangsa
bangga kerana merdeka
megah kerana bahagia
.

Penutup majlis ialah dengan menyanyi beramai-ramai lagu Malaysia Berjaya.



Akhir sekali, pengacara cilik mengungkapkan pantun...
Syafiah

Kalau ada sumur di ladang
boleh saya menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
Insya Allah, tahun depan kita kibarkan jalur gemilang lagi...

Tidak lupa, teknis elektorat yang bekerja keras memastikan elektrik tidak diputuskan, Zis Ht.





Thursday, July 11, 2013

MAKLUMAN: BLOG PPDa SKSB BOLEH DILAYARI

Sebuah lagi blog dalam komuniti Sk. Sibugal Besar telah siap dan sedia untuk dilayari. Blog tersebut adalah PPDa SKSB yang dibina khas untuk menjayakan kempen anti dadah di peringkat sekolah.  Blog tersebut diharapkan dapat membantu warga sekolah mendapatkan maklumat terkini mengenai program-program anti dadah yang dirancangkan di peringkat sekolah serta perkembangan terkini dasar kementerian mengenainya.

Blog ini di bawah HEM dan Puan Yuliana Makkana sebagai admin dan dibantu oleh kerani ICT Mohd Faizul bin Lian


Tahniah atas pelancaran blog tersebut dan semoga terus maju menjuarai dunia maklumat di alam maya.

Sila lawati:

Monday, July 8, 2013

Olaragawan Sukan Sekolah 2013

Olaragawan Sukan Sekolah bagi tahun ini disandang oleh Mohd Hafiz Haris dari tahun 4A dan olaragawati pula disandang oleh Nabila Jefri dari tahun 5A.


Saturday, June 15, 2013

SMART UPSR 2013

Sk.Sibugal Besar, 15 JUN (Sabtu)-Program Smart UPSR adalah program motivasi kecemerlangan UPSR bagi murid-murid tahun 6 yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling bersama HEM. Program ini menampilkan slot-slot ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Tiga slot ceramah motivasi telah diadakan iaitu dari MRSM, Sk. Tanjong Papat 1 dan PPD. 


Program ini mensasarkan peningkatan UPSR bagi tahun 2013 dengan meletakkan keputusan 5A sebagai sasaran. Pihak sekolah cuba memanfaatkan kepakaran pelbagai pihak untuk merangsang perkembangan dan motivasi murid-murid agar dapat memaksimakan usaha untuk kecemerlangan. 

Seramai 42 orang murid telah menyertai program kali ini.


Thursday, May 23, 2013

Sambutan Hari Guru 2013 Peringkat Sekolah

SK.SIBUGAL BESAR, 23 MEI (KHAMIS)-Sambutan Hari Guru peringkat sekolah diadakan pada hari ini. Tema sambutan adalah "Guru Malaysia 1Aspirasi 1Agenda". Program hari ini bermula dengan acara sukaneka yang melibatkan para guru. Beberapa acara sukaneka yang dipertandingkan menambahkan meriah suasana sambutan.

Guru Besar juga mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan peribadi kepada semua guru-guru.

Deklamasi sajak hari guru disampaikan oleh Ust. Kamaruddin Wahab (Sidang Pagi) dan Ust. Sidqi Daniel(Sidang Petang).Murid-murid juga turut menyampaikan persembahan teater bertajuk Dejavu Sakinah sebagai hadiah buat para guru. Acara cabutan bertuah menyelingi acara sambutan. Acara potong kek Hari Guru dilakukan oleh guru besar.

Guru-guru yang memenangi anugerah khas diberikan hadiah.



Guru dapat Anugerah

Kek Hari Guru

Dapat bingkisan dari GB

Sambung biar terpanjang di dunia!

Monday, May 20, 2013

Mahasiswa UNITAR menjalankan ROS di SKSB

SK.SIBUGAL BESAR, 20 MEI (ISNIN)-Tiga orang mahasiswa jurusan pendidikan dari UNITAR Cawangan Kota Kinabalu memulakan sesi Rancangan Orientasi Berasaskan Sekolah (ROS ) di Sk. Sibugal Besar selama seminggu mula hari ini. Mereka adalah:

1. Adzatul Amira (Sandakan)
2. Haviana (Miri)
3. Aisyah (Papar)



PEMBAHAGIAN KWAPM 2013

SK.SIBUGAL BESAR, 20 MEI (ISNIN)-Pihak sekolah pada hari ini menjalankan amanah menyampaikan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAPM) bagi tahun 2013. Sebanyak 186 orang murid yang layak menerima wang amanah berjumlah RM200.00 untuk setiap orang. Penyerahan wang dilakukan dengan cara mendepositkan jumlah tersebut ke dalam akaun Tabung Haji yang telah pun dibuka sebelumnya. Pegawai-pegawai dari Tabung Haji Sandakan turut datang untuk memudahkan urusan ibu bapa yang mungkin mengalami masalah dengan buku akaun anak/jagaan masing-masing.




Thursday, May 16, 2013

Juru Teknik Komputer baru SKSB

SK.SIBUGAL BESAR, 15 MEI (RABU)- Sk. Sibugal Besar menerima seorang juruteknik komputer yang baru setelah beberapa lama jawatan tersebut mengalami kekosongan berikutan perpindahan juruteknik sebelumnya. Beliau adalah Faizul bin Lian, seorang graduan daripada Politeknik Mukah, Sarawak dan berasal dari Batu 7, Sandakan. Tugas beliau sebagai Juruteknik Komputer Gred FT 17 di SKSB bermula 15 Mei 2013.

Pihak SKSB mengalu-alukan kehadirannya dalam keluarga SKSB dan semoga  dapat menjalankan tugas dengan lancar dan berkesan.



FAIZUL BIN LIAN

Monday, April 22, 2013

JOHAN MTQS 2013

SK.SIBUGALM BESAR, 16 APRIL ( SELASA)-Penyertaan murid-murid dari Sk.Sibugalbesar ke program MTQS bagi tahun 2013 yang telah diadakan di SMK Agama Sandakan telah menempatkan peserta acara Kalimatussobah mendapat johan bagi kategori lelaki dan perempuan. Mereka ada Fara Ilyana dan Mohd Rosham, masing-masing dari kelas tahun 5A. Kejayaan ini mengekalkan rekod tahun lalu di mana peserta dari Sk. Sibugal Besar juga memenangi acara yang sama.

Media blog sekolah amat berbangga dengan pencapaian yang telah ditinjukkan.


Sunday, April 7, 2013