SK.SIBUGAL BESAR, 22 JAN
(SABTU)-Kursus dan Taklimat Pengawas diadakan pada hari ini di Dewan terbuka
Sk. Sibugal Besar. Kursus ini adalah anjuran Unit kaunseling dan
Bimbingan bersama Badan Disiplin Sekolah. Dua
sesi telah diadakan di mana bagi sesi
pertama, 2 orang pegawai polis dari Bahagian Trafik, Pejabat Polis Sandakan
telah hadir menyampaikan ceramah. Mereka ialah SM Sandum dan Kpl Jabilee Magian
yang menyampaikan ceramah kepada semua murid berkisar perbuatan salah laku yang
sering dilakukan oleh murid-murid. Sementara bagi sesi kedua, dua orang guru
terlibat menyampaikan kursus kepada para pengawas sekolah berkisar mengenai
etika dan target seorang pengawas. Mereka ialah ust. Sidqi Danial dan Cikgu
Ernest.
Adalah diharapkan dengan taklimat
dan kursus yang diadakan ini dapat meningkatkan kualiti disiplin murid dan
mendedahkan kepada pengawas sekolah langkah-langkah perlu bagi menjaga disiplin
di kalangan murid. Sesungguhnya, masalah disiplin yang menghantui kebanyakan sekolah
dewasa ini berada pada tahap yang menuntut usaha keras dilakukan untuk
menanganinya. Kes-kes seperti buli, vandalism, ponteng sekolah dan melawan
arahan guru semakin kerap kedengaran.
Sungguhpun masih di peringkat
sekolah rendah, persoalan disiplin hendaklah ditekankan. Ibarat kata pepatah,
“melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Gambar-gambar sekitar program.
No comments:
Post a Comment