Monday, July 30, 2012

TAKLIMAT GURU BESAR

30 JULAI (ISNIN)-Taklimat Guru Besar pada hari ini yang disampaikan kepada guru-guru menyentuh mengenai tiga perkara penting iaitu:

Guru Besar SK.Sibugal Besar

a) Masalah kokum yang diadakan pada hari Sabtu ketika di bulan Ramadhan.  Sebahagian guru tidak menghadirkan diri dengan tanggapan bahawa Kokum pada bulan Ramadhan ditangguhkan sedangkan Kokum tetap berjalan sebagaimana biasa. Hanya ia lebih menjurus kepada aktiviti yang tidak melibatkan gerak fizikal yang aktif.

b) Masalah murid tidak hadir yang tidak disusuli dengan tindakan daripada guru, khususnyan guru kelas. Seharusnya, setelah mendapati murid-murid tidak hadir sekolah, guru kelas perlu melakukan tindakan dengan mengeluarkan surat amaran. Peraturan tersebut kurang dilaksanakan dan diharapkan langkah-langkah segera diambil untuk mengawal masalah kepontengan murid.

3) Guru Besar memaklumkan bahawa surat Pekeliling mengenai pemotongan emolumen guru-guru dan KTBM yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab dan tidak melalui proses permohonan cuti, telah pun sampai ke sekolah. Guru/KTBM yang melakukan kesalahan tidak hadir tanpa makluman akan diambil tindakan setelah dipertimbangkan oleh guru besar. 




No comments:

Post a Comment