Thursday, November 1, 2012

KEM BESTARI SOLAT 4 & KHATAM QURAN

SK.SIBUGAL BESAR, 1NOVEMBER (KHAMIS)-Kem Bestari Solat kali ke 4 telah berjaya diadakan pada hari ini. Murid-murid didedahkan dengan modul akhir Kem Bestari Solat sebagai penutup tirai 2012. Pengisian dan praktikal mengenai solat disampaikan oleh guru-guru agama yang bertugas. Para guru lain telah membantu pelbagai bidang dalam menjayakan program hari ini.

Program bermula jam 7.30 pagi dengan pengisian 1 disampaikan oleh Ust. Ahmad Sidqi Daniel bertajuk Kepentingan Solat. Kemudian disusuli dengan pengisian 2 berkaitan tajuk Wuduk, disampaikan oleh Ust. Muhammad Sukri Supi. Pengisian 3, Oleh Ust kamaruddin Wahab, murid-murid didedahkan dengan praktikal solat dengan mengambil contoh perlaksanaan solat sunat Dhuha. seterusnya pengisian 4 mendedahkan kepada murid-murid kaifiat Solat Jenazah. Turut dilaksanakan dalam program hari ini ialah Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid tahun 6 yang telah berjaya menamatkan bacaan Al-Quran masing-masing dengan bimbingan guru melalui program j-QAF

Betulkan wuduk.
Mengakhiri program Kem Bestari Solat pada kali ini, murid-murid melaksanakan solat zohor bersama-sama dengan guru-guru dan kemudian perasmian penutupan oleh guru besar Pn. Norliza binti Che Ishak. Sebagai bingkisan untuk murid-murid, setiap yang hadir diberikan bungkusan pulut kuning berlauk serunding daging/ayam yang dibawa dari Kelantan. Sebuah buku nota juga diberikan kepada murid-murid.

Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar murid-murid dapat mengaplikasikan solat dalam kehidupan seharian mereka. Khatam Quran yang diadakan juga bukanlah bermakna tamatlah pembacaan Quran oleh murid-murid. Guru Besar dalam ucapan perasmian menekankan kelangsungan pembacaan Quran oleh murid-murid untuk sepanjang hidup mereka.


Banner


Murid-murid yang hadir.



Murid-murid melakukan praktikal solat Dhuha.

Solat biar betul.
Ust kama menbetulkan kedudukan jenazah.
Praktikal solat jenazah.
Khatam Quran


Perasmian sambil duduk.

Sumbangan program untuk murid.
GB menyampaikan hadiah penghargaan.


Kupanjatkan doa...

 
Mendengar nasihat.

Friday, October 19, 2012

TAKLIMAT PERSEDIAAN KE TINGKATAN 1

SK.SIBUGAL BESAR, 19 OKT (JUMUAT)-Murid-murid tahun 6 Sk. Sibugal Besar mendapat taklimat mengenai persediaan ke tingkatan 1 dari seorang guru kaunseling dari SMK Tinusa iaitu Nurazlin Baizura binti Ghazali. Program taklimat persediaan ini adalah anjuran Unit Kaunseling SKSB bersama Guru Penyelaras Tahun 6. Antara lain, taklimat ini mendedahkan kepada murid-murid mengenai persiapan mental dan fizikal bagi perubahan dari persekolahan rendah kepada menengah di samping ebberapa aspek disiplin yang perlu dipatuhi.

GB Pn. NOrliza Che Ishak menyampaikan cenderahati kepada Nurazlin Baizura.
Murid-murid tahun 6 mendengar taklimat di bilik ICT


Tayangan slide dipaparkan
Diskusi dua hala diadakan

Thursday, October 18, 2012

PERLANTIKAN TUGAS-TUGAS UNIT HEM

Unit HEM mendahului unit-unit lain mengadakan mesyuarat serta perlantikan bagi tuas-tugas di bawah HEM bagi tahun 2013. Pen. Kanan HEM, Pn. Yulianna Makkanah telah mempengerusikan mesyuarat HEM yang menyaksikan beberapa perubahan portfolia di bawah HRM bagi tahun 2013. Rombakan jawatan  tersebut adalah demi melancarkan lagi pengurusan HEM bagi tahun 2013.
Senarai portfolio di bawah HEM tahun 2013
Yessie Malail...murid sakit aja? Guru sakit macamana?.

Wan Hasanah dan Jentry...sekolah selamat ka?

Norliza, biar sekolah nampak ceria.

Ust Kama...kebajikan biar merata.

Sabrina, RMT.

Amar, duit KWAPM ada lagi ka?

Salbiah, Kantin biar makanan baik punya...

Jumah dan Ust Sukri,  Unit KOSAN...tahu ke?

Jainul & Sidqi, masih minum susu ke?

Dzuraidah, guru data murid.

Ustazah Noy, Setiausaha...salam cium pipi bos ya?

Ustazah Erna, guru disiplin...jangan naik darah.
Kaunselor...kaunseling jangan sampai pening.

Marni & Berna...tong sampah cukup ke?

Tuesday, October 16, 2012

SUKAN SKSB (Tahap 2)

KOMPLEKS SUKAN  SANDAKAN, 16 OKTOBER (SELASA)-Sukan Tahun 2012 Sk. Sibugal Besar bagi tahap 2 diadakan hari ini di Kompleks Sukan Sandakan. Murid-murid tahap 2 yang mengikuti kejohanan kali ini dibawa ke Kompleks Sukan Sandakan dengan menggunakan perkhidmatan bas Politeknik dan van Cikgu Azemi Hassan.Acara-acara yang dipertandingkan adalah lompat jauh, lontar peluru, sukan balappan dan juga pertandingan kawad antara rumah sukan.

mendahului

Sehabis tenaga.

Selamba

Teknik

Mencuba

Bergaya

berlumba

Monday, October 15, 2012

SUKAN SKSB (Tahap 1)

SK.SIBUGALBESAR, 15 OKTOBER (ISNIN)-Sukan Tahun 2012 Sk. Sibugal Besar  bermula hari ini dengan menampilkan acara-acara yang dipertandingkan bagi murid-muird tahap 1. Murid-murid tahap satu berebut kejohanan bagi acara-acara sukaneka seperti acara meniup belon, gelung rotan, bawa bola pinpong dalam sudu dan juga acara larian pecut berganti 4 x50 meter.







Wednesday, September 12, 2012

i-think: Kursus Dalaman Pelbagai Jenis Peta Minda.

Sebagai menambahkan lagi keberkesanan guru dalam PNP, kursus dalaman mengenai pelbagai jenis peta minda diadakan. Sdr. Yusdi selaku pembentang telah menampilkan beberapa jenis peta minda dan fungsi-fungsinya yang boleh digunakan oleh para guru dalam proses pengajaran mereka. Kursus dalaman yang diadakan pada hari ini juga sebagai memanfaatkan kehadiran para guru sepanjang masa peperiksaan UPSR dijalankan.

Sdr. Yusdi selaku pembentang

Sebanyak lapan peta minda yang telah dibincnagkan iaitu:


a) Circle Map
b) Tree Map
c) Buble Map
d) Double Bubble Map
e) Brace Map
f) Flow Map 
g) Multi Flow Map
h) Bridge Map.

Pada akhir kursus ini, para guru membentuk kumpulan dan cuba menunjukkan kebolehan mencipta peta minda masing-masing.



Para peserta dari kalangan guru
Mixed Vanila group


Popiah group


Strawberry girls!





Saturday, August 11, 2012

PROGRAM IHYA RAMADHAN

11 OGOS (SABTU)- Program Kemuncak Sambutan Ihya Ramadhan yang diadakan pada hari ini menampilkan acara forum yang melibatkan Ustazah Wan Hasanah sebagai moderator dan Ust. Kamaruddin Wahab serta Ustazah Erna Swardi sebagai panelis. Murid-murid tahun 3 hingga 6 hadir menyertai sambutan pada hari ini. Terdapat juga acara-acara melibatkan murid-murid yang menampilkan aktor-aktor penyajak dan pemantun serta hafalan beramai-ramai.

Merasmikan majlis pada hari ini adalah En Sarudin Andang, Ketua Sektor Pendidikan Islam bagi daerah Sandakan.

Forum Ihya Ramadhan
Jawatankuasa Program bergambar bersama En. Sarudin Andang
Pengerusi PIBG dan En. Sarudin Andang



Thursday, August 2, 2012

Makluman: Ujian Personaliti

Sekadar Hiasan

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui SIAPA DIRI ANDA?, dialu-alukan untuk menjalani ujian Ujian Personaliti : Keirsey Temperament Sorter.... Borang ujian dan jawapannya boleh dimuat turun dari capaian berikut ( Unit Bimbingan & Kaunseling: Ujian Personaliti)

Tuesday, July 31, 2012

BLOG SK SIBUGAL BESAR KENA BLOK

31 JULAI (SELASA)-Sejak awal pagi tadi blog Sk. Sibugal Besar menghadapi masalah kerana akaun google yang mengandungi blog ini telah digantung oleh pihak google. Penggantungan tersebut adalah berikutan kesalahan admin memasukkan data umur yang diminta. Menjadi dasar google, seseorang yang mahu membuka akaun di google hendaklah berusia 18 tahun ke atas. Walau bagaimanapun, menjelang sekitar jam 7.30 malam hari ini, akaun google Sk. Sibugal Besar telah dibuka semula.

Ia menjadi iktibar untuk lebih berhati-hati semaa memasukkan maklumat yang diminta berhubung akaun google.

Berikut adalah arahan yang telah dibuat admin untuk menjadikan akaun google Sk.Sibugal Besar dibuka semula.

Frequently Asked Questions about Google Account and Age Requirements

Why was my account disabled?
You have entered a birthday indicating you are not old enough to have a Google Account.

Why do you have to delete my account after 30 days?
You have entered a birthday indicating you are not old enough to have a Google Account. In case you incorrectly entered your date of birth, we have a grace period during which you may use one of the methods described below to confirm your correct birthday before the account is deleted. Accounts are inaccessible during the grace period. This is necessary to enforce our policies.

What can I do to re-enable my Google Account?
You can re-enable your account by following our instructions to confirm that you are old enough to have a Google Account. You will see these instructions when you attempt to sign back in to your account through any Google sign-in page. If you are a Google Apps user, you should go to accounts.google.com in order to re-enable your account. We currently offer three ways to confirm your age:
  1. Sending in a signed form via mail or fax with a copy of your current, government-issued ID showing your date of birth, or
  2. Uploading an electronic copy of your current, government-issued ID showing your date of birth, or
  3. Performing a small transaction ($0.30 USD) on a valid credit card.
Note: You may be charged an additional $1.00 USD for your transaction of $0.30 USD. This is simply a pre-authorization charge that will be erased from your account in a few days. If your transaction does not go through, check to see if you are using an invalid card or have provided incorrect information.
If you are under 18, your parent or guardian will have to supply the confirmation on your behalf.

Why is Google asking me for a credit card or a copy of my government issued ID? How will this information be used?
We ask to run a small transaction on a valid credit card or for a copy of a government issued ID in order to validate your date of birth. We only use this information to confirm your date of birth and to restore your account. If you choose one of the options to provide a copy of your government ID, we will destroy the copy of your government ID after we validate your date of birth.
If you choose the option of a credit card transaction, we make a small charge ($0.30 USD) to confirm that the credit card is active and able to accept a charge. We will retain this data as necessary to meet regulatory requirements for a credit card transaction, after which it will be deleted.

How do I check on the status of my request?
You can go to www.google.com/accounts and attempt to sign in to your account. If your account hasn’t been unlocked, you’ll be brought back to the date of birth correction process page, which will also give you the current status of previous requests, if available.
Note: If you choose to confirm your age via credit card, you can go to www.google.com/accounts as soon as 15 minutes after you make a correction attempt to see if your submission has been processed.

How long will it take for Google to re-enable my account?
If you use a credit card to correct your date of birth, your account may be unlocked within minutes. Using the mail or fax option can take days or a couple of weeks, depending on your location and the amount of time it takes for your request to be delivered to us. Uploading an electronic copy of your ID is instant, but processing time is the same as a mailed or faxed copy of your ID.

Alhamdulillah, kini semuanya kembali seperti sediakala.
 

Monday, July 30, 2012

Rujuk kes murid kepada UBK

Masalah disiplin murid-murid seperti tidak hadir sekolah kini boleh dirujuk kepasa Unit Bimbingan dan Kaunseling yang dikendalikan oleh Cikgu Delano Nanang. Untuk tujuan itu, guru-guru kelas disyorkan untuk mengisi borang yang disediakan oleh pihak UBK. Borang tersebut boleh dimuat turun daripada paparan UBK yang disediakan dalam blog ini. Semoga dengan kerjasama guru-guru kelas, permasalahan murid dapat diselesaikan dengan lebih berkesan.

Klik untuk dapat borang: Borang UBK

Kaunselor anda sedia membantu.

TAKLIMAT GURU BESAR

30 JULAI (ISNIN)-Taklimat Guru Besar pada hari ini yang disampaikan kepada guru-guru menyentuh mengenai tiga perkara penting iaitu:

Guru Besar SK.Sibugal Besar

a) Masalah kokum yang diadakan pada hari Sabtu ketika di bulan Ramadhan.  Sebahagian guru tidak menghadirkan diri dengan tanggapan bahawa Kokum pada bulan Ramadhan ditangguhkan sedangkan Kokum tetap berjalan sebagaimana biasa. Hanya ia lebih menjurus kepada aktiviti yang tidak melibatkan gerak fizikal yang aktif.

b) Masalah murid tidak hadir yang tidak disusuli dengan tindakan daripada guru, khususnyan guru kelas. Seharusnya, setelah mendapati murid-murid tidak hadir sekolah, guru kelas perlu melakukan tindakan dengan mengeluarkan surat amaran. Peraturan tersebut kurang dilaksanakan dan diharapkan langkah-langkah segera diambil untuk mengawal masalah kepontengan murid.

3) Guru Besar memaklumkan bahawa surat Pekeliling mengenai pemotongan emolumen guru-guru dan KTBM yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab dan tidak melalui proses permohonan cuti, telah pun sampai ke sekolah. Guru/KTBM yang melakukan kesalahan tidak hadir tanpa makluman akan diambil tindakan setelah dipertimbangkan oleh guru besar.