Saturday, July 10, 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

SK. SIBUGAL BESAR, 10 JULAI (SABTU)-Sambutan hari guru peringkat sekolah pada hari ini diadakan melibatkan beberapa acara. Bermula dengan sesi ucapan wakil guru dan wakil murid, disusuli dengan penganugerahan. Beberapa kategori anugerah telah diadakan seperti anugerah Guru Paling Baik, Guru Paling Tegas, Guru Paling Bergaya dan Guru Paling Popular. Acara bertukar hadiah antara sahabat misteri juga diadakan. Sementara beberapa orang guru mendapat hadiah sempena perkahwinan dan mendapat cahaya mata.


Acara sukaneka melibatkan guru diadakan sebagai acara santai menutup tirai majlis. Acara sukaneka lari dalam guni bergilir-gilir sambil meniup tepung dan  mencari coklat di dalamnya serta meniup belon hingga pecah adalah dua acara sukaneka yang sempat diadakan. Kumpulan yang diketua oleh guru besar menggondol hadiah terbanyak dalam acara sukaneka. Sumber guru menyifatkan ia sebagai hadiah bermakna buatnya yang akan berpencen menjelang April tahun hadapan.