Saturday, January 15, 2011

MAJLIS PERPISAHAN

Oleh : Ust Kama


Hjh. Suriah Marali, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang telah berkhidmat selama kira-kira 8 tahun di Sk. Sibugal Besar hari ini diraikan dalam satu majlis perpisahan sempena pertukarannya ke Sk. Tanjong Aru, kampung asalnya. Pertikarannya ini disifatkan sebagai kembali ke kampung sendiri. Selama kira-kira 8 tahun, Hjh Suriah Marali berulang alik daripada Tanjong Aru ke Sk.Sibugal Besar dengan menghadapi cabaran merentas laut menaiki bot, dan seterusnya menaiki bas dari bandar Sandakan ke Sk. Sibugal Besar yang terletak di Jalan Sungai Batang, Batu 10, Sandakan. Sebagaimana yang diceritakan oleh Hj. Suriah Marali, dia terpaksa bangun seawal jam 3 pagi untuk bersiap sedia ke Sekolah. Jika tidak berbuat demikian, dia tidak akan tiba awal ke sekolah. 



Pn Hjh Suriah Marali disifatkan sebagai seorang Penolong Kanan HEM yang banyak menabur bakti di Sk Sibugal Besar. Banyak permasalahan murid yang dirujuk kepadanya oleh ibu bapa dapat diselesaikan dengan baik menyebabkan beliau terkenal di kalangan ibu bapa. 

Majlis perpisahan yang diadakan hari ini dibuat selepas siri mesyuarat yang membincangkan pelbagai perkara berkaitan program bagi suku pertama tahun 2011 dan juga aktiviti kokurikulum yang bakal diadakan. Turut diselitkan sempena majlis perpisahan ini ialah bergambar beramai-ramai. Jurufoto profesional telah dijemput ke sekolah untuk merakamkan gambar beramai-ramai para guru untuk dijadikan kenangan.

Majlis ditamatkan dengan jamuan tengah hari yang disediakan secara bersama oleh para guru.