Friday, September 9, 2011

SOLAT HAJAT UPSR

KG.SIBUGAL BESAR, 9 SEPT. (JUMUAT)- Kira-kira jam 7.30 pagi, seramai kira-kira 67 orang murid tahun enam beramai-ramai pergi ke masjid Nurul Hidayah, Kg. Sibugal Besar , yang terletak kira-kira 500 meter dari sekolah. Pada pagi ini, sebagaimana surat edaran yang telah dihantar kepada ibu bapa, satu majlis solat hajat akan diadakan. Ibu bapa dijemput untuk turut serta bersama abak-abnak dan jagaan mereka bermohon kepada Allah SWT agar kejayaan berpihak kepada anak-anak dan jagaan mereka. Setelah usaha untuk kejayaan mereka telah dicurahkan, tinggal lagi berdoa dan mengharap daripada Allah SWT.





Solat hajat dipimpin oleh Ust. Kama. Turut serta mengiring murid-murid ke masjid Nurul Hidayah adalah pen. Kanan HEM, Pn. Yuliana Makkana, ustazah Norhayati Adnan dan SU Peperiksaan, Pn Suzainy. Program solta hajat pada pagi ini merupakan solat hajat penutup yang dianjurkan oleh pihak sekolah atas inisiatif dari bahagian HEM. Sebelum ini, sepanjang bulan Ramadhan, solat hajat mingguan telah diadakan pada setiap waktu rehat hari Jumuat. Murid-murid ditekankan agar menjadikan solat hajat sebagai mekanisma munajat kepada Allah untuk seterusnya dan tidak hanya tamat dengan solat hajat anjuran pihak sekolah sahaja.

Apa yang agak dikesalkan, tidak ramai ibu bapa yang hadir untuk program pagi ini. Kesibukan mereka dengan tugas harian mungkin menjadi alasan. Namun, apapun, seharusnya demi kejayaan anak-anak, para ibu bapa hendaklah menunjuk komitmen agar menjadi inspirasi dan dorongan buat anak-anak mereka.