Sunday, January 16, 2011

PK Hem Baru bertugas di SKSB


Pn. Yuliana Makkana adalah Pk Hem yang baru menggantikan Pn Hjh Suriah Marali yang meninggalkan Sk. Sibugal Besar kerana bertukar tempat bertugas ke kampungnya, Tg Aru Sandakan. Pn Yuliana atau lebih dikenali sebagai Kak Yul merupakan bekas guru di Sk. Batu Putih, Sandakan, yang dipindahkan ke Sk. Sibugal Besar berikutan kenaikan pangkat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Warga Sk. Sibugal Besar mengalu-alukan kehadiran Pn. Yulianna Makkana dan semoga beliau dapat menjalankan tugas sebagai PK Hem yang baru dengan berkesan, gembira dan mendapat kerjasama penuh daripada rakan-rakan guru serta ibu bapa.