Saturday, July 28, 2012

Kelas-kelas dipasang kipas dan lampu baru.

28 JULAI (SABTU)-Kerja-kerja pemasangan kipas dan lampu yang rosak dalam bilik-bilik kelas dilaksanakan oleh para sukarelawan yang diketuai oleh Cikgu Abd Sani Tabalong. Kipas dan lampu tersebut adalah hasil sumbangan yang diusahakan oleh pengerusi PIBG dari pemimpin tempatan. Keadaan kelas yang telah lama tidak diselanggarakan menimbulkan rasa tanggungjawab PIBG untuk membantu memulihkan kipas dan lampu yang rosak. Semoga dengan penyelenggaraan yang dibuat, akan menambahkan keselesaan murid dalam kelas seterusnya meningkatkan motivasi murid untuk memberi tumpuan kepada proses pembelajaran.



PROGRAM IHYA RAMADHAN 1433

Program Ihya Ramadhan peringkat sekolah bagi tahun 1433 akan diadakan pada 21 Julai-18 Ogos 2012. Pelbagai program dirancang untuk menjayakan program tersebut, antaranya ialah bacaan Quran melalui radio yang dikumandangkan sebelum PNP bermua.Tazkirah Ramadhan juga akan diadakan setiap Isnin sewaktu perhimpunan. Risalah-risalah Ramadhan ,persembahan murid dan forum adalah antara lain program yang akan memeriahkan lagi acara. Acara kemuncak akan diadakan pada 11Ogos 2012.