Thursday, November 1, 2012

KEM BESTARI SOLAT 4 & KHATAM QURAN

SK.SIBUGAL BESAR, 1NOVEMBER (KHAMIS)-Kem Bestari Solat kali ke 4 telah berjaya diadakan pada hari ini. Murid-murid didedahkan dengan modul akhir Kem Bestari Solat sebagai penutup tirai 2012. Pengisian dan praktikal mengenai solat disampaikan oleh guru-guru agama yang bertugas. Para guru lain telah membantu pelbagai bidang dalam menjayakan program hari ini.

Program bermula jam 7.30 pagi dengan pengisian 1 disampaikan oleh Ust. Ahmad Sidqi Daniel bertajuk Kepentingan Solat. Kemudian disusuli dengan pengisian 2 berkaitan tajuk Wuduk, disampaikan oleh Ust. Muhammad Sukri Supi. Pengisian 3, Oleh Ust kamaruddin Wahab, murid-murid didedahkan dengan praktikal solat dengan mengambil contoh perlaksanaan solat sunat Dhuha. seterusnya pengisian 4 mendedahkan kepada murid-murid kaifiat Solat Jenazah. Turut dilaksanakan dalam program hari ini ialah Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid tahun 6 yang telah berjaya menamatkan bacaan Al-Quran masing-masing dengan bimbingan guru melalui program j-QAF

Betulkan wuduk.
Mengakhiri program Kem Bestari Solat pada kali ini, murid-murid melaksanakan solat zohor bersama-sama dengan guru-guru dan kemudian perasmian penutupan oleh guru besar Pn. Norliza binti Che Ishak. Sebagai bingkisan untuk murid-murid, setiap yang hadir diberikan bungkusan pulut kuning berlauk serunding daging/ayam yang dibawa dari Kelantan. Sebuah buku nota juga diberikan kepada murid-murid.

Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar murid-murid dapat mengaplikasikan solat dalam kehidupan seharian mereka. Khatam Quran yang diadakan juga bukanlah bermakna tamatlah pembacaan Quran oleh murid-murid. Guru Besar dalam ucapan perasmian menekankan kelangsungan pembacaan Quran oleh murid-murid untuk sepanjang hidup mereka.


Banner


Murid-murid yang hadir.



Murid-murid melakukan praktikal solat Dhuha.

Solat biar betul.
Ust kama menbetulkan kedudukan jenazah.
Praktikal solat jenazah.
Khatam Quran


Perasmian sambil duduk.

Sumbangan program untuk murid.
GB menyampaikan hadiah penghargaan.


Kupanjatkan doa...

 
Mendengar nasihat.