Thursday, May 26, 2011

HARI MENANDATANGANI BUKU REKOD DAN TAKLIMAT KOKUM

SIBUGAL BESAR, SANDAKAN, 26 MEI (KHAMIS)-Pada hari ini, ibu bapa hadir ke sekolah Sk. Sibugal Besar bagi menandatangani Buku Rekod Pencapaian Murid. Murid sesi pagi dan petang datang serentak di sebelah pagi. Demikian juga,  semua guru pagi dan petang turun bertugas. Kesempatan pada hari ini juga digunakan oleh pihak sekolah untuk menjemput pegawai dari Tabung Haji Sandakan untuk mengemaskini pendaftaran murid-murid sebagai penabung dalam Tabung Haji.

Pada sesi seterusnya, guru-guru diberi taklimat mengenai Kokum. Ini berikutan perlaksanaan Kokum yang tidak berjalan lancar kerana tidak wujud komitmen maksima daripada semua guru. Taklimat hari ini menumpukan kepada pengemaskinian penggiliran di samping menjelaskan kepada guru-guru mengenai  tanggungjawab melaksanakan Kokum.

SU Kokum Sk. Sibugal Besar, Cik Marzila Omar membentangkan beberapa pembaharuan dalam susun atur perlaksanaan Kokum. Adalah diharapkan pada semester depan perlaksanaan Kokum akan dapat dilaksanakan dengan lebih kemas dan teratur.

Ustazah Norhayai Adnan selaku guru Jadual Waktu sidang pagi rombakan jadual yang akan digunapakai pada semester kedua. Rombakan tersebut dibuat memandangkan terdapat masalah dalam jadual waktu yang digunapakai sekarang kerana mata pelajaran Bahasa Arab tidak berada dalam waktu PNP. Dapatan perbincangan yang telah dibuat oleh Guru Besar bersama Guru Jadual Waktu serta beberapa guru lain merumuskan perubahan yang dibentangkan pada hari ini. Ia melibatkan  prubahan waktu bermula dan waktu tamat PNP bagi beberapa hari tertentu. Ia melibatkan sidang pagi dan petang.

Sementara itu, pembentangnan mengenai Linus juga dilakukan oleh Cik Marzila Omar. Linus merupakan program yang mensasarkan pemulihan murid-murid tahun satu yang berada pada  kadar kebolehbacaan sifar. Di bawah program ini, mereka disaring sehingga melepas tahap-tahap yang telah disusun.