Sunday, July 29, 2012

MUAT NAIK BAHAN KE PAPARAN BLOG

Dunia IT dewasa ini bukan sekadar menempatkan kita sebagai pihak pengguna dan peminta sedekah kekayaan maya. Lebih daripada itu, kita seharusnya menjadi penyumbang. Inilah apa yang dimaksudkan daripada slogan yang mungkin pernah terpalit di telinga kita iaitu "Ke Arah Masyarakat Penyumbang". Sumbangan bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit maupun material yang kita miliki kepada individu atau badan tertentu secara langsung. Ia juga boleh diaplikasikan melalui memperkayakan dunia maya dengan bahan-bahan yang boleh mempermudahkan orang lain.

Sebagai melestarikan budaya menyumbang ini, pihak blog sekolah menyarankan agar para guru yang mempunyai bahan-bahan yang bernilai untuk dunia pendidikan dapat dimuatnaikkan ke stor simpanan internet yang boleh disambungkan capaiannya ke blog sekolah. Box.net merupakan antara stor simpanan yang popular yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan tersebut.

Guru-guru yang mempunyai bahan disarankan untuk masuk ke laman web box.net dan masuk ke akaun menerusi id dan pasword yang telah dibekalkan. Semasa proses muat naik dibuat, pastikan ia diletakkan di folder yang betul agar paparannya dapat dilihat di blog sekolah.Box.net boleh dimasukki menerusi klik pada widget yang di sisip di sbelah kiri blig sekolah. 

BOX.NET
Link sisipan di blog


Selamat mencuba!.