Wednesday, November 2, 2011

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)

SK.SIBUGAL BESAR, 02 NOV (RABU)- Bertempat di Dewan Putera, Sk. Sibugal Besar, program Kem Membaca 1 Malaysia  (KM1M) peringkat sekolah  telah berjaya diadakan. Program ini merupakan salah satu daripada program Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Teknologi Pendidikan) bertujuan menanamkan sikap suka membaca  dan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan murid. Secara simbolik, tepat jam 9.30 pagi semua murid dan guru akan membaca secara senyap.  Ia berlangsung selama 33 minit 50 saat.  Bahan bacaan yang dibaca adalah dalam bahasa Inggeris. Tema program ini adalah "Membaca Pemangkin 1 Malaysia". Di peringkat sekolah, program ini adalah dijayakan oleh Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama semua guru-guru dan AKS.

Program ini berlangsung secara serentak di seluruh Sabah pada masa dan tarikh yang sama. Siaran langsung program ini yang diadakan bertempat di SJK(C) Sin Hwa, Tawau dan dipancarkan melalui Upstream untuk panduan sekolah-sekolah seluruh Sabah. Sementara bagi negeri-negeri lain di seluruh Malaysia, ia dilaksanakan pada tarikh pilihan masing-masing.

Dalam ucapan perasmian program, Pn. Guru Besar, Norliza bt. Che Ishak menegaskan bahawa program yang diadakan pada hari ini dilaksanakan atas kesedaran bahawa minat membaca di kalangan murid-murid berada pada tahap yang sangat rendah. Keadaan ini amat ketara di kalangan murid-murid berbangsa Melayu. Kayu ukurnya boleh dinilai berdasarkan kurangnya pinjaman buku yang dibuat oleh murid ke atas buku-buku Pusat Sumber sekolah.

Adalah menjadi harapan pihak sekolah bahawa program ini dapat menyuntik semangat membaca di kalangan murid-murid.