Saturday, April 14, 2012

CERAMAH ANTI DADAH & HARI KANTIN 2012

SK. SIBUGAL BESAR, 14 APRIL (SABTU)-Program Ceramah Anti Dadah telah diadakan serentak dengan Hari Kantin. Ceramah disampaikan oleh wakil agensi berkaitan mengenai bahaya penagihan dadah. Untuk menggalakkan ibu bapa turut hadir menyertai program tersebut, pihak sekolah telah menganjurkan juga Hari Kantin.

Hari Kantin disambut dengan membuka gerai-gerai jualan yang dikendalikan oleh lima Unit Berunifom yang bergiat di bawah aktiviti Kokurikulum sekolah iaitu, Pengakap, PPIM, PBSM, KRS dan St. John Ambulan.   Setiap Unit Berunifom, melalui inisiatif guru-guru penasihatnya  telah menyediakan barang jualan untuk dibeli oleh ibu bapa, murid-murid dan guru-guru. Pembelian dibuat melaui kupon-kupon yang dijual sebelumnya.

Suasan gerai jualan sangat meriah. Terdapat gerai jualan yang berjaya menghabiskan jualannya hanya beberapa minit selepas dibuka. Gerai-gerai jualan juga dipertandingkan untuk memilih pemenang. Setelah dinilai oleh oleh hakim-hakim yang dipilih, gerai jualan Pengakap terpilih sebagai pemenang.