Tuesday, November 20, 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012

SK.SIBUGALBESAR, 20 NOVEMBER (SELASA)- Keputusan Peperiksaan UPSR tahun 2012 bagi calon-calon dari Sk. Sibugal Besar diumumkan dan disampaikan kepada murid-murid hari ini. Murid-murid tahun 6A dan 6B datang ke sekolah untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan pada hari ini sungguhpun sekolah telah masuk kepada fasa cuti akhir tahun. Penyerahan slip  keputusan peperiksaan tersebut diuruskan oleh Pen. Kanan 1 (Kurikulum), Ustazah Hjh. Rohaini binti Mohd Sidek dibantu oleh pihak KTBM yang masih lagi menjalankan tugas di sekolah seperti biasa.

Ustazah Hjh. Rohaini Mohd Sidek



Keputusan Peperiksaan UPSR bagi tahun 2012 untuk Sk. Sibugal Besar pada tahun ini menunjukkan peningkatan dari segi peratusan murid lulus iaitu 33.3%. Peratusan ini ini adalah peningkatan sebanyak 13.9% berbanding keputusan yang pernah dicatatkan pada tahun 2011. Pencapaian ini juga mengatasi KPI yang telah disasarkan oleh pihak sekolah, khususnya oleh Guru Besar Pn. Norliza Che Ishak yang meletakkan sasaran 30.0%.

Seorang murid telah berjaya mendapat 5A iaitu Siti Nurshpina Halisah binti Muhamad. Dalam tempoh tiga tahun terakhir, rekod pencapaian  5A di Sk. Sibugal Besar pernah dicatatkan sebelum ini iaitu pada tahun 2010. Sementara itu, seorang murid telah mendapat 4A 1B iaitu Fatin Nurfitriyani binti Ajiril. Kejayaan dua orang murid ini mencatatkan keputusan terbaik bagi keseluruhan calon-calon UPSR 2012 amat membanggakan.


Nurshpina,  5A.






 
Fatin Nurfitriani, 3A1B.


Tahniah buat murid-murid yang mengukir nama di tahap tertinggi dan juga yang telah lulus kerana menaikkan prestasi sekolah. Kejayaan dalam UPSR adalah langkah-langkah awal dalam menempa kecemerlangan dalam dunia pendidikan. Masih banyak cabaran yang menanti di depan. Selamat maju jaya di alam persekolahan menengah.

Syabas dan tahniah juga kepada guru-guru yang telah mengorbankan masa dan tenaga untuk membimbing murid-murid bagi mencapai kejayaan, samada secara langsung maupun tidak langsung. Jika diperhatikan, pencapaian murid-murid terbaik ini juga bergantung kepada sikap dan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa/penjaga mereka. Semoga pengalaman tahun ini menjadi pemankin peningkatan pada tahun mendatang.
 





1 comment:

  1. tahniah syafina,,,,,ko la jua paling manak!!!rekod bru.. ;DD

    ReplyDelete

PLANER