Saturday, July 9, 2011

Melawat Pn. Khalilah di Wad.

SANDAKAN, 9 JULAI (SABTU)- Rakan-rakan guru dan kakitangan yang prihatin diketuai sendiri oleh Guru Besar, Pn. Norliza binti Che Ishak, telah mengambil kesempatan menziarahi Pn Khalilah binti Norsaid, guru Pra Sekolah 2 Sk. Sibugal Besar di Wad Pesakit Wanita di Hospital Duchess Of Kent petang ini setelah selesai Majlis bersama bekas Guru Besar di  Hotel Sabah. Sejak lebih seminggu yang lalu, Pn Khalilah telah dimasukkan ke wad kerana mengalami jangkitan virus misteri yang belum berjaya didiagnosis oleh doktor yang merawatnya. 
 

Dalam kesempatan lawatan yang diadakan itu, para guru mengaminkan doa yang dipimpin oleh ust Ahmad Sidqi agar Pn. Khalilah segera sihat.


Majlis Jamuan Balas Bekas Guru Besar

SANDAKAN, 9 JULAI (SABTU)-Bekas Guru Besar Sk. Sibugal Besar, En. Kiffle bin Md Harin, hari ini mengadakan Majlis Jamuan Balas Selamat Tinggal Sk. Sibugal Besar, bertempat di bilik Amadeus. Hotel Sabah, Sandakan.  Majlis bermula jam 11.00 pagi sehingga 2.00 petang. Tetamu-tetamu yang hadir adalah sebahagian besar guru dan AKS Sk. Sibugal Besar. En. Kiflfle bin Md Harun yang bertindak sebagai tuan rumah majlis diringi isteri dan anak-anaknya. 


Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Ust Kamaruddin Wahab dan disusuli dengan ucapan En. Kiffle. Beliau antara lain menyebutkan mengenai perkembangan semasa beliau yang kini menurutnya sedang merancang  menceburkan diri dalam kegiatan pertanian iaitu penternakan cendawan. Setelah lebih 30 tahun berkhidmat dalam dunia pendidikan, tawaran sebagai guru kontrak dan guru ganti ditolaknya. Bidang penternakan cendawan merupakan bidang yang menarik minatnya untuk mengisi masa sesudah pencen.

Ucapan seterusnya adalah dari guru besar yang baru, Pn. Norliza binti Che Ishak. Beliau mengharapkan En. Kiffle agar terus mengikuti perkembangan sekolah dan berharap peranannya sebagai penasihat tidak rasmi yang akan bersama-sama membangunkan prestasi sekolah ke peringkat yang lebih cemerlang.

Wakil guru Sidang Pagi yang berucap ialah  Pn. Salbiah Sakah , sementara wakil guru Sidang Petang pula ialah oleh Ust. Ahmad Sidqi. 

Seterusnya para tetamu dihidangkan dengan juadah yang disediakan oleh pihak pengurusan hotel.  Sementara itu, beberapa guru menyumbangkan suara merdu mereka menyanyikan lagu-lagu pilihan sebelum majlis berakhir dengan sesi menyampaikan hadiah dan bergambar. 

Warga SKSB mendoakan agar En Kiffle Md Harun, bekas Guru Besar diberikan Allh SWT kesihatan dan dilanjutkan usia dalam keberkatan.