Thursday, September 8, 2011

JAMUAN EIDUL FITRI

Oleh: Ust Kama

SK.SIBUGAL BESAR, 8 SEPTEMBER 2011(KHAMIS)- Guru-guru dan AKS Sk. Sibugal Besar pada hari ini bekerjasama mengadakan Jamuan Eidul Fitri. Kumpulan penyediaan juadah sempena Majlis Jamuan Eidul Fitri telah dibentuk beberapa hari yang lalu. Setiap kumpulan telah ditugaskan menyiapkan makanan  masing-masing. Antara juadah yang telah disediakan ialah nasi Tomato, ketupat daun kelapa, buras, nasi himpit, ayam goreng, ayam percik, kari daging, kari ayam, acar timun dan pelbagai jenis kuih muih. Turut disediakan air minuman istimewa iaitu air bunga kekwa.

Majlis Jamuan Eidulfitri diadakan di Bilik Gerakan pada jam 11.45 pagi. Menurut  Guru Besar, Pn. Norliza Che Ishak, kerjasama para guru dan AKS menjayakan program pada hari ini sangat baik dan beliau terharu mengenainya. Suasana ini menimbulkan rasa senang dan gembira ketika bekerja lebih-lebih lagi ia menjalinkan hubungan mesra sesama kakitangan yang mana akan melancarkan lagi proses menjalankan tugas-tugas di sekolah.

Banyak makanan yang tidak terdaya dihabiskan oleh para guru dan AKS. Masing-masing mengambil peluang untuk "menapau" juadah pilihan. Pendek kata, pada akhirnya semuanya licin, termasuk kerak-kerak nasi tomato( setelah periuk di basuh) dan kuah-kuah kari yang kehabisan dagingnya.

Tahniah buat semua guru dan AKS Sk. Sibugal Besar. Anda semua menunjukkan komitmen yang tinggi menjayakan program dan mengamalkan budaya "tidak suka membazir". Alhamdulilah.

Menanti masa makan

Hidangan telah tersedia.

Juru kamera terlatih mencari posisi.


* Menapau ertinya membungkus makanan.