Sunday, March 28, 2010

KEM BESTARI SOLAT(SIRI 1)

Oleh: Ust Kama

SK.SIBUGAL BESAR, 27 JANUARI  2010 (SABTU)-Kem Bestari Solat kali pertama bagi tahun 2010 telah diadakan pada hari ini. Perlaksanaan KBS pada kali ini diadakan melibatkan murid-murid tahun 1 sehingga tahun 5. Sekolah ganti yang telah dijadualkan hari ini diteruskan melibatkan murid-murid tahun 6. Murid-murid 4 dan 5 datang ke sekolah untuk KBS bagi sessi pagi manakala murid tahun 1, 2 dan 3 datang ke sekolah untuk KBS bagi sessi petang. 

Bagi melancarkan program, KBS pada kali ini dilakukan dalam bentuk pembentangan dalam  kumpulan besar oleh guru fasilitator yang ditugaskan. Sessi pagi dipecahkan kepada kumpulan tahun 4 dan 5 manakala sessi petang kepada kumpulan tahun 1, 2 dan 3.

Langkah ini dibuat bagi menjayakan program KBS dalam kekangan kekurangan tenaga diakibatkan sekolah ganti yang melibatkan murid-murid tahun 6. Sementara itu, pihak Panitia Pendidikan Islam sebagai badan yang menguruskan program ini melalui Unit j-QAF tidak dapat menyediakan tenaga fasilitator luar sebagaimana tahun sebelumnya.

Walau bagaimanapun, melalui pembentangan menggunakan multimedia, sasaran modul KBS kali 1 dapat dicapai. Diharapkan murid-murid yang menyertai program kali ini dapat mengaplikasikan solat dalam kehidupan serta memantapkannya.




No comments:

Post a Comment

PLANER