Thursday, May 27, 2010

HARI PENYERAHAN BUKU REKOD MURID

Hari ini adalah hari penyerahan Buku Rekod Murid.Sekaligus, hari ini hari terakhir persekolahan bagi Semester 1 2010. Esok adalah hari cuti umum sempena Hari Wesak. Seterusnya sekolah akan bercuti selama tiga minggu. Sekolah akan dibuka semula pada 21 Jun 2010. 

Ramai ibu bapa mengambil kesempatan meluangkan masa untuk datang ke sekolah bagi menandatangani buku rekod pencapaian anak-anak mereka. Sambil menandatangani buku rekod pencapaian anak-anak, ibu bapa boleh berbincang dengan pihak guru mengenai prestasi anak-anak di samping mencari jalan meningkatkan kualiti pembelajaran anak-anak. Guru-guru kelas membuka kaunter di dewan terbuka sekolah untuk melayani ibu bapa yang hadir.

Ust Sidqi Danial, guru kelas tahun 5A sedang melayanikaum ibu yang datang menandatangani buku rekod.

Hari penyerahan buku rekod murid telah menjadi amalan sebelum ini sebagai satu langkah mengelakkan buku rekod hilang dan tidak dikembalikan jika diserahkan kepada murid-murid untuk dibawa pulang. Dengan cara ini, hubungan 3 hala antara guru, murid dan ibu bapa dapat dilakukan.

No comments:

Post a Comment

PLANER