SIBUGAL BESAR, 21 MEI (SABTU)- Guru-guru SK. Sibugal Besar pada hari ini mengadakan kursus dalaman bagi Pemulihan, Kokurikulum dan Pra Sekolah. Matlamat kursus ini adalah untuk meninggakatkan pengetahuan dan kemahiran para guru terhadap perkara-perkara tersebut. Sebelum kursus dimulakan, para guru melakukan senaman aerobik dipimpin oleh Cikgu Jainul Gapar.
Pn. Benadita Fontanila menyampaikan taklimat dalam kursus dalaman mengenai program pemulihan murid. Beberapa konsep diterangkan dan program-program pemulihan yang dicadangkan didedahkan kepada para guru.
Bagi Kokurikulum, penerangan mengenai Orientering disampaikan oleh En. Jainul Gapar dan En. Jentry Ismail. Orientering merupakan kaedah menggunakan kompas penentu arah dan menentukan knot atau bering sesuatu kedudukan.
En. Jainul dan En. Jentry sedang memberi taklimat orientering.
Mendengar pembentangan dengan penuh minat.
Mendengar pembentangan dengan penuh minat.
Guru-guru dibahagikan kepada kumpulan dan dilatih secara praktikal untuk mencari bering kedudukan masing-masing. Menurut En Jentry, permainan mencari bering boleh dibuat ke atas peserta sesebuah perkhemahan sebagai pengisian kepada aktiviti perkhemahan.Untuk menjadikan ia tugasan bagi peserta perkhemahan, lebel bering bagi kedudukan hendaklah dletakkan di tempat yang boleh dilihat dan tidak bergerak.
Guru Pra Sekolah, Pn. Marni Atik dan Pn. Khalilah Norsaid menyampaikan pembentangan mengenai pra sekolah.
Pembentangan Pra Sekolah
Perbincangan dalam kumpulan
No comments:
Post a Comment