Kerajaan telah mengumumkan untuk memberikan bantuan persekolahan sebanyak RM100.00 kepada setiap murid sekolah menerusi budget 2012 yang dibentangkan oleh PM sebelum ini. Justeru, pada hari ini pihak sekolah telah disalurkan peruntukan untuk menyampaikan wang bantuan persekolahan tersebut.
Penyerahan wang RM100.00 dibuat pada jam 1.30 petang bertempat di Dewan Tunku Putera, Sk. Sibugal Besar. Untuk memudahkan proses penyerahan wang, kaunter-kaunter berdasarkan kelas dibuka. Kaunter diuruskan oleh guru-guru yang telah diamanahkan.
Kehadiran ibu bapa untuk mendapatkan bahagian anak-anak/jagaan masing-masing sangat memberangsangkan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Guru Besar, Pn. Norliza Che Ishak, kehadiran ibu bapa yang ditunjukkan pada hari ini hendaklah ditunjukkan juga dalam program-program sekolah yang lain, di mana ibu bapa dijemput datang.
Setiap kaunter diuruskan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan. Mereka akan membuat semakan dokumen murid dan ibu bapa berkenaan bagi memastikan identiti mereka. Setia ibu bapa/penjaga yang hendak mengambil wang RM100.00 hendaklah membawa bersama surat beranak anak/jagaan masing-masing di samping dokumen bapa yang asal atau penjaga sah bagi mereka yang mengambil bagi pihak bapa / penjaga.
Ibu bapa beratur mengikut kelas anak-anak/jagaan. Perjalanan penyerahan wang RM100.00 berjalan dengan lancar. Bagi yang gagal membawa dokumen yang diperlukan atau tidak dapat datang pada hari ini, mereka masih berpeluang untuk mendapatkan bahagian mereka pada 21 November 2011, jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Kehadiran ibu bapa untuk mendapatkan bahagian anak-anak/jagaan masing-masing sangat memberangsangkan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Guru Besar, Pn. Norliza Che Ishak, kehadiran ibu bapa yang ditunjukkan pada hari ini hendaklah ditunjukkan juga dalam program-program sekolah yang lain, di mana ibu bapa dijemput datang.
Pn.Norliza Che Ishak berucap kepada ibu bapa. |
Ibu bapa beratur mengikut kelas anak-anak/jagaan. Perjalanan penyerahan wang RM100.00 berjalan dengan lancar. Bagi yang gagal membawa dokumen yang diperlukan atau tidak dapat datang pada hari ini, mereka masih berpeluang untuk mendapatkan bahagian mereka pada 21 November 2011, jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Pihak sekolah tidak membuat sebarang potongan dari wang RM100.00 sebagaimana yang telah diperingatkan oleh pihak kementerian pelajaran menerusi media massa. Namun, pihak sekolah memperingatkan kepada ibu bapa agar menjelaskan yuran tertunggak dan membeli keperluan persekolahan anak-anak. Untuk itu, dua kaunter jualan dibuka untuk ibu bapa iaitu kaunter jualan lencana sekolah dan jualan buku PAFA. Ia adalah pilihan kepada ibu bapa yang merasakan tanggungjawab wang RM100.00 perlu dibelanjakan demi kepentingan anak-anak.
Majlis berakhir sekitar jam 3.00 petang. Pen. Kanan HEM, Pn. Yuliana Makkanah menerusi laman sosial facebook mengucapkan penghargaan buat guru-guru yang sudi bertugas lebih masa demi menjayakan program sekolah.
No comments:
Post a Comment